right_side

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Dilahirkan pada tahun Monyet,Pernah mendapat pendidikan di Pasti Nurul Kiah, Sekolah Rendah Islam Darul Aman, dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Kini penulis merupakan pelajar perubatan, tahun akhir di Jordan University Science and Technology

Followers

Cer bacer ni pulak...

get this widget here
In:

Dean List Kerana Allah Taala.




Baru-baru ni pernah ada satu isu yang menarik di Facebook. Kedapatan beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan lalu selepas selesai bermuhasabah maka keluar lah solusi berikut. Belajar bukan kerana Dean List, belajar kerana Allah. Sekali pandang tidak ada yang silap. 
Ya! Betul! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silap. 

Matlamat yang disalahertikan

Bagi kebanyakkan pelajar tahun 1 di sini, semua orang pernah meletakkan target. " Sekurang-kurangnya Dean List". Ah! aku pun. Pernah..

Timbulnya isu ini membuat aku lega. Tak dapat dean list pun tak pa. Janji aku belajar kerana Allah. Persoalannya, salahkah belajar kerana dean list?

Pernah dikisahkan seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah? 
Ulama bersepakat mengatakan dia berperang kerana Allah kerana dia yakin dengan balasan yang dijanjikan oleh Allah iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji Allah.

Begitu juga lah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahu kan akibat yang baik, ada syarat nya. Akibat yang tidak elok, ada syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?

Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?

Matlamat dan usaha

Tersebutlah kisah seorang student yang tiba-tiba terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya " Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan niatnya .Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah. Maka hatinya berkata " Mesti aku tak cukup ikhlas lagi ni".  Kehidupan nya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.

Apa yang silapnya?
Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang salah. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?

Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Kalau masih gagal sedangkan sudah usaha. Tunggu apa lagi! Tingkatkan usaha.

Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya tuhan yang dipersalahkan. Sebab dia lupa. Sunnatullah yang tuhan tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha.

Kesimpulan

Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya.


p/s: aku bukan lah calon dean list pun.
p/s: bagi yang berkenaan, ini cuma pandangan aku. ruang perbahasan masih terbuka.
p/s: haha.. apa kena dengan aku ni. post benda-benda macam ni waktu nak abeh sem. keh3x..
p/s: bagi yang balik Malaysia (aku la tu).. 3alasSalamah

In:

Sayang kah kita?



"Pilih la perubatan. Nanti senang dalam keluarga kita ada doktor seorang"

Itu harapan.
Harapan seorang ibu kepada anak. Aku yakin, ramai yang memilih kerjaya ni  atas sebab dorongan ibu ayah. Walaupun kadang-kadang minat itu tidak ada ,tapi digagahkan juga. Hendak ditolak tak sanggup. Mereka bukan orang biasa. Mereka adalah ibu yang melahirkan kita, ayah yang memelihara kita. Mereka membesarkan kita sejak dari kecil sehingga dewasa. Memberi makan dan minum secukupnya. Menyediakan pelajaran selengkapnya.

Sejak dari kecil kita membesar dengan menanggung harapan. Harapan ibu ayah. Secara tidak langsung harapan ini menjadi pendorong untuk kita berjaya. Semua dilakukan kerana kita sayang mereka. Dua insan yang sangat berjasa. Walaupun kadang-kadang kita gagal. Mereka cuma tersenyum mengatakan tidak apa. Masih ada harapan. Namun jauh di sudut hati kita, kita rasa kecewa. Kecewa dengan diri sendiri. Membuat mereka berasa hampa. 

Kerana kita sayang mereka...

Namun.

Ramai yang lupa. Ada yang lebih tinggi kasihnya kepada kita. Ada yang lebih agung cintanya kepada kita.

Dia itu lah Tuhan kita...

Tuhan yang tidak pernah penat mendengar aduan hambanya. Memberi kepada kita tanpa dipinta. Mengurniakan nikmat terbesar iman dan Islam kepada kita. Malah ibu bapa kita sendiri hadiah dariNya. 
Sayangnya kepada kita sampaikan sanggup mengampunkan kita bila masa saja kita bermohon padaNya.
Menunaikan hajat kita setiap kali kita meminta kepadanya.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (Al-Baqarah 2:186)

Cuma satu harapanNya. Supaya kita taat, patuh beribadah kepadaNya. Menjadi hamba kepadaNya.

Harapan yang ini ramai selalu lupa...

Saat kita beribadah kepadaNya. Cukupkah? Cukupkah ibadah yang dilakukan berbanding dengan nikmat yang diberikan. Adakah kita menjadi hamba yang cukup baik kepadaNya?
Saat kita melakukan dosa. Pernahkah kita terfikir murkanya Tuhan kita. Adakah kita berasa kecewa, kecewa kerana menghampakan Tuhan kita? Mengecewakan harapan Dia kepada kita. Adakah kita kecewa sebagai mana kita kecewa menghampakan harapan ibu bapa kita?

Kalau tidak.
Layakkah kita menerima kasihnya Dia? 
Sayangkah kita kepada Tuhan kita?

p/s: peringatan khas buat diri.

In:

Seperti Mereka.



Ramadhan bulan ajaib

Yang tua tiba-tiba bertenaga
Yang muda hilang entah kemana

Malu aku dengan mereka 

Malu aku mewakili yang muda
Sampai ke akhir mereka tetap setia
Tapi kita penat tak semena-mena
Nak kata lemah semuanya muda-muda

Malu aku dengan mereka

Semangat mereka luar biasa
Mereka tak pernah putus asa
Walaupun kadang berbangku cuma
Bersujud hingga ke akhir nyawa

Sungguh!
Aku malu dengan mereka...



In:

Ombak ramadhan

Beginikah graf iman kita?


" Dah niat puasa belum?" tanya Ayah kepada anaknya
" Err... tak gheti la... ayah ajaq la..."
" Eh? dah besaq pun tak gheti2 lagi ka..? " "ikut ayah... "

*****

" Bangun! bangun ! semalam kata nak puasa.." gerak sang Ayah..
Bangun si anak sambil mengusap-usap matanya.. " Sekarang pukul berapa ayah?"
" Ada la... makan la dulu... cepat makanan dah ada atas meja tu.."

*****

Si anak datang dari belakang.. perlahan-perlahan mendekati ayahnya yang sedang khusyuk bertasbih..
" Ayah! nak dua kupang.. nak beli cokelat... hehe.." sengih si anak sambil melihatkan barisan gigi yang tidak cukup.
" Tarawikh buat berapa?" soal si Ayah
" Err... tarawikh buat 8 dah..." jawab si anak yakin
" Aik... ni baru 6 rakaat..."
" Alaa... campur isyak 4 rakaat.... cukup la lapan...." ngomel si anak
"Yala2 ... amek nieh... tapi tambah dua rakaat dulu.. boleh?"
" Okay! ~~~~"
*****

" Ayah... nak minum ayaq... sikit ja... pls2x..." rayu si anak
" Eh mana boleh... batal puasa nanti.."
" Alaaa... dahaga la... nanti kalau mati cena..?" hujah si anak
" Haha.. tak pernah lagi ayah dengar orang puasa mati..."
" Alaa~~ nak minum jugak! nak minum jugak!" raung si anak
" Ok lah... pegi mintak kat ummi... tapi lepas tu sambung puasa balik.. ok?" balas si Ayah sambil tersenyum
" Okay! ~~~" laung si anak...

*****

As Salam...

Ada persamaan? Heh~

Kita yang dulu. Kadang-kadang lebih memenuhi ciri seorang mukmin dari kita yang sekarang. Kita yang dulu saban hari di ajar dengan perkara-perkara yang baru. Kita yang dulu semakin hari semakin bertambah amal baik yang kita lakukan. Kita yang dulu hari demi hari semakin lama semakin faham dengan agama. Dari tidak tahu solat, kita sudah tahu solat. Dari puasa cuma separuh hari, sudah cukup sampai sebulan. Pendek kata, semakin hari semakin maju. Bukankah itu ciri-ciri mukmin?

Cuba kita soroti kembali perjalanan hidup kita. Bilakah kali terakhir kita membangun membesar berkadar terus dengan amal dan takwa kita. Bilakah kali terakhir graf amalan kita menunjukkan peningkatan? Tak banyak pun sikit. Bilakah hari terakhir dalam hidup kita, kita mampu  mengatakan
"Aku yang hari ini lebih baik dari semalam!"

Kalau anda sudah lupa. Malang bagi anda.

Mujur ada Ramadhan

Ramadhan lah penyelamat bagi mereka-mereka yang malang tadi. Kenapa saya katakan demikian?  Seawal hari pertama lagi kita sudah boleh mengungkapkan kembali kata-kata diatas. Ya! Kata-kata yang selama ini kita ragu-ragu untuk mengungkapkannya. Masakan tidak. Tidur pun sudah dikira ibadah!

Bersyukurlah atas kehadiran ramadhan kerana pada bulan ini lah ciri-ciri mukmin yang kita pernah ada dulu dikembalikan semula. Amatlah rugi kalau sekiranya kita tidak menyedari hal ini lantas kita hanya menjalani bulan ini secara semberono.

Ramadhan bukan sekadar bulan kuruskan badan! Ramadhan adalah bulan untuk kita kembali ke medan! Medan yang telah lama dulu kita tinggalkan. Medan ibadah mengadap Tuhan.

Ramadhan Kickstart


Kalau dulu kita mengalami kesusahan untuk melakukan solat malam.
Kalau dulu kita payah untuk menghabiskan walau satu muka surat al-Quran.
Kalau dulu ibadah-ibadah sunat kita cuma cukup-cukup makan.

Ramai yang mengalami kesusahan pada permulaan. Kickstart! Kalau kapal persiaran yang besar mengambil masa yang lama hanya untuk memanaskan enjin. Begitulah juga kita. Pada hari-hari biasa permulaannya dirasakan begitu susah. Asalkan dah lepas pada permulaan. Perjalanan yang seterusnya dirasakan mudah.

Begitulah juga Ramadhan. Bulan yang menyediakan platform kepada kita untuk memanaskan enjin. Pusat persediaan kepada kita bagi membiasakan diri dengan ibadah dan disiplin diri. Kalau dulu kita mengeluh sukar untuk mencari titik mula. Nah! sekarang Ramadhan tiba. Musuh tradisi sudah digari. Yang tinggal cuma satu lawan satu. Antara Iman dan Nafsu. Masih sukar lagi?

Kesimpulan 

Ramadhan adalah titik permulaan. Titik penentu bagaimana hala tuju amalan kita sampai menuju ke Ramadhan yang seterusnya. Semangat kita ibarat ombak, lambat laun ia pasti akan reda. Gunakanlah aura Ramadhan kali ini bagi memulakan ombak yang tinggi. Biar sampai ia jadi Tsunami!

p/s: Geng kelas qiraati aku. Boleh start dah wei! heh!
p/s: Terima kasih buat mereka yang menyalurkan kembali tumpuan aku pada tempat yang sepatutnya.