right_side

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Dilahirkan pada tahun Monyet,Pernah mendapat pendidikan di Pasti Nurul Kiah, Sekolah Rendah Islam Darul Aman, dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Kini penulis merupakan pelajar perubatan, tahun akhir di Jordan University Science and Technology

Followers

Cer bacer ni pulak...

get this widget here
In:

Dimana mereka?




Aku ingin menjerit
Namun mulut ku dipekup
Oleh tangan pemerintah ku sendiri.

Aku cuma ingin hidup
Di tanah ku sendiri
Tapi aku dihalau
Oleh 'pembela' ku sendiri

Hak-hak aku dinafikan
Tiada kewarganegaraan
Tiada pendidikkan
Tiada khidmat kesihatan

Rumah-rumahku dibakar
Wanita-wanitaku dirogol
Anak kecil disembelih

Kerana apa aku dilayan begini?

Ada berkata
Kerana warna kulitku

Ada berkata
Kerana agamaku

Pokoknya aku bukan asal dari sini.

Negaraku mengusirku
Negara mereka menahanku

Jadi aku tersepit
Kerangka ku sakit

Disini aku mati
Disana juga aku mati

Lalu aku hendak kemana?

Mereka kata
Aku masih punya saudara

Yang mengaku sama akidah
Yang mengaminkan doa yang sama
Mengadap kiblat yang sama

Tapi dimana mereka?

Dimana mereka?

In:

Seniorita~~




Seorang senior berkunjung ke sekolah lama lalu di jemput memberi ucapan.

" Entum sekarang ni dah tak macam dulu... zaman ana dulu... bla3...yada3 "

Owh~~ aku cukup pantang kalo ada senior mai skolah cakap kemaih ceni... pastu mula lah sembang zaman dia dulu lagi baik la... budak-budak la ni dah makin teruk la.. apa la... hellooow~ ang tu dah keluaq sekolah ni lebih 5 taun.. macam mana ang taw budak-budak sekolah la ni jahat?

Tapi kan...

Macam mana pulak dengan 'senior' yang ini?

Cuba sahaja Rasulullah ada dalam kalangan kita, melihat perbalahan perpecahan ummat baginda yang baginda ingat sampai saat nyawa baginda diambil.

Adakah lagi yang mampu mendabik dada mengaku ya Rasulullah! kami juga sentiasa merinduimu ya Rasullah walhal hedonisme di sana sini. Ya Rasulullah kami mengikuti sunnah mu wahai kekasih Allah sedangkan budaya barat labih kita banggakan.
Cuba bayangkan Salahuddin al Ayubi kembali ke zaman ini bertanyakan tentang Baitul Maqdis yang pernah dibebaskan oleh beliau.

Siapa yang mampu menjawab? Siapa yang mampu mengatakan bahawa tempat mulia itu bukan lagi milik kita?

Cuba sahaja beliau dengan wajah bersinar bertanyakan tentang kemajuan ummat Islam zaman sekarang.

Ada yang mahu jelaskan? Bahawa ummat Islam dihina diperlakukan seperti anjing. Di Myanmar mereka dibakar hidup-hidup. Di Syria kanak-kanak disembelih saban hari. Di Palestin lebih separuh abad mereka ditekan. Tidak sepertimana zaman mereka, ummat ini mendapat kemuliaan yang tinggi.

Cuba sahaja Imam Syafie kembali, bertanya tentang perkembangan ilmu yang beliau tinggalkan, sambil menyangka zaman ini sudah tentu jauh lebih maju berkembang.

Ada yang mampu menjawab, penuntut ilmu zaman ini tumbang layu saat kalimah pertama guru mencecah gegendang telinga. Tebal muka mengaku punya ilmu dengan sijil-sijil bergulung-gulung sedangkan mendapatkannnya dengan penipuan.

Kita ini seolah-olah mensia-siakan usaha ummat terdahulu.

Hanya mampu berbangga dengan sejarah lampau. Berbangga dengan sesuatu yang tidak kita lakukan.

Diulang-ulang kita dulu pernah itu, kita dulu pernah ini. Menumpang pencapaian mereka-mereka yang terdahulu.

Tidakkah malu?