right_side

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Dilahirkan pada tahun Monyet,Pernah mendapat pendidikan di Pasti Nurul Kiah, Sekolah Rendah Islam Darul Aman, dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Kini penulis merupakan pelajar perubatan, tahun akhir di Jordan University Science and Technology

Followers

Pendatang2

Cer bacer ni pulak...

get this widget here
In:

Aku Senior Kau Junior.

Sedang meracuni pemikiran budak-budak baru. whoa!



Salah satu perkara yang kau boleh belajar dari budak baru, SEMANGAT.  MTS lepas alhamdulillah aku diberi peluang untuk jadi fasilitator, maka ada salah satu modul berkaitan perancangan masa depan. Memandang 20 tahun ke hadapan. 

" Saya kalau boleh nak kuasai bahasa Arab , hafal quran, ikut mana-mana kelas talaqi ..." antaranya

Pelik. Aku jadi teringat aku yang dulu-dulu. Lebih kurang jugak skrip ni. Rasanya memang lumrah orang baru, tempat baru, semangat pun mesti baru kan. Cuba kau tanya budak-budak lama, kompem susah dengar punya target-target macam ni. 

Mengenal spesies senior

Malangnya ada jugak spesies senior ni yang pandang sinis. " aku dah cuba dulu, tak boleh punya, ang jangan nak berangan lebih sangat la.. " dia ingat semua orang macam dia, kalau dia tak boleh semua orang pun tak boleh. Aku pun pernah terkena jugak waktu dulu dengan ayat-ayat macam ni. Bhai~ sapa tak down kalo kena demoralized macam ni, nak2 dengan senior sendiri pulak. Sendiri tak boleh, nak jatuhkan orang lain pulak. mohon jauhkan diri dari orang macam ni. anggap ja senior jenis ni ada penyakit berjangkit. penyakit dengki nama dia

Mujur kat sini ada jenis senior yang bagi dorongan, walaupun spesies ni sedikit dan mungkin jugak hampir pupus. Mujur jugak ada senior yang memang hebat-legend yang boleh kita buat contoh. Maka dari situ kita tahu semua benda ni tak mustahil dan kalau ada yang kata kau tak boleh, maka itu lah syaithon-syaithon yang nak jatuhkan kau.

Senior ni secara umumnya atau secara khususnya di Irbid ni ada macam-macam jenis. Ada yang bajet mister-all-knowing, ada yang jenis aku-tak-peduli, jenis penyayang, jenis memanjang-offer-pertolongan-tapi-tak-bgtaw-mcm-mana-nak-kontek, jenis slalu-ungkit-kisah2-dulu-konon-zaman-dia-lagi-power, jenis baik-gila-sampai-tak-percaya-wujud-lagi-orang-macam-ni, jenis selalu-ajak-makan2 dan macam-macam lagi lah.

Jadi terpulanglah nak amek contoh tauladan dari senior yang macam mana. Yang baik copy paste, yang buruk delete. Setel.

Mengenal spesies junior? 
Entoh aku tak berapa kenal sangat. Tapi yang aku perasan ada jenis tak boleh move on lagi, asyik dengan sekolah lama dia ja. Ataupun ada jugak yang asyik dengan satu tempat preparation dia ja, even satu tempat prep. tu pun ada jugak yang pecah ikut jenis penaja pulak *facepalm Ada yang selalu lepak dengan satu negeri saja, satu takhassus la dan macam-macam lagi lah~

Sisi baiknya, hampir semuanya bersemangat.  

Lain-lain aku takleh nak nilai, budak baru kan... tak kenal lagi. Of course tak semua yang aku cakap ni diguna pakai untuk semua. Segelintir saja. ewah ayat selamat~

*****

Ok kat mana dah aku sesat ni. Oh! pasal semangat. Yalah, budak bila dah lama memang semangat dia semacam down sikit. banyak sebenarnya Rasa macam menyesal kenapa lah aku tak guna masa waktu 1st year dulu baik-baik, kenapalah aku pemalas sangat dulu dan macam-macam soalan lagi lah!. Tapi mohamad-mohamad soleh selalu sebut

"The best time to start is yesterday, the next best time is today"

Jadi apa yang nak kita mulakan hari ni?


In:

Engkau apa peduli?



" Mi! Mai henset sat... " 

" A'ah.. nak buat apa..? "

" Ada la... meh la jap..." sedikit memaksa..

" Nah~ ..."

5 minit kemudian....

" Weh! apa ni...? " sambil mengerutkan kening yang sedia senget.

" Haha~ ada la... aku ja faham..."

Ini reminder dalam hp aku. Tak silap dah lama. Dalam Disember lepas. Banyak membe-membe bila depa qosek mesti tanya apa yang aku maksudkan dengan ayat ni.

Entah. 

Waktu tu, dan sebelum-sebelum tu kecoh pasal Syria dan aku seperti kebanyakkan lain (atau aku sorang), ada isu baru lah nak insaf bagai~ Waktu tu aku bayangkan, coba yang syahid itu bangun kembali lalu berkata " Kau apa peduli? " . Coba yang putus tangan itu menoleh kepada aku dan berkata " Kau apa peduli? ". Coba yang hancur kepala itu mendongak dan berkata kepada aku " Kau apa peduli ? " 

Entah.

Pelik imaginasi aku. Tapi soalan ini yang paling membekas dalam jiwa aku. Apa aku peduli? Tergagap mulut nak menjawab. Sebab tu sejak dari itu aku tetapkan soalan ini menjadi reminder buat aku. Supaya nanti aku lupa dan aku pasti akan lupa, ingat kembali nasib ummat ini. Biar soalan ini memukul jiwa aku supaya sedar hidup ini bukan hanya ada aku, sekitarku. Hidup ini ada mereka. Mereka seakidah denganku.

Sekarang ummat ini berdarah lagi. Giliran Mesir buat kali kedua. Kedua dalam tempoh hidup aku setakat ini dan entah kali ke berapa sepanjang tamadun mereka. Sisa Firaun masih hidup. Sisa Musa as juga masih ada. Bagaikan musuh tradisi taghut dan kebenaran sentiasa berperang silih berganti memegang tampuk kuasa. Tapi yang pasti kemenangan akhirnya nanti milik kebenaran.

Sekarang soalan ini bergema lagi. Lebih kuat dari yang sebelumnya. Seolahnya menuntut aku berbuat sesuatu. Lemah~ aku cuma mampu berdoa. Itupun entahlah~ mungkin esok-esok bila reda aku kembali seperti biasa. Macam tiada apa-apa berlaku.

Entah lah~

Engkau apa peduli?

Apa yang kalian rasa?

#pray4Egypt
#pray4Syria
#pray4Gaza
#pray4SemuaUmmatIslam

In:

Memandang dunia~





Kadang aku hilang
Dalam dunia ku sendiri
Dinding aku jadikan layar
Pancaran dari mataku sendiri
Menjelmakan gambar semalam
Tentang waktuku
Tentang lakuku
Tentang jalanku
Tentang kehidupanku
Entah apa yang sudah aku lakukan

Lalu aku terbang
Menerobos dalam imaginasi
Mengangankan apa yang aku inginkan
Tentang dunia yang sempurna
Tentang dunia impian
Tentang harapan 
Tentang cita-cita
Tentang cinta

Namun 



Pelan-pelan ia hilang
Menerajang aku ke dunia nyata
Jatuh terjelepuk
Menahan sakit derita
Dunia yang tidak pernah lena
Menggerak insan di atasnya
Beribu warna
Beribu cerita
Beribu kerenah

Bukan semua yang ada itu bahagia
Bukan juga semua derita
Sesekali hidup terasa tenang
Sesekali juga resah gelisah
Tanda ini dunia
Bukan syurga
Terusan senang
Bukan neraka
Terusan derita

Buat hamba yang mengerti
Maksud ilahi...




In:

Hipokrit alaf baru~





Baru-baru ni laman sosial banyak memainkan peranan dalam mengubah manusia. Walaupun sudah lama tapi aku baru perasan, manusia terlalu lama terjun ke dunia maya mencipta ilusi sendiri. Bertukar wajah, watak dan perangai. Entah mana satu identiti sebenar. Kalau di alam realiti dia seorang pemalu, alam maya dia berubah menjadi si becok yang kuat ber'komen' sana sini. Kalau dia yang aku kenal seorang yang sangat menjaga percakapan, di alam 'itu' dia jadi seorang pencarut profesional. Belum kira lagi seorang yang dikira 'cikah' dengan selamba bercakap hal-hal perempuan itu cantik, ini seksi , ini comel.

 Hipokrit alaf baru kah ini?

Menganggap hanya perbuatan kamu di dunia nyata sahaja akan dihisab?

Manusia seolah-olah bertanding merebut jumlah like yang banyak. Kerap di re tweet. Siapa yang paling lawak. Seolah-olah anak kecil di tengah lautan manusia yang cuba menagih perhatian dan simpati pejalan kaki yang lalu lalang. Setiap hari memikirkan apakah yang harus aku tulis hari ini bagi menarik perhatian manusia? 

Tidak penat kah? Padahal kita hamba hanya perlu mendapatkan 'like' dari Allah.

Muka buku, Pencicit kerap kali dijadikan tempat luahan perasaan. Salah? Tidak seratus peratus. Tapi kalau tiap kali ditimpa masalah hanya diluahkan di situ. Apakah masalah itu akan selesai? Lalu dimanakah tuhan di hati kamu? Tempat segala rintihan dan permintaan. Apakah pencicit sudah mengambil alih peranan tuhan?

Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

(QS. 112:2)



Laman sosial itu biarlah hanya menjadi tempat mencari maklumat, bertukar khabar , menjalin persahabatan atau apa-apa yang perlu. Bersederhana itu lebih baik.

Sudah tiba masanya kita keluar ke alam realiti.

p/s: nasihat untuk diri sendiri yang asyik me refresh twitter dan facebook tanpa henti. =.='.
p/s: mau merintih? pergi lah pada tuhan. tak perlu menagih simpati di alam maya.

In:

Aku tidak layak~




"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]
As Salam.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni banyak plak kawan-kawan ditimpa musibah. Dah macam sumpahan (baca : takdir) plak. Ada yang tercabut lutut ( ACL tear) , ankle terpeleot, ada yang demam teruk, terlepas exam, diuji dengan pelajaran dan macam-macam lagi.

Dah aku pun terlibat sekali injured. Mengada-ngada ja sebenarnya~ hahaks.

Kadang-kadang aku cuba bayangkan aku ditempat mereka. Yalah~ cuba bayangkan lutut aku cabut, bayang tak cukup makan macam di Syria, bayang tiap-tiap hari dengar bunyi bom, peluru-peluru main aci ligan atas kepala. *peluh

Aku cuba bayangkan tapi aku tak nampak muka aku disitu. Dalam erti kata lain aku tak yakin aku mampu ikut diuji macam mana mereka diuji. Kalau betul aku diletak disitu entah apa jadi dengan aku.

Betullah manusia itu diuji mengikut kemampuan. Mula-mula kita kurang nampak. Tapi bila kita tengok balik orang-orang yang diuji ni, kita boleh nampak kenapa si fulan ini yang dipilih Allah. Kenapa ujian yang 'ini' jadi dugaan untuk dia. Dia diuji memang sebab dia 'layak' diuji. Dan hanya orang-orang yang layak saja yang akan dapat ujian ni semua. 

Bersyukur kerana aku tidak diuji dengan ujian yang tidak layak aku diuji dengannya.

Bunyi macam pelik sikit, tapi harap pembaca dapat faham.

Adios~

p/s: skill menulis aku dah busuk. harap tiada yang pemsam.
p/s: aku dah terjebak dengan Running Man harap ada rakan yang selamatkan aku. 

In:

Doa | Ikhlas | Rahmat Allah




As Salam

Seorang lelaki yang alim, terkenal dengan kewarakan datang ke arah kita untuk meminta sedikit sumbangan. Sudah pasti mudah bagi kita untuk mengeluarkna sumbangan. Paling tidak sekupang ( baca : kedekut taik hidung masin ) . 
Cuba bayangkan pula kalo seorang lelaki berseluar jeans, mat rempit, penagih tegar datang ke arah kita untuk meminta sumbangan membina surau ( kononnya ) yang mana apabila sumbangan itu diberikan sudah tentu-tentu duit itu akan digunakan ke tempat lain. Adakah kita akan beri?

Dua situasi yang sama. Tapi melibatkan kepercayaan yang berbeza. Dengan seorang yang alim dan dipercayai kita akan mudah untuk menyumbang kerana kita yakin sumbangan kita itu akan sampai kepada tempat yang sepatutnya. Tapi dengan seorang yang sudah terkenal dengan kebobrokannya, bagaimana mungkin kita akan percaya. Kan? 

Ya! Memang tidak ada salahnya.Tapi pemurah tidak pada tempatnya , tu bendul namanya. Pemberian hanya sia-sia itu rugi namanya.  

Tidak pada Allah.

Allah apabila mendengar rintihan hambanya sudah pasti akan memenuhi segala permintaan dengan syarat hati yang ikhlas serta dengan keyakinan yang tinggi. 

Dari Anas r.a katanya:Rasulullah saw bersabda:Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku! Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.

Persoalannya adakah Allah akan mengabulkan doa seorang yang fasik. Pendosa?

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.  
Al-Ankabut ayat 65

Kata al - Qurthubi " Dia menyahut doa mereka ketika darurat serta berlakunya keihklasan mereka, sekalipun Dia tahu bahawa mereka akan kembali kepada kesyirikan dan kekufuran mereka."

Lihatlah betapa besarnya ramhat Allah kepada hambanya. Hanya meletakkan syarat ikhlas dalam berdoa, tanpa berkira fasikkah dia? jahatkah dia?

Kesusahan kunci keihklasan

Manusia apabila dihimpit kesusahan yang mana tidak ada satu pun manusia mampu menolong mereka sampai ke satu tahap mereka kembali kepada fitrah yang asal. Mengharap kepada satu kuasa. Maka pada saat ini lah, hati akan berbicara penuh ikhlas berdoa kepada tuhannya. 

Bagaimana seorang mukmin gagal mengikhlaskan diri di waktu kesusahan? Sedangkan yang pernah kufur dan sesat pun mampu ikhlas untuk berdoa di waktu kesusahan sebagaimana ayat di atas.

Sampaikan firaun yang mengaku tuhan sekalipun, mengakui keesaan Allah saat hampir kepada kematian.

Maka kesusahan itu apabila dipandang dari sudut yang berbeza sebenarnya adalah rahmat dari tuhan kepada hambanya. Agar mengerti apa itu ikhlas dan mengerti bahawa fitrah itu sentiasa bergantung harap kepada tuhan.

Kesimpulan

Allah tidak pernah berkira untuk memberi kepada hambanya walaupun hamba itu akan kembali membuat dosa kepada tuhannya. Rahmat Allah itu luas. Memberi ampun kepada siapa yang ikhlas. 

Masihkah kita tidak mahu bertaubat?




In:

Aku tak ikhlas~~





" Huh! bas tinggal satu!! Kena cepat ni..."

Rahim mempercepatkan langkah. Waktu-waktu pagi macam ni lewat 5 minit boleh menyebabkan 4 dinar melayang begitu saja. Mana tidaknya, terlepas bas , teksi lah alamat nya. Itu tak termasuk tension bergaduh dengan pakcik teksi lagi. ' Rafa3a benzin ' alasan biasa. Seolah-olah setiap hari harga minyak naik. Dia ingat kami ni naynyuk kot.

Alhamdulillah hari ni Rahim tergolong dalam kalangan insan terpilih. Setelah memberi laluan kepada beberapa akhawat (baca : macho) dia dapat menaiki bas yang usang berbunyi 'krok krek' itu dan tanpa membuang masa mengambil tempat di bahagian isle~ Peh macam flight plak

Kurang 5 saat kemudian bas pun penuh. Maka kelihatanlah beberapa insan kekecewaan turun dari bas setelah hampa tidak mendapat tempat. Maka seterusnya antara satu, memperjudikan nasib menunggu dan berebut bas seterusnya atau berkorban 4 dinar untuk membayar teksi.

Maka ditemani kepulan asap hitam bas pun berjalan terkedek-kedek. Rahim membetulkan duduk. Ada lebih kurang setengah jam sebelum sampai.

" Masa banyak lagi ni. Bukak mashaf sat la. Boleh baca barang semuka dua. " Getus hati Rahim.

" Tok! tok! tok! Encik Seth disini...." Sapa En Seth. " Eh nak baca quran ke? Alololo bagusnye. "

Segaris senyuman terukir. 

En Seth menyambung doktrin, " Eh Rahim ko biar betol nak baca quran sekarang.. lek lu... cari tempat selesa sket"

En Mal menangkis, " Baca sekarang lah apa salahnya... Lagipun banyak masa free kan? "

Rahim mula tak senang duduk. Nak baca atau tidak? Rahim memejamkan mata. Dia nekad untuk membaca.

" Rahim, ko biar betol nak baca? " En Seth mula tak senang duduk. Boleh tahan iman budak ni. En Seth mengubah strategi. 

" Eh Rahim! Ko tengok sebelah ko sapa duduk.. "

Rahim menoleh ke kanan, ah~ entah Arab mana tah... Rahim berpaling pula ke kiri. Tiba-tiba muka Rahim berubah warna. 

Akhawat~

Crush !!

" Cuba ko fikir balik. Ko ni ikhlas ke nak baca quran lillahi taala? Ke.... sebab crush ko kat sebelah ni? " Tersengeh-sengeh En Seth main reverse psychology. 

Rahim sudah mula teragak-agak... Mashaf yang dipegang erat dikendurkan. Lalu disusun kembali ke dalam beg. Lantas Rahim duduk dengan sopan sehinggalah sampai ke Jamiah (baca : universiti).


***

Pernah sekali tu, aku dengan membe-membe g buat umrah. Biasalah g ngan kawan-kawan. Dalam bas kami sembang-sembang. Aku tanya seorang membe aku ni, " Eh! cena? ang nak botak dak kali ni? Jangan nak jambu sangatla wei~~ haha jom la botak ramai-ramai". Dengan selambe badak dia membalas " Alah kalo aku botak nanti dah tentu-tentu aku tak ikhlas. Buat apa aku nak botak? Sia-sia jala.." 

Orang kata ikhlas tu macam kutu negro dalam rambut waktu 12 tengah malam tak dak lampu, bulan pun tak dak, dalam rumah bawah tanah. Nak habaq kata punya la susah nak dapat ikhlas tu.

Tapi kadang-kadang aku terfikir. Mudah pulak untuk dikatakan 'aku tidak ikhlas' berbanding 'aku ikhlas'. Yalah kan.. benda yang sama jugak. Keikhlasan yang susah untuk dinilai. Tapi bagaimana si fulan boleh begitu pasti bahawa dia tidak akan ikhlas?

Saya ikhlas mencintai anak pakcik. Dialog drama melayu. Yang ni lagi tak boleh belah.. hahaha... bab bercinta semua ikhlas. adoiyai~ ok sekadar selingan.

Takut-takut dalam kewaspadaan kita untuk menjaga ikhlas sampai satu tahap 'ikhlas' itu sendiri menjadi halangan untuk tidak beramal. Yalah kan, kalau aku buat, kompem-kompem aku tak ikhlas. Akhir sekali kita hanya berperang dengan perasaan sendiri.  

Kalau lah seseorang itu tidak dapat secara pasti mengatakan aku ikhlas, maka begitu jugalah seseorang itu tidak dapat mengatakan secara pasti aku tidak akan ikhlas.

Satu saja nasihat aku. Kalau terlintas di benak nak buat amal kebajikan. 

Jangan fikir banyak!

Buat terus!

Selebihnya biar Allah menilai.

Adios~

terfikir nak tidur pulak! heh~ Buat terus!!!


p/s: dah lama tak hapdet belog ni... kesian ~~
p/s: eh? tulis entri ni ikhlas ke tak eh?