right_side

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Dilahirkan pada tahun Monyet,Pernah mendapat pendidikan di Pasti Nurul Kiah, Sekolah Rendah Islam Darul Aman, dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Kini penulis merupakan pelajar perubatan, tahun akhir di Jordan University Science and Technology

Followers

Pendatang2

Cer bacer ni pulak...

get this widget here
In:

Apa ada pada berkat?

Science Hall 2 ?

" Kenapa ramai sangat tak siap kerja sekolah ni!! "

marah cikgu dengan nada yang agak keras. Kami menikus. Sepi. Yang kedengaran hanya lah bunyi tukang kebun memotong rumput memandangkan kelas kami bersebelahan dengan padang bola.

"Cikgu nak kamu semua berdiri atas kerusi. Jangan turun selagi cikgu untuk kelas seterusnya tak sampai. Faham!!"

" Faham cikgu~~ " jerkahan cikgu dibalas hambar serentak itu cikgu berlalu meninggalkan kelas.

" Ini semua salah ang la Acap, yang ang ingatkan cikgu pasal kerja sekolah buat apa."

satu tuduhan meliar. Aku juga tumpang tidak puas hati. Yang sudah langsai kerja pun turut dihukum.

" Weh, cikgu dah tak dak tu... jom r turun..."

" Tak boleh... kan cikgu cakap tadi.. tunggu cikgu lepas ni sampai.."

" Alaaa dia bukan nampak pun..."

" Tak boleh... tak BERKAT nanti..."

Teringat pulak aku kisah ni. Tingkatan 1 dulu. Pertama kali aku dengar perkataan berkat. Bangunan ni berkat tempat ulama'-ulama' dulu belajar. Buat cikgu marah nanti tak berkat. Duduk atas kerusi guru pun tak boleh nanti tak berkat!

Waktu tu semua zaman hingusan lagi. Cukup diugut dengan berkat dah boleh buat kami akur. Entah kenapa perkataan itu sangat taboo dan semua orang pada waktu tu takut untuk kehilangan berkat. Lama kelamaan dah makin dewasa entah soal berkat ni dah rasa macam lali. Come on it takes a lot more than that to scare us adults.

Aku tulis ni pun sebab belakangan ni heboh soal kehadiran ke kuliah.Telah tersebar wabak aku-malas-p-kelas. Sistem kehadiran yang baru membuatkan ramai pelajar ambil kesempatan. Oh itu termasuk aku Banyak alasan yang timbul dan pada penilaian aku agak masuk akal.

Buat apa p kelas kalau asyik tidur ja.. baik rehat kat rumah boleh baca lecture note.
P kelas pun aku tak faham, baik masa tu aku guna study.
P kelas habis duit tambang, dok rumah pun boleh jimat.
Aku tengok orang yang p kelas tak score tegha mana pun sama ja ngn tak p kelas.

Terlepas cikgu cakap? Ada rakaman. Ada lecture note. Ada banyak masa. Jimat duit. Semua alasan yang ideal. Yang tinggal nya cuma satu.

Berkat

Susah sebenarnya berhujah menggunakan berkat ni sebab dia perkara yang tak nampak dan perkara yang tak dapat kita rasa. Berkat bermaksud restu dari Allah untuk kebaikkan yang berkembang. Ar-Raghib Al-Isfahani mengatakan keberkatan itu ialah tetapnya kebaikkan ilahi dalam sesuatu. Dan satu-satunya pemberi berkat ini hanyalah Allah al Mubaarik. Sebab tu ingin diperbetulkan semula bagi mereka-mereka yang pergi ke kelas untuk mencari keberkatan, berkat itu bukan diberi dari guru, tapi dilihat pada keikhlasan kita dan pada akhlak kita dengan guru. Dan itu hanyalah sebagai wasilah untuk kita mendapat keberkatan dari Allah. Ilmu yang dikutip dengan berkat bukan sekadar tahu tapi membuahkan amal dan rasa taqwa kepada Allah.

Teringat kisah yang diceritakan oleh ustaz Radhi waktu PINTAZ dulu bagaimana cerita Syeikh abdul khalil anak murid kepada Syeikh abdul majid seorang yang murid yang sangat menghormati gurunya. Pada suatu hari si murid ini melihat gurunya kelihatan agak sugul. Lalu murid yang prihatin ni pun pergi bertanya pada gurunya hal apakah yang membuatkan gurunya bermuram hati. Maka gurunya memberitahu bahawa cincin yang baru dibeli untuk isterinya terjatuh dalam lubang tahi. Maka murid ini melihatkan kesedihan gurunya bertanya tandas yang mana tempat kejadian itu berlaku. Keesokkan harinya si murid ini mendatangi gurunya dalam keadaan badan berlumuran tahi ditambah dengan bau yang semerbak dan tajam mencucuk2 hidung siapa saja yang melintas dalam radius satu kilometer jauhnya ( ok ni tambah ) Dia tanpa berlengah menyerahkan cincin yang sama dengan apa yang guru nya beli semalam. Maka tahulah gurunya bahawa si murid telah terjun ke dalam loji demi untuk mencari cincin itu. Maka tak semena-mena murid ini dihalau dari pesantren. Murid ini yang tadi nya tersengih-sengih terus berasa sedih. Mengenangkan arahan gurunya maka murid yang taat ni pun menurut perintah tanpa membantah. Sepulangnya dia ke rumah menyangkakan akan di marah oleh ayahnya (juga seorang ulama) malah sebaliknya yang berlaku. Dia malah di suruh mengajar kalau-kalau ada orang datang keesokkan harinya minta diajar. Ajaibnya esoknya memang dia diminta mengajar akan satu kitab yang belum dia hadam dengan baik. Dengan hati yang berat dia membuka helaian demi helaian maka pada saat itulah dia berasa seolah-olah sangat faham dan sudah tahu mengenai keseluruhan kitab itu. Keadaan ini menghairankan beliau lalu dia berpatah balik kepad guru beliau dan bertanyakan hal itu. Maka gurunya memberitahu saat kamu memberikan aku cincin itu maka aku sudah tahu Allah sudah membuka pintu ilmu seluas-luasnya kepada kamu dan tiada apa yang perlu aku ajarkan kepada kamu. (kalau salah riwayat tolong betulkan)

Begitu hebat.

Berkat ni ada banyak jenis. Ada berkat dalam umur. Berkat pada tempat. Berkat pada masa. Berkat pada rezeki. Berkat pada belajar.

Waktu buat umrah tahun lepas semua orang berebut untuk solat di Raudhah. Berdoa di situ dikatakan sangat mustajab. Habis kepala dilangkah ketika sujud malah ada yang kena sepak! Sanggup bersesak! Ini kerana semua percaya ada keberkatan disitu. Di jabal rahmah sebagai contoh, tak terlepas, masing-masing niatkan dalam hati aku nak kawen dengan si fulan bin si fulan, si fulanah bin si fulan. Ini contoh berkat pada tempat. Semua orang percaya.

Berkat pada makan pula, mestilah yang kita makan tu halal lagi baik. Bersih lagi sedap. Ini semua orang percaya. Kalau berkat yang lain-lain kita percaya tapi takkan la berkat itu bila dinisbahkan pada menuntut ilmu kita sudah tidak percaya?

Waktu kecik-kecik dulu bila sesi sekolah nak habis aku ada bagi alasan kat mak aku, alang-alang sekolah dah nak habis apa salahnya tak p sekolah. Mak aku pun jawab alang-alang sekolah dah nak habis lah kena p, nanti dah tak boleh p dah.

Kelas tinggal berapa kerat ja untuk sistem ni. Why not once and for all kita perabih buang kelas yang mana tinggal ni. Member ramai semangat pun naik ye dok??

Apa ada pada berkat?

Jawab la sendiri.

(Oh yang berdiri dalam kelas tu memang kami berdiri sungguh sampai cikgu lepas tu masuk. Terkejut dia. Hahaha~~ Dapat pujian pelajar taat. ^.^)

p/s: aku sendiri pun banyak ponteng. insaf banyak kali dah. tapi buat jugak. sila pangkah aku lepas ni ya!

In:

Wanita~




Wanita
Tutuplah auratmu
Biar yang tinggal untuk dilihat
Akhlakmu

In:

-_______- '




Orang bercinta
Tak suka ada orang lain suka dekat kekasih dia.

Orang beriman
Cintakan hamba yang turut sama kasih tuhannya

Sebab
Orang beriman itu tahu
Kasih Allah itu luas
Cukup untuk semua

In:

Aku Pendosa.




Dosa itu bila dilakukan, bila terlakukan pasti mengundang rasa yang kurang enak. Ibarat gulai yang dimasak tiada santan, ibarat Milo dibancuh dengan air sejuk, ibarat laptop tak boleh bukak facebook ibarat baru lepas tengok cerita crow zero rasa macam nak tumbuk ja orang yang mai melawak lebih kurang. Lebih kurang macam tu la. Betoi. Tak percaya sila try apa yang entapa rasa? Sehari suntuk mood rasa macam tak kena ja.

Mujur masih ada rasa macam tu. Itu tanda dalam hati masih ada sekelumit iman walau cuma setebal kulit bawang. Kalau buat maksiat tak rasa apa-apa. Sila jaga-jaga. Samada yang disangka maksiat itu bukan maksiat ataupun maksiat itu sudah sebati dalam diri.

Manusia itu lupa sifatnya

Yalah. Kadang-kadang dosa yang kita lakukan hari ini pernah suatu masa dulu kita berazam untuk meninggalkannya. Bukan kadang-kadang la. Serasa aku kerap dan boleh jadi majoriti.

Manusia itu lumrah lah kalau terlupa. Tapi dosa ini bukan soal lupa bagaimana atau bila kita melakukan dosa itu. Tapi kita selalu lupa 'rasa' itu. Rasa menyesal dan taubat yang pernah kita alami sewaktu dosa yang pertama sampai membawa kepada dosa yang kedua dan seterusnya.

Malah sebaliknya 'nikmat' maksiat itu yang sering kita ingat-ingatkan. Rindu-rindukan. Sampai satu tahap keinginan itu mengatasi ingatan 'rasa' dan sesal menyebabkan dosa yang sama kita lakukan berulang kali

Jangan putus asa

Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau menyeru dan mengharap pada-Ku, maka pasti Aku ampuni dosa-dosamu tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya dosamu membumbung tinggi hingga ke langit, tentu akan Aku ampuni, tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya seandainya engkau mendatangi-Ku dengan dosa sepenuh bumi dalam keadaan tidak berbuat syirik sedikit pun pada-Ku, tentu Aku akan mendatangi-Mu dengan ampunan sepenuh bumi pula.” (HR. Tirmidzi no. 3540. Abu Isa mengatakan bahwa hadits ini ghorib. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini shahih)

Kadang-kadang kita rasa dosa kita buat tu banyak sangat dah. Rasa macam mustahil Allah nak ampun dah. Sampai timbul dalam hati masih terbuka kah pintu taubat untuk kita?

" Ah! Kau dah buat dosa ni banyak kali dah. Kau ingat tuhan nak ampunkan kau ke..? "

" Alang-alang kau dah nak masuk neraka. Apa salahnya enjoy kejap kat dunia ni..."

" Alah ang ni tuhan pun tak ampun ang dah aih. Tobat masuk neraka punya.."

" Kau ni taubat banyak kali dah. Ni buat lagi. Tak cium bau syurga dah kau ni.."

Masyarakat menohmah seakan-akan mereka tuhan. Syaitan juga tidak ketinggalan menyuntik hasutan sampai hasutan ini membuatkan kita lupa Allah itu maha penerima taubat. Hasutan itu membuat kita berputus asa dengan rahmat tuhan sedangkan Allah berfirman :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Az Zumar : 53

Berdoalah. Bertaubatlah.



Maka berdoalah dengan penuh keyakinan. Buangkan rasa ragu dalam hatimu. kerana nabi bersabda :

"Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa" (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Begitulah indahnya Islam. Hubungan hamba dan tuhannya tiada perantara. Tidak perlu seperti kristian membuat pengakuan didepan paderi. Tidak perlu dosa yang kita lakukan diceritakan kepada orang ramai. Cukuplah antara kamu dan hatimu yang tulus bersama tuhanmu. Merintih di sepertiga malam. Alis matamu menjadi saksi.

“Ada seorang hamba yang berbuat dosa lalu dia mengatakan ‘Allahummagfirliy dzanbiy’ [Ya Allah, ampunilah dosaku]. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa’. (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba tersebut mengulangi lagi berbuat dosa, lalu dia mengatakan, ‘Ya robbi agfirli dzanbiy’ [Wahai Rabb, ampunilah dosaku]. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa’. (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba tersebut mengulangi lagi berbuat dosa, lalu dia mengatakan, ‘Ya robbi agfirli dzanbiy’ [Wahai Rabb, ampunilah dosaku]. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa. Beramallah sesukamu, sungguh engkau telah diampuni.”( HR. Muslim no. 2758). An Nawawi dalam Syarh Muslim mengatakan bahwa yang dimaksudkan dengan ‘beramallah sesukamu’ adalah selama engkau berbuat dosa lalu bertaubat, maka Allah akan mengampunimu.
Bertaubat dan ulanglah. Andai tercicir. Maka taubat lah. Lagi dan lagi. Kerana Allah tidak pernah jemu untuk mengampunkan hamba nya. Cuma hambanya sahajalah yang cepat jemu berdoa memohon ampun.

Allah itu rindu rintihan hambanya. Mungkin saja dosa itu setelah taubat lebih mendekatkan diri kita kepada tuhan berbanding kita dok perasan buat amal baik padahal tidak diterima.

Masih ada ruang buatmu wahai hamba.

p/s: mohon doa Allah ampunkan dosa hamba yang menulis ni. mana tahu ada kalangan kalian doanya mustajab
p/s: terus kirimkan doa buat saudara kita di Syria.
p/s: masuk rumah baru... bilik besau.. seram pulak...

In:

Ceritera Cinta~




" Allahuakbar.. Allahuakbar...!!" kedengaran azan dari masjid Jamiah.

" Huh! dah azan. Alamak hujan la pulak. Dah la musim sejuk ni. Ades~~ Solat kat rumah la..." ngomel ajib dalam hati. Sejam kemudian baru dia solat. Hampeh~

****

Babak cerita Korea.

Sepasang manusia berjalan-jalan pada musim sejuk sambil ditemani salji yang lemah gemalai melayang menari-nari sebelum jatuh ke bumi. Sedang mereka menikmati keindahan neon lampu kota tiba-tiba si gadis mengusap-usap tangannya sambil menghembus tangan. Maka tahu lah sang teruna kekasih hatinya sedang kesejukkan. Tanpa berlengah si jejaka membuka jaket nya lalu memakaikan kepada gadis empunya hati tanda kasih dan cinta yang tidak berbelah bagi. Yerk~~
****

Tadi tengah sembang-sembang dekat hadramaut tiba-tiba terkeluar dari mulut aku.. " Kesian noh tengok mutazawwij ni.. p mana-mana pun kena teman bini..." .

Tiba2 akh Firdaus menyampuk... " Eh enta taktaw... kalau dah cinta tu... apa pun sanggup."

" Bau kentut pun jadi perfume.." aku menambah, bising mat3am tu dengan gelak tawa kami.

Yalah kan. Kalau dah suka. Mesti la nak buat si dia gembira. Mesti la fikirkan dia lebih dari diri sendiri. Alah... macam selalu dalam cerita Korea la.. Dia sejuk separuh mati pun takpa.. Janji awek selesa. Cinta sejati la sangat~~ * tangan ke bahu mata ke atas.

Seorang alim pernah berkata untuk mengetahui sejauh mana kah kita cintakan Allah, lihatlah sejauh mana kita mendahulukan apa yang Dia suka berbanding apa yang kita suka. Kadang-kadang kita selalu lupa, dalam banyak perkara selalunya kita mendahulukan apa yang kita suka berbanding apa yang tuhan suka. Bukankah begitu?

Contoh untuk diri sendiri beli gadjet mahal mana pun sanggup. Baju? Jaket? Henset? Mesti nak yang terbaik. Sebab itu semua kita suka. Betul?
Tapi bila tiba giliran yang Allah suka, bila orang datang rumah buat kutipan. Infaq serba sedikit. Kita utamakan yang Allah suka ( derma semampu yang boleh ) atau yang kita suka ( derma sesikit mungkin ) ?

Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. Al-baqarah ayat 261
   
Memang. Solat fardi itu sah. Solat jemaah juga sah. Soal kesahihan ibadah kita insya Allah lulus. Tapi itu bukan tahapnya. Mahu menjejak ke syurga bukan sekadar itu. Mahu menjejak ke syurga mesti buat Allah redha. Allah suka. Syurga itu mahal brader...

Allah sudah buktikan betapa dia cinta kepada kita hambanya.

Sudahkah kita buktikan cinta kita kepada tuhan?

Istilah 'cinta' itu jangan hanya disebut. Buktikan!

p/s: exam lagi 3 hari.. banyak lagi lect note meminta-minta limpahan kasih sayang. Doa-doa kan deh~
p/s: kempen infaq UZS seorang wakil tak sampai 100jod? Kemon my friend kata budak tajaan....

In:

Melankolik~~



-Berehat sekejap sekadar melepas lelah. Dari study atas meja, katil, sampai ke lantai... entah nak turun mana plak pasni.. hahaha..

-Hari ni ramai budak2 PERMAI g Ajloun men salji. Aku macam besa masuk gua memandangkan exam dah sedap men lep kat depan simpang sana. Selitkan doa deh~

- Baru tadi aku tengok satu video seorang anak menangisi kematian ayah nya. Syahdu. Homs itu aku pernah ziarah tahun 1 dulu. Best. Tempat yang sangat lawa dan serasa aku orang-orangnya beza dengan yang berada di Damsyik. Nak cari yang tak pakai tudung? Susah! . Pernah sekali waktu kami berjalan mencari makanan seorang syab yang melintasi kami berhenti,

" Entu muslim??"

" Eiwah ehna muslim...."

" Tafaddhol.. khuz hai khubz.. 3asaynkoo muslim " sambil tersenyum beliau menawarkan roti yang sedang dipegang kepada kami. Cerita ni aku ulang banyak kali sebab sampai sekarang aku masih lagi terkesan dengan akhlak pemuda tadi.

Masih hidupkah dia?

Syahid?

Orang-orang di sana baik-baik. Tak ada yang menipu. Tanya saja hendak kemana pasti ada yang sukarela jadi tour guide free. Jauh lebih baik dari kebanyakkan arab sini.

Semoga semangat Khalid al-Walid mengalir meresap dalam jiwa kalian.

Allah ma3akum.

Bagi yang membaca jangan lupa kirimkan doa.


seorang anak sedang 'menggerak' ayahnya.

Dihadapan masjid tempat bersemadi Khalid Al Walid

Di dalam masjid sudut kanan belakang.

Bersama pemuda Homs