right_side

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Dilahirkan pada tahun Monyet,Pernah mendapat pendidikan di Pasti Nurul Kiah, Sekolah Rendah Islam Darul Aman, dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Kini penulis merupakan pelajar perubatan, tahun akhir di Jordan University Science and Technology

Followers

Pendatang2

Cer bacer ni pulak...

get this widget here
In:

Cukup jantan kah anda ?




Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tidak terkira,
Kini,
Bila Disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga dan melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki pengkhianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita.
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka semua,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tidak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan agama dan ummah,
Al-Farouq, Zunurian mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup bunuh- membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak-puak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.
 


Kembalilah saudaraku,
pada kelakianmu,
Aku rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah baginda saw.

aku melihat ciri2 lelaki sebenar sdg dibentuk dlm diri sahabat2 seperjuangan ku...
bentuk dan warna yang berbeza.. tp tetap ke arah tujuan yang sama...

mampu kah aku menyaingi mereka... 
 

In:

Berat Dua2 Belah


abg ada rambut vs abg botak


" elok la... MU main 12 org..."

" e'eleh.... dah kalah tu kalah r... la ni.. yg pntg keputusan ... naseb r dh dpt penalti"

" tp  mmg x patut pn dpt penalti... yg gol Arsenal dy kegha off side plak... ni msti xdak lain ni... referee ni msti   kena rasuah ni..."


ehem2.. selalunya perbualan ni kita boleh dgr kt kedai2 kopi mahupun warung2 roti canai dan nasi lemak ( rindu roti canai dan nasi lemak =.= ) ... x kira lah org tua ka.. org muda ka.. bdk2 kecik ka.. bahkan pompuan pn ada!!!!... si penyokong MU ttp dgn hujah beliau begitu juga dgn si penyokong Arsenal..

perasan atau tidak.. rata2 org lebih cenderung bersikap berat sebelah dlm byk hal terutama kepada sesuatu yang menjadi kegemaran si fulan tersebut... sifat ini seterusnya membawa kepada sikap menutup mata dan golongan mereka sahaja yg bet0i!!

mudah cerita.. mcm dlm perlawanan bola sepak td... boleh jd mmg MU x patut pn dpt penalti... ataupun sepatutnya gol Arsenal dikira... malangnya dlm hal ini.. penyokong MU tetap mempertahankan penalti tersebut manakala penyokong Arsenal tetap menafikan keputusan pengadil... masing2 tidak mahu mengakui kelemahan2 pasukan yg diminati masing2.. yalah.. penyokong fanatik la katakan.... ( btw aku x sokong mana2 team okay! )

sgt jarang kita nk dgq penyokong2 tegar ini mengakui kelemahan pasukan masing2.. x caya ?? boleh check blk la ngn membe2 ampa tu.... eh2.. diri sendiri sudeyh~~~~

simple kan?


" ok.. ust nk tnya... kenapa org perempuan x boleh kawen empat? " tiba2 ust mengeluarkan soalan..

pertama kali aku dgq soklan cmni... terkejut mawas aku... hahaha.. soklan ceni pnya sng... hahaha...

" mana boleh ust.... pompuan mana mampu ust..." balas aku dgn nada berseloroh...

" eh korang laki boleh kata mcm tu... mentang2 laki boleh kawen empat..." provoke ust...

" tp ust dlm quran sebut laki boleh kawen empat... " balas bdk sebelah aku.. kali ni nada agak tinggi sikit...

" quran ada sebut ka perempuan x boleh kawen empat ??...  " balas ust dgn buah tanggung!! smash!!!

aku terperasan riak puas hati kt muka ust tgk muka kami berkerut... ( ok.. yg ni aku reka )

" err... err... err... " reaksi kanak2 lelaki yg x kawen lg....

" ah! entuorang bdk2 perempuan.. boleh x pmpuan ni kawen empat ?? " tnya ust smbl mengangkat2 kening..

" mana boleh ust... pmpuan kan ramai drpd lelaki ust... " bls budak perempuan tersipu2 malu....

" eh taw mana... ni tgk statistik kt Malaysia.. kadar kelahiran lelaki lebih ramai dari perempuan.. " sambil menunjukkan statistik di skrin projektor... ( alahai.. mai mana la plak statistik ni )

provokasi demi provokasi dikeluarkan sampai la kami semua penat berhujah dgn ust... akhirnya ust kesian kt kami dan kembali membuat pencerahan... lega~~~~

sejak dari saat tu.. ada 2 perkara yg aku terperasan...

pertama... masih hal yang sama.. berat sebalah atau bias omputih kata... x byk pn.. sikit mesti ada punya.. lagi2 la menda2 yg berkaitan gender ni... bukankah pengeluar hukum2 itu juga lelaki ?? kalau ada org perempuan berhujah hukum yg dikeluarkan bersikap lebih berat kpd lelaki mcm mana pula??

maka di sini lah kesedaran kedua itu timbul... hujah kenapa dan mengapa hukum itu sedemikian rupa.. kita x boleh mengambil sesuatu hukum secara membabi buta2...
kalau memberi kelebihan kt dy... ok... tp kalau dy x untung.. nk marah2 plak... ilmu bai... ilmu.... berpegang pada hujah.. bukan pada kecenderungan kepada sesiapa...

dua contoh ni baru secebis daripada realiti yg berlaku sekarang ni...

virus ini merebak dari benda simple mcm team bola.. smpai la kpd realiti politik kita skrg ni... golongan berkepiah putih x abeh2 menyalahkan geng songkok... begitu juga sebaliknya... kadang2 yang nyata salah tetap dikatakan betul...  yang ternyata benar dikatakan tipu... masing2 mempertahankan pihak masing2... percaya saja apa yang disuapkan... 

sgt sedikit yg mengambil sikap profesional dan menilai sesuatu situasi tanpa ada bias...

persolannya... adakah kita tergolong dalam golongan ini ?

muhasabah diri.. koreksi diri...



p/s : istilah " main 12 org " merupakan istilah yg sering digunakan bg pasukan yg mana keputusan pengadil       lebih memihak kpd mereka..

p/s : entuorg = entum + korang  sama juga sprti istilah entapa = entum + ampa .... istilah ini setakat ini hanya   digunakan di sekolah aku dan juga oleh lepasan2 sekolah aku..

p/s : bercadang nk tulis lg byk.. tp dh penat.. wuwu~~~