right_side

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Dilahirkan pada tahun Monyet,Pernah mendapat pendidikan di Pasti Nurul Kiah, Sekolah Rendah Islam Darul Aman, dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Kini penulis merupakan pelajar perubatan, tahun akhir di Jordan University Science and Technology

Followers

Cer bacer ni pulak...

get this widget here
In:

...




Apa yang nak kau rajukkan wahai hati. Nabi dulu bahkan di lontar batu sampai mengalir darah malah berdoa semoga diberi hidayah~ Alahai hati. Mudah benar engkau merajuk.

In: ,

Cerita lama~

Blok A blok berhantu



Salam

Baru-baru ni keluar result spm dan tahniah kepada adik-adik yang skor. Yang tak dapat skor jangan risau, ada hikmah dia.

Cerita dia kat sini aku jadi teringat cerita-cerita lama. Yalah. Zaman struggle dengan spm. Sekolah biasa-biasa saja. Kalau terlalu mengharapkan kelas di sekolah memang tak cukup lah. Dengan subjek azhar yang belasan tu lagi. Nak tak nak memang kena usaha ekstra lah dari budak sekolah lain. #untunglaSBPMRSM
Dewan Sultan Badlishah

Waktu tu seingat aku memang tak ada cuti bagi aku. Kelas hujung minggu. Cuti sekolah amek intesif. Study hari-hari. Aku ingat lagi rutin aku waktu tu. Study malam-malam selalu curi masuk sekolah akubukanbudakasrama study dalam kelas. Blok PUTRAI (blok larangan)  plak tu Sebab waktu tu geng kami (baca:aku,chot,pateh,pah) bela ikan. So malam-malam memang kami suka p study situ la sambil-sambil bagi makan ikan yang sgt chomel tu. hahaks~

Then, selalunya aku bangun 3 - 4 pagi study lagi. Tak percaya? haha.. Aku pun kalau fikir balik sekarang macam tak percaya gak. Haha... Tapi itulah yang berlaku. Boleh tahan jugak mujahadah waktu tu. Tapi kadang-kadang terlepas jugak la waktu tu. Paginya pulak. Memandangkan aku jenis g sekolah awal, selalunya aku akan baca sikit 1 2 chapter kat tempat parking motor. Ada bangsal tempat lepak baik punya kat situ. Aku baca sambil tunggu membe-membe sampai. Haha..

Dan macam tu lah rutin aku yang teramat lah nerd sampai la spm. Nahayam nerd gila!

Hari result?



Kebawah Duli Tuanku Sultan merasmikan hari Idul Ilmi

thodia chot hat paling comei dalam gambaq ni.. cuba teka

Ni waktu Idul Ilmi. Gambar waktu amek result takdak~ sobs3x


 Bosan... haha... pagi aku nak ambil result tu aku g dengan chot kawan baik aku. Sebelum nak g tu.. Kami singgah la makan roti canai kat warung sebelah surau. Tiba-tiba cikgu call. Suruh waris g sekali sebab kata kami dapat straight As. Bosan kan? Haha.. tak sempat nak rasa nervous... Memandangkan aku dah tau result aku awai2 .. maka roti canai tu aku dapat hadam dengan baik.. haha..

Dan suasana biasalah hari ambil result tu. Ada yang syioq tak sangga, ada yang teqiak(baca:nangis) , ada yg buat cool ja.. sujud syukur..macam-macam lah... Apa-apa pun alhamdulillah Allah bagi balasan yang baik untuk usaha yang aku rasa tak seberapa. Dah tu pulak, dimurahkan rezeki dengan biasiswa JPA untuk sambung medik dekat Jordan yang sememangnya jadi impian aku. Ahaha~


Waktu nak fly dolu-dolu

Sekarang dah tahun ke 4... Lebih separuh perjalanan dah nak habiskan pengajian.. Tak sampai 2 tahun lagi... Mohon doa bagi siapa-siapa yang baca coretan mengarut aku ni supaya dimudahkan urusan pengajian aku kat sini. Tahun ni giliran adik aku Hafiy al debab pulak. InsyaAllah bittaufiq bro!

p/s: tetiba rindu maahad~ Semoga Allah memberkati bumi maahad dan seisinya..


In: ,

Jangan pernah menyesal~





" Weh macam mana exam tadi ? " 

" Haha.. senang gila.. keluar past year... buat penat ja wei ang baca banyak.. haha.. "

" Tula.... menyesal aku baca banyak-banyak kalau taw macam ni.. memang aku baca past year ja "

*****

Alhamdulillah baru saja habis rotation paediactics dan insyaAllah esok masuklah last rotation untuk tahun 4 ni ya3ni Surgery. Komen tentang paeds? Seronok jumpak patient tapi waktu bed-side teaching ya ampun... letih banget. Seronok sebab hari-hari dapat jumpak makhluk tuhan paling comel, innesen, pipi bam-bam dll. Tapi yang tak seronoknya pulak bila waktu tgh clerking babiyyat (bayi-bayi) menangis tak hengat doniya~ Apa-apa pun 1 pengalaman yang menarik!

Oh! Baru ja beberapa hari lepas habis exam osce dan jugak mini osce. Dan seperti biasa pelajar klinikal study sehabis mungkin lah dengan material nya yang bergunung tu. Nak buat macam mana, sekarang dah level universiti, dah takdak muqorror2 cikgu bagi macam waktu sekolah menengah dulu. Nak tak nak kena habiskan jugak la material mana yang ada. Penat!

Pun begitu ada sesuatu yang menarik perhatian aku setiap kali habis imtihan. Situasi menyesal terlebih baca. Aku cuba memahami kenapa orang yang terlebih baca ni suka menyesal. Yalah kadang-kadang tu mungkin dia rasa macam tak adil bila ada si fulan usaha banyak , habiskan semua material tapi keluar soalan mudah, banyak past year dan soalan ni dengan mudah dapat dijawab dengan orang yang study last minit(aku lah tu. heh~). Nak-nak kalau markah lebih kurang ja, lebih teruk lagi kalau kurang daripada yang last minit tadi.

Entah lah. Kadang-kadang sistem peperiksaan yang terlalu exam-oriented ni memang buat kita lupa atas sebab apa kita menuntut ilmu. Baca nak ringkas ja, asal cukup untuk exam. Asal cukup! Baca lebih rasa menyesal? Aku takut kalau lah ilmu tu berperasaan macam manusia. Takut-takut ilmu tu merajuk dengan kita. Seolah-olahnya kita ni cari dia untuk lepaskan diri waktu exam ja. Lepas tu buang jauh-jauh. Patutlah lepas exam lupa habis semua. Mungkin sebab ilmu tu dah merajuk dengan kita kot.

Cuba kita muhasabah balik. Pernah tak kita ada perasaan macam tu. Kalau ada, mungkin ada yang tak kena dengan niat kita. Semoga kita semua lebih ikhlas dalam menuntut ilmu.

Ahleyn Surgery!

p/s: dialog diatas adalah rekaan semata-mata
p/s: bittaufiq bagi yang masih exam~
P/s: nah.. gambar sikit...