As Salam

Seorang lelaki yang alim, terkenal dengan kewarakan datang ke arah kita untuk meminta sedikit sumbangan. Sudah pasti mudah bagi kita untuk mengeluarkna sumbangan. Paling tidak sekupang ( baca : kedekut taik hidung masin ) . 
Cuba bayangkan pula kalo seorang lelaki berseluar jeans, mat rempit, penagih tegar datang ke arah kita untuk meminta sumbangan membina surau ( kononnya ) yang mana apabila sumbangan itu diberikan sudah tentu-tentu duit itu akan digunakan ke tempat lain. Adakah kita akan beri?

Dua situasi yang sama. Tapi melibatkan kepercayaan yang berbeza. Dengan seorang yang alim dan dipercayai kita akan mudah untuk menyumbang kerana kita yakin sumbangan kita itu akan sampai kepada tempat yang sepatutnya. Tapi dengan seorang yang sudah terkenal dengan kebobrokannya, bagaimana mungkin kita akan percaya. Kan? 

Ya! Memang tidak ada salahnya.Tapi pemurah tidak pada tempatnya , tu bendul namanya. Pemberian hanya sia-sia itu rugi namanya.  

Tidak pada Allah.

Allah apabila mendengar rintihan hambanya sudah pasti akan memenuhi segala permintaan dengan syarat hati yang ikhlas serta dengan keyakinan yang tinggi. 

Dari Anas r.a katanya:Rasulullah saw bersabda:Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku! Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.

Persoalannya adakah Allah akan mengabulkan doa seorang yang fasik. Pendosa?

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.  
Al-Ankabut ayat 65

Kata al - Qurthubi " Dia menyahut doa mereka ketika darurat serta berlakunya keihklasan mereka, sekalipun Dia tahu bahawa mereka akan kembali kepada kesyirikan dan kekufuran mereka."

Lihatlah betapa besarnya ramhat Allah kepada hambanya. Hanya meletakkan syarat ikhlas dalam berdoa, tanpa berkira fasikkah dia? jahatkah dia?

Kesusahan kunci keihklasan

Manusia apabila dihimpit kesusahan yang mana tidak ada satu pun manusia mampu menolong mereka sampai ke satu tahap mereka kembali kepada fitrah yang asal. Mengharap kepada satu kuasa. Maka pada saat ini lah, hati akan berbicara penuh ikhlas berdoa kepada tuhannya. 

Bagaimana seorang mukmin gagal mengikhlaskan diri di waktu kesusahan? Sedangkan yang pernah kufur dan sesat pun mampu ikhlas untuk berdoa di waktu kesusahan sebagaimana ayat di atas.

Sampaikan firaun yang mengaku tuhan sekalipun, mengakui keesaan Allah saat hampir kepada kematian.

Maka kesusahan itu apabila dipandang dari sudut yang berbeza sebenarnya adalah rahmat dari tuhan kepada hambanya. Agar mengerti apa itu ikhlas dan mengerti bahawa fitrah itu sentiasa bergantung harap kepada tuhan.

Kesimpulan

Allah tidak pernah berkira untuk memberi kepada hambanya walaupun hamba itu akan kembali membuat dosa kepada tuhannya. Rahmat Allah itu luas. Memberi ampun kepada siapa yang ikhlas. 

Masihkah kita tidak mahu bertaubat?