right_side

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Dilahirkan pada tahun Monyet,Pernah mendapat pendidikan di Pasti Nurul Kiah, Sekolah Rendah Islam Darul Aman, dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Kini penulis merupakan pelajar perubatan, tahun akhir di Jordan University Science and Technology

Followers

Cer bacer ni pulak...

get this widget here
In:

Doa | Ikhlas | Rahmat Allah




As Salam

Seorang lelaki yang alim, terkenal dengan kewarakan datang ke arah kita untuk meminta sedikit sumbangan. Sudah pasti mudah bagi kita untuk mengeluarkna sumbangan. Paling tidak sekupang ( baca : kedekut taik hidung masin ) . 
Cuba bayangkan pula kalo seorang lelaki berseluar jeans, mat rempit, penagih tegar datang ke arah kita untuk meminta sumbangan membina surau ( kononnya ) yang mana apabila sumbangan itu diberikan sudah tentu-tentu duit itu akan digunakan ke tempat lain. Adakah kita akan beri?

Dua situasi yang sama. Tapi melibatkan kepercayaan yang berbeza. Dengan seorang yang alim dan dipercayai kita akan mudah untuk menyumbang kerana kita yakin sumbangan kita itu akan sampai kepada tempat yang sepatutnya. Tapi dengan seorang yang sudah terkenal dengan kebobrokannya, bagaimana mungkin kita akan percaya. Kan? 

Ya! Memang tidak ada salahnya.Tapi pemurah tidak pada tempatnya , tu bendul namanya. Pemberian hanya sia-sia itu rugi namanya.  

Tidak pada Allah.

Allah apabila mendengar rintihan hambanya sudah pasti akan memenuhi segala permintaan dengan syarat hati yang ikhlas serta dengan keyakinan yang tinggi. 

Dari Anas r.a katanya:Rasulullah saw bersabda:Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku! Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.

Persoalannya adakah Allah akan mengabulkan doa seorang yang fasik. Pendosa?

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.  
Al-Ankabut ayat 65

Kata al - Qurthubi " Dia menyahut doa mereka ketika darurat serta berlakunya keihklasan mereka, sekalipun Dia tahu bahawa mereka akan kembali kepada kesyirikan dan kekufuran mereka."

Lihatlah betapa besarnya ramhat Allah kepada hambanya. Hanya meletakkan syarat ikhlas dalam berdoa, tanpa berkira fasikkah dia? jahatkah dia?

Kesusahan kunci keihklasan

Manusia apabila dihimpit kesusahan yang mana tidak ada satu pun manusia mampu menolong mereka sampai ke satu tahap mereka kembali kepada fitrah yang asal. Mengharap kepada satu kuasa. Maka pada saat ini lah, hati akan berbicara penuh ikhlas berdoa kepada tuhannya. 

Bagaimana seorang mukmin gagal mengikhlaskan diri di waktu kesusahan? Sedangkan yang pernah kufur dan sesat pun mampu ikhlas untuk berdoa di waktu kesusahan sebagaimana ayat di atas.

Sampaikan firaun yang mengaku tuhan sekalipun, mengakui keesaan Allah saat hampir kepada kematian.

Maka kesusahan itu apabila dipandang dari sudut yang berbeza sebenarnya adalah rahmat dari tuhan kepada hambanya. Agar mengerti apa itu ikhlas dan mengerti bahawa fitrah itu sentiasa bergantung harap kepada tuhan.

Kesimpulan

Allah tidak pernah berkira untuk memberi kepada hambanya walaupun hamba itu akan kembali membuat dosa kepada tuhannya. Rahmat Allah itu luas. Memberi ampun kepada siapa yang ikhlas. 

Masihkah kita tidak mahu bertaubat?




In:

Aku tak ikhlas~~





" Huh! bas tinggal satu!! Kena cepat ni..."

Rahim mempercepatkan langkah. Waktu-waktu pagi macam ni lewat 5 minit boleh menyebabkan 4 dinar melayang begitu saja. Mana tidaknya, terlepas bas , teksi lah alamat nya. Itu tak termasuk tension bergaduh dengan pakcik teksi lagi. ' Rafa3a benzin ' alasan biasa. Seolah-olah setiap hari harga minyak naik. Dia ingat kami ni naynyuk kot.

Alhamdulillah hari ni Rahim tergolong dalam kalangan insan terpilih. Setelah memberi laluan kepada beberapa akhawat (baca : macho) dia dapat menaiki bas yang usang berbunyi 'krok krek' itu dan tanpa membuang masa mengambil tempat di bahagian isle~ Peh macam flight plak

Kurang 5 saat kemudian bas pun penuh. Maka kelihatanlah beberapa insan kekecewaan turun dari bas setelah hampa tidak mendapat tempat. Maka seterusnya antara satu, memperjudikan nasib menunggu dan berebut bas seterusnya atau berkorban 4 dinar untuk membayar teksi.

Maka ditemani kepulan asap hitam bas pun berjalan terkedek-kedek. Rahim membetulkan duduk. Ada lebih kurang setengah jam sebelum sampai.

" Masa banyak lagi ni. Bukak mashaf sat la. Boleh baca barang semuka dua. " Getus hati Rahim.

" Tok! tok! tok! Encik Seth disini...." Sapa En Seth. " Eh nak baca quran ke? Alololo bagusnye. "

Segaris senyuman terukir. 

En Seth menyambung doktrin, " Eh Rahim ko biar betol nak baca quran sekarang.. lek lu... cari tempat selesa sket"

En Mal menangkis, " Baca sekarang lah apa salahnya... Lagipun banyak masa free kan? "

Rahim mula tak senang duduk. Nak baca atau tidak? Rahim memejamkan mata. Dia nekad untuk membaca.

" Rahim, ko biar betol nak baca? " En Seth mula tak senang duduk. Boleh tahan iman budak ni. En Seth mengubah strategi. 

" Eh Rahim! Ko tengok sebelah ko sapa duduk.. "

Rahim menoleh ke kanan, ah~ entah Arab mana tah... Rahim berpaling pula ke kiri. Tiba-tiba muka Rahim berubah warna. 

Akhawat~

Crush !!

" Cuba ko fikir balik. Ko ni ikhlas ke nak baca quran lillahi taala? Ke.... sebab crush ko kat sebelah ni? " Tersengeh-sengeh En Seth main reverse psychology. 

Rahim sudah mula teragak-agak... Mashaf yang dipegang erat dikendurkan. Lalu disusun kembali ke dalam beg. Lantas Rahim duduk dengan sopan sehinggalah sampai ke Jamiah (baca : universiti).


***

Pernah sekali tu, aku dengan membe-membe g buat umrah. Biasalah g ngan kawan-kawan. Dalam bas kami sembang-sembang. Aku tanya seorang membe aku ni, " Eh! cena? ang nak botak dak kali ni? Jangan nak jambu sangatla wei~~ haha jom la botak ramai-ramai". Dengan selambe badak dia membalas " Alah kalo aku botak nanti dah tentu-tentu aku tak ikhlas. Buat apa aku nak botak? Sia-sia jala.." 

Orang kata ikhlas tu macam kutu negro dalam rambut waktu 12 tengah malam tak dak lampu, bulan pun tak dak, dalam rumah bawah tanah. Nak habaq kata punya la susah nak dapat ikhlas tu.

Tapi kadang-kadang aku terfikir. Mudah pulak untuk dikatakan 'aku tidak ikhlas' berbanding 'aku ikhlas'. Yalah kan.. benda yang sama jugak. Keikhlasan yang susah untuk dinilai. Tapi bagaimana si fulan boleh begitu pasti bahawa dia tidak akan ikhlas?

Saya ikhlas mencintai anak pakcik. Dialog drama melayu. Yang ni lagi tak boleh belah.. hahaha... bab bercinta semua ikhlas. adoiyai~ ok sekadar selingan.

Takut-takut dalam kewaspadaan kita untuk menjaga ikhlas sampai satu tahap 'ikhlas' itu sendiri menjadi halangan untuk tidak beramal. Yalah kan, kalau aku buat, kompem-kompem aku tak ikhlas. Akhir sekali kita hanya berperang dengan perasaan sendiri.  

Kalau lah seseorang itu tidak dapat secara pasti mengatakan aku ikhlas, maka begitu jugalah seseorang itu tidak dapat mengatakan secara pasti aku tidak akan ikhlas.

Satu saja nasihat aku. Kalau terlintas di benak nak buat amal kebajikan. 

Jangan fikir banyak!

Buat terus!

Selebihnya biar Allah menilai.

Adios~

terfikir nak tidur pulak! heh~ Buat terus!!!


p/s: dah lama tak hapdet belog ni... kesian ~~
p/s: eh? tulis entri ni ikhlas ke tak eh?





In:

Dimana mereka?




Aku ingin menjerit
Namun mulut ku dipekup
Oleh tangan pemerintah ku sendiri.

Aku cuma ingin hidup
Di tanah ku sendiri
Tapi aku dihalau
Oleh 'pembela' ku sendiri

Hak-hak aku dinafikan
Tiada kewarganegaraan
Tiada pendidikkan
Tiada khidmat kesihatan

Rumah-rumahku dibakar
Wanita-wanitaku dirogol
Anak kecil disembelih

Kerana apa aku dilayan begini?

Ada berkata
Kerana warna kulitku

Ada berkata
Kerana agamaku

Pokoknya aku bukan asal dari sini.

Negaraku mengusirku
Negara mereka menahanku

Jadi aku tersepit
Kerangka ku sakit

Disini aku mati
Disana juga aku mati

Lalu aku hendak kemana?

Mereka kata
Aku masih punya saudara

Yang mengaku sama akidah
Yang mengaminkan doa yang sama
Mengadap kiblat yang sama

Tapi dimana mereka?

Dimana mereka?

In:

Seniorita~~




Seorang senior berkunjung ke sekolah lama lalu di jemput memberi ucapan.

" Entum sekarang ni dah tak macam dulu... zaman ana dulu... bla3...yada3 "

Owh~~ aku cukup pantang kalo ada senior mai skolah cakap kemaih ceni... pastu mula lah sembang zaman dia dulu lagi baik la... budak-budak la ni dah makin teruk la.. apa la... hellooow~ ang tu dah keluaq sekolah ni lebih 5 taun.. macam mana ang taw budak-budak sekolah la ni jahat?

Tapi kan...

Macam mana pulak dengan 'senior' yang ini?

Cuba sahaja Rasulullah ada dalam kalangan kita, melihat perbalahan perpecahan ummat baginda yang baginda ingat sampai saat nyawa baginda diambil.

Adakah lagi yang mampu mendabik dada mengaku ya Rasulullah! kami juga sentiasa merinduimu ya Rasullah walhal hedonisme di sana sini. Ya Rasulullah kami mengikuti sunnah mu wahai kekasih Allah sedangkan budaya barat labih kita banggakan.
Cuba bayangkan Salahuddin al Ayubi kembali ke zaman ini bertanyakan tentang Baitul Maqdis yang pernah dibebaskan oleh beliau.

Siapa yang mampu menjawab? Siapa yang mampu mengatakan bahawa tempat mulia itu bukan lagi milik kita?

Cuba sahaja beliau dengan wajah bersinar bertanyakan tentang kemajuan ummat Islam zaman sekarang.

Ada yang mahu jelaskan? Bahawa ummat Islam dihina diperlakukan seperti anjing. Di Myanmar mereka dibakar hidup-hidup. Di Syria kanak-kanak disembelih saban hari. Di Palestin lebih separuh abad mereka ditekan. Tidak sepertimana zaman mereka, ummat ini mendapat kemuliaan yang tinggi.

Cuba sahaja Imam Syafie kembali, bertanya tentang perkembangan ilmu yang beliau tinggalkan, sambil menyangka zaman ini sudah tentu jauh lebih maju berkembang.

Ada yang mampu menjawab, penuntut ilmu zaman ini tumbang layu saat kalimah pertama guru mencecah gegendang telinga. Tebal muka mengaku punya ilmu dengan sijil-sijil bergulung-gulung sedangkan mendapatkannnya dengan penipuan.

Kita ini seolah-olah mensia-siakan usaha ummat terdahulu.

Hanya mampu berbangga dengan sejarah lampau. Berbangga dengan sesuatu yang tidak kita lakukan.

Diulang-ulang kita dulu pernah itu, kita dulu pernah ini. Menumpang pencapaian mereka-mereka yang terdahulu.

Tidakkah malu?



In:

Cermin

AsSalam

"Mahaguru! Ajarkan saya cara untuk mengubah dunia. Mengubah kekalutan menjadi ketenangan. Mengubah sengketa jadi damai. Mengubah seteru menjadi sahabat." kata seorang murid penuh semangat.

Sang guru merenung lama riak wajah anak muridnya yang penuh dengan semangat itu, lantas segaris senyuman terukir. Lambat-lambat sang guru menuturkan kalimah, " Jawapannya ada pada cermin."

Si murid kehairanan. Bagaimana sekeping cermin mampu mengubah dunia ? Murid itu bertanya lagi, " Wahai guruku apakah faedah dan manfaat yang mampu sekeping cermin lakukan pada dunia?"

Sang guru masih lagi tersenyum. Bahu muridnya dipegang erat. " Jawapannya bukan pada apa yang mampu cermin itu lakukan, jawapannya pada siapa yang harus kamu mulakan, siapa yang harus kamu ubah."

Si murid bertambah bingung. Apakah wujud cermin yang mampu menunjukkan siapa perlu diubah dan siapa tidak perlu? Siapakah gerangannya yang begitu penting itu?

Melihat riak wajah muridnya yang kehairanan lantas sang guru bangun dan mencapai sekeping cermin. Maka cermin itu dihadapkan kehadapan anak muridnya. " Mulakan dengan lelaki didalam cermin itu "
Kerut di dahi si murid beransur hilang lalu dia tersenyum. " Saya sudah faham guru. Terima kasih."

Ramai orang berbicara tentang mengubah dunia sampai mereka terlupa, perubahan yang sebesar itu perlu bermula dari sesuatu dan sesuatu itu datang dari diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Ar-Ra’d: 11)
p/s: bukan nak dapat jodoh yg baik ja kena ubah diri sendiri... hahakz~~

In:

Baloq Liat!




As Salam.


Abu : eh hari ni aku malas nak pam jantung la.... Ali tolong pamkan!

Ali   : amoih! ni jantung aku sapa nak pamkan?

Abu : Alaaaa hari ni ko pamkan untuk aku.. esok-esok aku pamkan untuk ko...

Ali   : tarak2...satu pam soploh hengget amcam?

Abu : gulp!



Eh. Cuba bayangkan. *kepul-kepul awan* Kalo setiap perkara yang berlaku dalam badan kita perlukan arahan secara sukarela (baca: voluntary). Yalah. Macam kita korek hidung , mengunyah , sepak bola , menaip keyboard , menulis. Semua tu kena ada specific order from brain right?

Ditambah dengan itu apa kata kalau setiap proses dalam badan juga perlukan specific order? Oh. Setiap minit aku kena nafas kurang-kurang 12 kali , pam jantung 60 - 70 kali, tekan diaphragm , rembes asid , tolak makanan masuk usus , serap zat-zat , potong t**k macam-macam lagi lah! Oh penat! *lap peluh

Bayangkan masa tengah main bola kita kena buat apa?
Berapa banyak pergerakkan yang kita perlu fikirkan?

Contraction of muscle + pam jantung +  buang peluh + bakar lemak/makanan + jerit2 + alirkan darah . Oh! lupa nafas! *mati.

Mujoq baq ang!
Allah dah tahu kau-ang-kamu-enta-deme-aok ni jenis pemalas! Jadi Dia buatkan dalam badan kita sistem bencirela (involuntary). Yalah semua benda remeh-tapi-penting dalam badan kita dah ada 'orang' lain tolong fikirkan. Kita dah tak payah nak susah-susah nak amek pot dah.

Kalau di alam luar badan ibaratnya dah ada orang tolong mandikan kita, kunyahkan makanan untuk kita, seterika baju, bancuh kopi waktu study, lipat baju, basuh baju, kemas bilik ... bla3x.

Say!
Syukur alhamdulillah!

Tu pun... ada lagi malaun-malaun sembahyang tak cukup, puasa mengelat, zakat kedekut nak keluarkan, study main-main *terasa
Urgh! Pemalas nya nko!

Patutlah nabi yang ma3sum pun ibadahnya tak henti-henti.

Allah dah senangkan hidup kita, maka nikmat apa lagi yang ingin engkau dustakan?

Sedarkah?

- Rupanya kita ni pemalas -

Adios!





In:

Aku , Kau , Berkira ?




Satu petang yang biasa cuaca yang biasa suasana yang biasa. Di satu taman perumahan, kelihatan anak-anak kecil berlari-lari ke hulu ke hilir. Meriah dengan hilai tawa kanak-kanak. Kelihatan kaum ibu berkumpul di satu teratak sambil-sambil mengupas mempelam muda dan bersembang apa-apalah. Sekali-sekala anak kecil datang ke teratak itu untuk memakan dua tiga hirisan dan kemudian menyambung permainan. Zaasss! super pantas! Tenang sungguh bi'ah itu.


Di satu sudut...

" Topek..."

" hmmm.. " balas Taufiq endah tak endah.

" Topek! " sergah Nyunyu sekuat hati.

" Apa! " toleh Taufiq " Tacau la.. tak nampak ta tami tengah matan estlem (ais krim) ni.."

" heh~ estlem ape tuew.... ? "

" alah.. estlem abg tami bagi... ceddap wo0! "

" nak sitit boleyh? siiiiiiiiiiiiiiitttit ja... " goda Nyunyu

" tableyh! ... hari tu tami mintak ampa punya cotelat ampa tabagi pown! " balas Taufiq

" eh? tapi cotelat tu dah masuk dalam mulut tami.. takkan nabagi jugak towt? "

" tataw tak tira (kira) tami tamo bagi... ampa tedetut... "

" eh ? "

***

Baru-baru selesai mid exam.

Nak dijadikan cerita ramai jugak la dapat markah yang agak kurang enak mata memandang termasuk aku. Cuma manusia jenis genetik rare saja yang dapat markah tinggi melangit. Hahaks~

Memandangkan masih ada lagi peluang nak tebus kesalahan maka usaha diteruskan.

Sejadah mula dihampar di sepertiga malam.
Mashaf diselak helaiannya satu persatu.
Tangan kembali ke fungsi agungnya menadah tangan berdoa.
Kaki semakin bertenaga ke rumah Allah.
Tak ketinggalan material diulang tanpa jemu.

Kadang-kadang terfikir mujur tuhan itu tidak berkira.
Kalau diikutkan norma manusia, sudah diungkit kisah lama.
Kembali padaNya hanya bila susah.
Sudah terhantuk baru tengadah?



In:

Bomoh! eh?




As Salam.

Beberapa hari yang lepas ada seorang membe abgKun post dalam laman talam  muka buku bahawasanya (amboi) ayah belieuw nak operate tak lama lagi. Bypass surgery!

Selesai tanggungjawab sebagai kawan mengomen dan mendoakan yang terbaik tiba-tiba membe abgKun memberi pesanan privasi (baca: pm). Selesai ucapan 'alu-aluan' belieuw terus tanpa belok tanya abgKun akan halnya penyakit ayah belieuw.

Omaigad!

* Berlari-lari dalam bilik sambil mengutip kitab-kitab kuning bomoh-bomoh!


Mujur jugak waktu dan ketika itu abgKun memang tengah mendalami jurus Jantung hati dan saluran-salurannya.Walaupun tak mencapai tahap jurus terakhir lagi tapi setakat nak bagitaw jantung itu tugasnya mengepam cecair merah tu boleh lah.

Cuak jugak nak jawab pertanyaan dia nieh. Mana taknya ini betul-betul... bukan chobaan...
Ini bukan lagi soalan-soalan olok-olok yang diberi mahaguru mahupun soalan rekaan musuh tradisi pencak si petak. Ini melibatkan hidup dan mati dan lebih penting,ayah sahabat abgKun sniqi. Whoa!

Maka penuh hati-hati ibarat meniti titian sebesar benang abgKun cuba menjawab semampu yang boleh. Jenuh kitab-kitab kuning berhabuk dan ostat Wiki abgKun godek. Tak ketinggalan ostajah googeliah abgKun rujuk. Amboi~ penat bebenor rasanya.

Benarlah kata mahaguru. Jurus ini bukan jurus main-main. Barangsiapa tidak mendalaminya sehabis mungkin maka akan mendatangkan bahaya kepada diri dan juga orang lain.

abgKun harap rakan sepengajian abgKun turun berlatih bersungguh-sungguh. Biar nanti soalan-soalan musuh, eh? kita dapat jawab dengan selamber ibarat membuat jumping smash sambil melantak mi hailam. ewah!
Biar mi tidak tumpah ke baju, bulu tangkis tak keluar gelanggang.

ok chiaw.. sambung mengadap kita kuning.

adios~




In:

Cikgu Norliah


Mak dgn Kakak yg bajet cute 0.o


Oh.

Itu nama mak abgKun.

Pagi-pagi kalau dia gerak abgKun  memang sangat nyaring. Kurang-kurang 1 juta Hz.

Gajah pun boleh bangun. Hoho.

Sebab tu anak murid mak semua gerun dengan mak. Kotak suara supersonic. Oh! Tak kurang juga ada yang kata mak bawak kereta macam Formula 1 ( True story )


Lepas dapat 5A (baca: pandai) sekolah rendah dulu abgKun pernah buat rayuan dekat mak abgKun nak mintak sekolah dahsat2. hebat2. kaya2. ohsem2. bebas? femes. err... dan apa2 yang membuatkan budak2 dejah nam tyme tu teringin lah!

Taw mak abgKun cakap apa?

" Mak antaq ang p temuduga kat Maktab Mahmud ja... yang len kalo ang nak , p temuduga sniqi... " sambil membuat muka selamber... Amboi.

" Kalo tak dapat maktab cena ? "

" Mak buat rayuan.. "

" Kalau tak dapat jugak...? " sambil meninggikan pitching di akhir ayat.

" Mak buat bagi dapat jugak... " Muka penuh konfiden.

Mujoq abgKun tyme tu tak berapa gheti nak naik turun bas lagi. Kalo tak dah lama masuk kisas. Err.. kisas ada tingkatan 1 ka?


Mak abgKun pandai main perang saraf. Dari zaman sekolah menengah mak abgKun dah tanam ideologi dalam pala abgKun suroh amek Medik. Adoi~ Jadi kesannya abgKun dah pun terjebak ke dunia medik.

Kenapa tak tanam sejak sekolah rendah?

Aw~~ man... tyme tu abgKun nak jadi bomba, superman, polis, saintis, askar, Kluang man... mana ada orang boleh halang... hahaha...


abgKun syak.
Mak mesti tengah plan sumthing sekarang ni.

err... kalo boleh jodoh biarla.. abgKun pilih sendiri ya!



Selamat Hari Ibu. hehe~~
tag kan namaku dalam doamu.

adios~~

In:

Nama pena~

Din Dong~

Oh!
Lepas ni aku akan bahasakan diri aku abgKun.

Kenapa pilih abgKun?

sebab.... err...

sebab.... err....

Nampak lebih kool dan lebih kacchak. *berlari-lari anak sambil menutup muka.

Uhuk2~

Ok. Bibit-bibit kejelesan sudah muncul. Omo!

Adios~

In:

Cahaya~



Selepas subur ada kontang
Selepas hijau ada perang
Dan cahaya itu tetap terang

In:

Jalan~


Jalan itu masih panjang.


In:

Nak bagi hadiah tapi tiada wang? Kami ada caranya~~ keh3x



Hadiah percuma tanpa bayaran..
Terbahagi mengikut kategori..
Sila pilih yang mana berkenan di hati..


Kepada kawan - Kesetiaan

Kepada musuh - Kemaafan

Kepada ketua - Khidmat

Kepada yang muda - Contoh terbaik

Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

Kepada manusia - Kebebasan

Perkhidmatan membalut hadiah tidak disediakan. Sila balut sendiri yah! Omo!!

In:

Deja Vu

Selalu saja sesal itu datang saat akhir segala sesuatu.

Baru lepas exam yang saspen dan merosakkan jiwa. Kalau hati tak cukup taf boleh pengsan. Kalau jiwa tak tabah macam Malek Mydin(?) boleh lompat sutuh (bumbung) tingkat 14. Torture minda ni boleh membawa side effect yang lain seperti senyum sorang-sorang,main aci sembunyi dalam tong sampah, mencubit pipi tembam kanak-kanak arab yang sedang bermain mahupun me nihao pelajar Melayu lain sebagai menggantikan salam.

Ada rasa semacam nak demam keluar dewan semalam. Kalau otak tu taw bercakap mau dimakinya aku. Yala sebelum ni tak pernah-pernah guna otak *uhuk2 tiba-tiba nak perah sampai kering 2, 3 jam ibarat seorang yang obese berat 200 pound ke atas diminta berlari tanpa henti selama 3 jam menaikki bukit yang curam dengan sudut 89 darjah. Jangankan 3 jam, 10 minit pun dah pemsam.

*betulkan kedudukkan otak.

Oh waktu berjalan balik. Macam biasa la. Sembang-sembang.

" Aku nyesal dowh. Lepas ni aku nak g kelas tiap-tiap hari..."

" Lepas ni aku nak study awal dowh.. tak mau dah lewat-lewat macam ni"

" Aku tak taw nak study macam mana lagi dah nak score.."


Waktu tu entah tiba-tiba aku rasa macam Deja Moss Vu. Macam pernah ku denganr dialog ini. Tapi di mana yah??

Suasana yang sama - berjalan kaki keluar dewan

Situasi yang sama - lepas exam

Yezza dialog yang hampir sama.

Yup. Skrip yang sama berulang yang dulu pernah juga terucap kalau tidak dari orang sama tapi dari sebab yang sama. Aku jamin kalau buat filem memang tak laku lah.

Penyesalan yang entah kali ke berapa?

Kali ni entah berapa lama bertahan?

Atau nanti kita lupa lalu mengulangi perkara yang sama?

Lantas skrip penyesalan yang sama berulang-ulang. Lagi dan lagi.

Sampai bila?

Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.”
Riwayat Bukhari & Muslim
 
kadang-kadang kita takut pada bayang sampaikan terlupa ia tanda cahaya semakin dekat.

p/s: bukan nak parok sapa2. peringatan utk diri jugak.
p/s: harapan masing ada.


In:

30 tahun kehadapan~~

Jiwa meraban.
Kaki goyang tak henti2.
Kurang lebih 50 lecture nak kena hadam.
156 987 ayat nak kena teliti.
3099143 perkataan nak kena hafal.
*ok statistik buat sniqi.haha.

Orang kabo ulama' dulu-dulu hafal ratus riban hadis tak dak hal pun. Tu pun pakej lepas hafal Quran. *omo!  Aku plak baru nak tergedik2 (bak itik pulang) baca sket dah gadoh. *cocok lecture note lepas geram.

Sekian sesi merungut.

Series sikit. Ehem2x *betolkan kotak suara.

Al kisah...

***



Pada suatu petang yang damai. Angin sepoi-sepoi lughoh ma'nawi bergelongsor laju mengusik sang padi. Sawah kelihatan dari jauh menari-nari mengikut irama dan simfoni. Hijau. Sama dan sekata. Burung anggrybird melayang bebas mengusik orang-orang di tengah bendang.

Kelihatan seorang tua berdiri enak menikmati angin. Datang seorang anak kecil dari belakang berlari-lari jatuh. Demi dia bangun untuk berlari jatuh semula. Tersengih-sengih. Entah betul-betul jatuh atau berpura-pura. Helah untuk bermain selut agaknya.

" Tok wan ! Tok wan ! "

Si tua itu seraya mengalihkan pandangan. Wajah senja itu sedikit mengerut.

" Ish la... apa laghi-laghi ni.. kotoq abeh.. "

" Heee... " sengih budak berumur 6 tahun itu. Taktik lapuk. Sejak umur 1 bulan.

" Tok tengah pikiaq apa tok? " Galak budak itu bertanya. Pitching sedikit naik di akhir kalimah. Kebiasaan budak-budak zaman sekarang.

" Tok tengah pikiaq zaman-zaman remaja tok.. h0h0h0.." gelak orang tua tu ala-ala Santha Kelauth.

" Hehe... zaman atok ngorat nenek eeerrrkkkkk ? " Soal budak kecik tu. Menggeledik tak sedar diri. Tak padan dengan umor.

" Eh budak ni. Miang betol... Ni sapa ajaq ni? Tak dak la.. tok tengah pikiaq kawan-kawan tok... ramai dah jadi orang hebat la ni. "

" Yaka tok? Sapa? "

" La... PM Malaysia sekarang ni.. Dato' Seri Asyraf De Fahmi .. tu dulu kacip ngan atok dulu... selalu men counter strike sekali tu..."

"Woo" terlopong. Lalat cuba-cuba untuk masuk.  " Lagi-lagi!! "  ransang budak kecik tadi. Lalat sudah masuk.

" As Syeikh Khidhir Kamil al Arauki tu pun membe atok gak dulu. Atok selalu pau dia punya internet waktu kat Jordan dulu. Tengok la ni dah jadi tauke ayam dan itik berjaya. Pengeksport terbesar 1/3 dunia dah sekarang ni."

" Lagi tok! lagi! "

" Oih... ada lagi... Orang Kaya-Kaya Apek Nan Sebatang... dah beli separuh tanah kat bulan. Tengah plan nak buat rumah kos rendah kat sana.. Atok ingat nak tempah satu lah.. bosan-bosan boleh jugok p sana jemur-jemur bawah cahaya matahari.."

" Fuy0o... hebat la kawan-kawan atok kan..? "

" Mesti lah... " tersenyum bangga si tua itu.

" Atok pun tak kurang hebatnya... penghabis beras nombor satu Malaysia!! hahahaha!!!  ni bukan bucuk yang kata .. nenek yang kata.. hahahahaha.. " mengilai budak tu sambil berlari lompat-lompat pulang ke rumah.

" Kureng punya budak..."

***

Kadang-kadang terfikir.

Siapa kita dihari senja nanti.

Sudah menjadi orang hebat-hebat atau bercakap lebat menumpang hebat orang lain?

Sudah beri sejuta manfaat buat ummat atau masih terkulat-kulat hidup tanpa matlamat?

Sudah bersedia kenegeri akhirat atau masih teragak-agak solat taubat?


p/s: exam mode* h0ish!!

p/s: bercadang untuk tidak tidur malam ini. oh. sudah pagi.

p/s: macam biasa. doa-doa kan deh~~


In:

Apa ada pada berkat?

Science Hall 2 ?

" Kenapa ramai sangat tak siap kerja sekolah ni!! "

marah cikgu dengan nada yang agak keras. Kami menikus. Sepi. Yang kedengaran hanya lah bunyi tukang kebun memotong rumput memandangkan kelas kami bersebelahan dengan padang bola.

"Cikgu nak kamu semua berdiri atas kerusi. Jangan turun selagi cikgu untuk kelas seterusnya tak sampai. Faham!!"

" Faham cikgu~~ " jerkahan cikgu dibalas hambar serentak itu cikgu berlalu meninggalkan kelas.

" Ini semua salah ang la Acap, yang ang ingatkan cikgu pasal kerja sekolah buat apa."

satu tuduhan meliar. Aku juga tumpang tidak puas hati. Yang sudah langsai kerja pun turut dihukum.

" Weh, cikgu dah tak dak tu... jom r turun..."

" Tak boleh... kan cikgu cakap tadi.. tunggu cikgu lepas ni sampai.."

" Alaaa dia bukan nampak pun..."

" Tak boleh... tak BERKAT nanti..."

Teringat pulak aku kisah ni. Tingkatan 1 dulu. Pertama kali aku dengar perkataan berkat. Bangunan ni berkat tempat ulama'-ulama' dulu belajar. Buat cikgu marah nanti tak berkat. Duduk atas kerusi guru pun tak boleh nanti tak berkat!

Waktu tu semua zaman hingusan lagi. Cukup diugut dengan berkat dah boleh buat kami akur. Entah kenapa perkataan itu sangat taboo dan semua orang pada waktu tu takut untuk kehilangan berkat. Lama kelamaan dah makin dewasa entah soal berkat ni dah rasa macam lali. Come on it takes a lot more than that to scare us adults.

Aku tulis ni pun sebab belakangan ni heboh soal kehadiran ke kuliah.Telah tersebar wabak aku-malas-p-kelas. Sistem kehadiran yang baru membuatkan ramai pelajar ambil kesempatan. Oh itu termasuk aku Banyak alasan yang timbul dan pada penilaian aku agak masuk akal.

Buat apa p kelas kalau asyik tidur ja.. baik rehat kat rumah boleh baca lecture note.
P kelas pun aku tak faham, baik masa tu aku guna study.
P kelas habis duit tambang, dok rumah pun boleh jimat.
Aku tengok orang yang p kelas tak score tegha mana pun sama ja ngn tak p kelas.

Terlepas cikgu cakap? Ada rakaman. Ada lecture note. Ada banyak masa. Jimat duit. Semua alasan yang ideal. Yang tinggal nya cuma satu.

Berkat

Susah sebenarnya berhujah menggunakan berkat ni sebab dia perkara yang tak nampak dan perkara yang tak dapat kita rasa. Berkat bermaksud restu dari Allah untuk kebaikkan yang berkembang. Ar-Raghib Al-Isfahani mengatakan keberkatan itu ialah tetapnya kebaikkan ilahi dalam sesuatu. Dan satu-satunya pemberi berkat ini hanyalah Allah al Mubaarik. Sebab tu ingin diperbetulkan semula bagi mereka-mereka yang pergi ke kelas untuk mencari keberkatan, berkat itu bukan diberi dari guru, tapi dilihat pada keikhlasan kita dan pada akhlak kita dengan guru. Dan itu hanyalah sebagai wasilah untuk kita mendapat keberkatan dari Allah. Ilmu yang dikutip dengan berkat bukan sekadar tahu tapi membuahkan amal dan rasa taqwa kepada Allah.

Teringat kisah yang diceritakan oleh ustaz Radhi waktu PINTAZ dulu bagaimana cerita Syeikh abdul khalil anak murid kepada Syeikh abdul majid seorang yang murid yang sangat menghormati gurunya. Pada suatu hari si murid ini melihat gurunya kelihatan agak sugul. Lalu murid yang prihatin ni pun pergi bertanya pada gurunya hal apakah yang membuatkan gurunya bermuram hati. Maka gurunya memberitahu bahawa cincin yang baru dibeli untuk isterinya terjatuh dalam lubang tahi. Maka murid ini melihatkan kesedihan gurunya bertanya tandas yang mana tempat kejadian itu berlaku. Keesokkan harinya si murid ini mendatangi gurunya dalam keadaan badan berlumuran tahi ditambah dengan bau yang semerbak dan tajam mencucuk2 hidung siapa saja yang melintas dalam radius satu kilometer jauhnya ( ok ni tambah ) Dia tanpa berlengah menyerahkan cincin yang sama dengan apa yang guru nya beli semalam. Maka tahulah gurunya bahawa si murid telah terjun ke dalam loji demi untuk mencari cincin itu. Maka tak semena-mena murid ini dihalau dari pesantren. Murid ini yang tadi nya tersengih-sengih terus berasa sedih. Mengenangkan arahan gurunya maka murid yang taat ni pun menurut perintah tanpa membantah. Sepulangnya dia ke rumah menyangkakan akan di marah oleh ayahnya (juga seorang ulama) malah sebaliknya yang berlaku. Dia malah di suruh mengajar kalau-kalau ada orang datang keesokkan harinya minta diajar. Ajaibnya esoknya memang dia diminta mengajar akan satu kitab yang belum dia hadam dengan baik. Dengan hati yang berat dia membuka helaian demi helaian maka pada saat itulah dia berasa seolah-olah sangat faham dan sudah tahu mengenai keseluruhan kitab itu. Keadaan ini menghairankan beliau lalu dia berpatah balik kepad guru beliau dan bertanyakan hal itu. Maka gurunya memberitahu saat kamu memberikan aku cincin itu maka aku sudah tahu Allah sudah membuka pintu ilmu seluas-luasnya kepada kamu dan tiada apa yang perlu aku ajarkan kepada kamu. (kalau salah riwayat tolong betulkan)

Begitu hebat.

Berkat ni ada banyak jenis. Ada berkat dalam umur. Berkat pada tempat. Berkat pada masa. Berkat pada rezeki. Berkat pada belajar.

Waktu buat umrah tahun lepas semua orang berebut untuk solat di Raudhah. Berdoa di situ dikatakan sangat mustajab. Habis kepala dilangkah ketika sujud malah ada yang kena sepak! Sanggup bersesak! Ini kerana semua percaya ada keberkatan disitu. Di jabal rahmah sebagai contoh, tak terlepas, masing-masing niatkan dalam hati aku nak kawen dengan si fulan bin si fulan, si fulanah bin si fulan. Ini contoh berkat pada tempat. Semua orang percaya.

Berkat pada makan pula, mestilah yang kita makan tu halal lagi baik. Bersih lagi sedap. Ini semua orang percaya. Kalau berkat yang lain-lain kita percaya tapi takkan la berkat itu bila dinisbahkan pada menuntut ilmu kita sudah tidak percaya?

Waktu kecik-kecik dulu bila sesi sekolah nak habis aku ada bagi alasan kat mak aku, alang-alang sekolah dah nak habis apa salahnya tak p sekolah. Mak aku pun jawab alang-alang sekolah dah nak habis lah kena p, nanti dah tak boleh p dah.

Kelas tinggal berapa kerat ja untuk sistem ni. Why not once and for all kita perabih buang kelas yang mana tinggal ni. Member ramai semangat pun naik ye dok??

Apa ada pada berkat?

Jawab la sendiri.

(Oh yang berdiri dalam kelas tu memang kami berdiri sungguh sampai cikgu lepas tu masuk. Terkejut dia. Hahaha~~ Dapat pujian pelajar taat. ^.^)

p/s: aku sendiri pun banyak ponteng. insaf banyak kali dah. tapi buat jugak. sila pangkah aku lepas ni ya!

In:

Wanita~




Wanita
Tutuplah auratmu
Biar yang tinggal untuk dilihat
Akhlakmu

In:

-_______- '




Orang bercinta
Tak suka ada orang lain suka dekat kekasih dia.

Orang beriman
Cintakan hamba yang turut sama kasih tuhannya

Sebab
Orang beriman itu tahu
Kasih Allah itu luas
Cukup untuk semua

In:

Aku Pendosa.




Dosa itu bila dilakukan, bila terlakukan pasti mengundang rasa yang kurang enak. Ibarat gulai yang dimasak tiada santan, ibarat Milo dibancuh dengan air sejuk, ibarat laptop tak boleh bukak facebook ibarat baru lepas tengok cerita crow zero rasa macam nak tumbuk ja orang yang mai melawak lebih kurang. Lebih kurang macam tu la. Betoi. Tak percaya sila try apa yang entapa rasa? Sehari suntuk mood rasa macam tak kena ja.

Mujur masih ada rasa macam tu. Itu tanda dalam hati masih ada sekelumit iman walau cuma setebal kulit bawang. Kalau buat maksiat tak rasa apa-apa. Sila jaga-jaga. Samada yang disangka maksiat itu bukan maksiat ataupun maksiat itu sudah sebati dalam diri.

Manusia itu lupa sifatnya

Yalah. Kadang-kadang dosa yang kita lakukan hari ini pernah suatu masa dulu kita berazam untuk meninggalkannya. Bukan kadang-kadang la. Serasa aku kerap dan boleh jadi majoriti.

Manusia itu lumrah lah kalau terlupa. Tapi dosa ini bukan soal lupa bagaimana atau bila kita melakukan dosa itu. Tapi kita selalu lupa 'rasa' itu. Rasa menyesal dan taubat yang pernah kita alami sewaktu dosa yang pertama sampai membawa kepada dosa yang kedua dan seterusnya.

Malah sebaliknya 'nikmat' maksiat itu yang sering kita ingat-ingatkan. Rindu-rindukan. Sampai satu tahap keinginan itu mengatasi ingatan 'rasa' dan sesal menyebabkan dosa yang sama kita lakukan berulang kali

Jangan putus asa

Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau menyeru dan mengharap pada-Ku, maka pasti Aku ampuni dosa-dosamu tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya dosamu membumbung tinggi hingga ke langit, tentu akan Aku ampuni, tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya seandainya engkau mendatangi-Ku dengan dosa sepenuh bumi dalam keadaan tidak berbuat syirik sedikit pun pada-Ku, tentu Aku akan mendatangi-Mu dengan ampunan sepenuh bumi pula.” (HR. Tirmidzi no. 3540. Abu Isa mengatakan bahwa hadits ini ghorib. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini shahih)

Kadang-kadang kita rasa dosa kita buat tu banyak sangat dah. Rasa macam mustahil Allah nak ampun dah. Sampai timbul dalam hati masih terbuka kah pintu taubat untuk kita?

" Ah! Kau dah buat dosa ni banyak kali dah. Kau ingat tuhan nak ampunkan kau ke..? "

" Alang-alang kau dah nak masuk neraka. Apa salahnya enjoy kejap kat dunia ni..."

" Alah ang ni tuhan pun tak ampun ang dah aih. Tobat masuk neraka punya.."

" Kau ni taubat banyak kali dah. Ni buat lagi. Tak cium bau syurga dah kau ni.."

Masyarakat menohmah seakan-akan mereka tuhan. Syaitan juga tidak ketinggalan menyuntik hasutan sampai hasutan ini membuatkan kita lupa Allah itu maha penerima taubat. Hasutan itu membuat kita berputus asa dengan rahmat tuhan sedangkan Allah berfirman :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Az Zumar : 53

Berdoalah. Bertaubatlah.



Maka berdoalah dengan penuh keyakinan. Buangkan rasa ragu dalam hatimu. kerana nabi bersabda :

"Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa" (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Begitulah indahnya Islam. Hubungan hamba dan tuhannya tiada perantara. Tidak perlu seperti kristian membuat pengakuan didepan paderi. Tidak perlu dosa yang kita lakukan diceritakan kepada orang ramai. Cukuplah antara kamu dan hatimu yang tulus bersama tuhanmu. Merintih di sepertiga malam. Alis matamu menjadi saksi.

“Ada seorang hamba yang berbuat dosa lalu dia mengatakan ‘Allahummagfirliy dzanbiy’ [Ya Allah, ampunilah dosaku]. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa’. (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba tersebut mengulangi lagi berbuat dosa, lalu dia mengatakan, ‘Ya robbi agfirli dzanbiy’ [Wahai Rabb, ampunilah dosaku]. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa’. (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba tersebut mengulangi lagi berbuat dosa, lalu dia mengatakan, ‘Ya robbi agfirli dzanbiy’ [Wahai Rabb, ampunilah dosaku]. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa. Beramallah sesukamu, sungguh engkau telah diampuni.”( HR. Muslim no. 2758). An Nawawi dalam Syarh Muslim mengatakan bahwa yang dimaksudkan dengan ‘beramallah sesukamu’ adalah selama engkau berbuat dosa lalu bertaubat, maka Allah akan mengampunimu.
Bertaubat dan ulanglah. Andai tercicir. Maka taubat lah. Lagi dan lagi. Kerana Allah tidak pernah jemu untuk mengampunkan hamba nya. Cuma hambanya sahajalah yang cepat jemu berdoa memohon ampun.

Allah itu rindu rintihan hambanya. Mungkin saja dosa itu setelah taubat lebih mendekatkan diri kita kepada tuhan berbanding kita dok perasan buat amal baik padahal tidak diterima.

Masih ada ruang buatmu wahai hamba.

p/s: mohon doa Allah ampunkan dosa hamba yang menulis ni. mana tahu ada kalangan kalian doanya mustajab
p/s: terus kirimkan doa buat saudara kita di Syria.
p/s: masuk rumah baru... bilik besau.. seram pulak...

In:

Ceritera Cinta~




" Allahuakbar.. Allahuakbar...!!" kedengaran azan dari masjid Jamiah.

" Huh! dah azan. Alamak hujan la pulak. Dah la musim sejuk ni. Ades~~ Solat kat rumah la..." ngomel ajib dalam hati. Sejam kemudian baru dia solat. Hampeh~

****

Babak cerita Korea.

Sepasang manusia berjalan-jalan pada musim sejuk sambil ditemani salji yang lemah gemalai melayang menari-nari sebelum jatuh ke bumi. Sedang mereka menikmati keindahan neon lampu kota tiba-tiba si gadis mengusap-usap tangannya sambil menghembus tangan. Maka tahu lah sang teruna kekasih hatinya sedang kesejukkan. Tanpa berlengah si jejaka membuka jaket nya lalu memakaikan kepada gadis empunya hati tanda kasih dan cinta yang tidak berbelah bagi. Yerk~~
****

Tadi tengah sembang-sembang dekat hadramaut tiba-tiba terkeluar dari mulut aku.. " Kesian noh tengok mutazawwij ni.. p mana-mana pun kena teman bini..." .

Tiba2 akh Firdaus menyampuk... " Eh enta taktaw... kalau dah cinta tu... apa pun sanggup."

" Bau kentut pun jadi perfume.." aku menambah, bising mat3am tu dengan gelak tawa kami.

Yalah kan. Kalau dah suka. Mesti la nak buat si dia gembira. Mesti la fikirkan dia lebih dari diri sendiri. Alah... macam selalu dalam cerita Korea la.. Dia sejuk separuh mati pun takpa.. Janji awek selesa. Cinta sejati la sangat~~ * tangan ke bahu mata ke atas.

Seorang alim pernah berkata untuk mengetahui sejauh mana kah kita cintakan Allah, lihatlah sejauh mana kita mendahulukan apa yang Dia suka berbanding apa yang kita suka. Kadang-kadang kita selalu lupa, dalam banyak perkara selalunya kita mendahulukan apa yang kita suka berbanding apa yang tuhan suka. Bukankah begitu?

Contoh untuk diri sendiri beli gadjet mahal mana pun sanggup. Baju? Jaket? Henset? Mesti nak yang terbaik. Sebab itu semua kita suka. Betul?
Tapi bila tiba giliran yang Allah suka, bila orang datang rumah buat kutipan. Infaq serba sedikit. Kita utamakan yang Allah suka ( derma semampu yang boleh ) atau yang kita suka ( derma sesikit mungkin ) ?

Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. Al-baqarah ayat 261
   
Memang. Solat fardi itu sah. Solat jemaah juga sah. Soal kesahihan ibadah kita insya Allah lulus. Tapi itu bukan tahapnya. Mahu menjejak ke syurga bukan sekadar itu. Mahu menjejak ke syurga mesti buat Allah redha. Allah suka. Syurga itu mahal brader...

Allah sudah buktikan betapa dia cinta kepada kita hambanya.

Sudahkah kita buktikan cinta kita kepada tuhan?

Istilah 'cinta' itu jangan hanya disebut. Buktikan!

p/s: exam lagi 3 hari.. banyak lagi lect note meminta-minta limpahan kasih sayang. Doa-doa kan deh~
p/s: kempen infaq UZS seorang wakil tak sampai 100jod? Kemon my friend kata budak tajaan....

In:

Melankolik~~



-Berehat sekejap sekadar melepas lelah. Dari study atas meja, katil, sampai ke lantai... entah nak turun mana plak pasni.. hahaha..

-Hari ni ramai budak2 PERMAI g Ajloun men salji. Aku macam besa masuk gua memandangkan exam dah sedap men lep kat depan simpang sana. Selitkan doa deh~

- Baru tadi aku tengok satu video seorang anak menangisi kematian ayah nya. Syahdu. Homs itu aku pernah ziarah tahun 1 dulu. Best. Tempat yang sangat lawa dan serasa aku orang-orangnya beza dengan yang berada di Damsyik. Nak cari yang tak pakai tudung? Susah! . Pernah sekali waktu kami berjalan mencari makanan seorang syab yang melintasi kami berhenti,

" Entu muslim??"

" Eiwah ehna muslim...."

" Tafaddhol.. khuz hai khubz.. 3asaynkoo muslim " sambil tersenyum beliau menawarkan roti yang sedang dipegang kepada kami. Cerita ni aku ulang banyak kali sebab sampai sekarang aku masih lagi terkesan dengan akhlak pemuda tadi.

Masih hidupkah dia?

Syahid?

Orang-orang di sana baik-baik. Tak ada yang menipu. Tanya saja hendak kemana pasti ada yang sukarela jadi tour guide free. Jauh lebih baik dari kebanyakkan arab sini.

Semoga semangat Khalid al-Walid mengalir meresap dalam jiwa kalian.

Allah ma3akum.

Bagi yang membaca jangan lupa kirimkan doa.


seorang anak sedang 'menggerak' ayahnya.

Dihadapan masjid tempat bersemadi Khalid Al Walid

Di dalam masjid sudut kanan belakang.

Bersama pemuda Homs

In:

Romantika Aku Dia



Aku memang selalu dengan dia. Berkepit tak kira masa. Biasalah kan... hehe
Kadang-kadang ada jugak orang yang perasan. Yalah kan.. kerap sangat bersama..
Ada yang senyum-senyum saja... Ada yang mencebik mencuka.. (ala... jeles lettew...)

Kadang-kadang bila dia nak berkumpul dengan kawan-kawan dia.. dia bawak aku sama..
Yalah.. kawan-kawan dia pun masing-masing bawak jugak... Iyalah.. yang macam aku-aku jugak..
Biasalah kan... zaman muda-muda..

Selalu aku dengan dia.. tak kira masa..
Pagi petang siang malam
Pagi-pagi buta pun kadang-kadang dia ajak aku bersembang..
Aku turutkan saja.. nak buat macam mana dah orang rindukan kita...

Dia selalu manja-manja dengan aku..
Kadang-kadang dia cucuk-cucuk aku..
Kadang-kadang dia usap-usap aku...
Selalu jugak dia kucup dahi aku.. Ah~ segannya...

Kadang-kadang aku tengok muka dia berkerut.. Mulut terkumat kamit..
Dia jeling-jeling aku... kadang-kadang sekejap kadang-kadang lama..
Kadang-kadang tu.. sampai aku blushing~~ hue hue..
Lepas tu muka yang berkerut tu hilang..
Mulut dia lancar kembali... Terus berdialog dengan aku...

Siapa dia siapa aku?
Ya! Aku lah al-Quran dan dialah yang cuba membawaku..
Hamalatul quran~

Moga-moga dia berjaya...

"Ramai orang tak tahu yang hafiz/ah quran ni romantik orangnya... heh~~"

والقرآن حجة لك أو عليك.
Bermaksud : " Al Quran itu samada ia menjadi hujah yang mempertahankan engkau ( di hadapan Allah di akhirat ) ataupun hujah yang melaknat engakau " .

Barangsiapa yang menghafaz Al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, maka Allah akan memakaikan kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat, suatu mahkota yang mana kilauannya lebih cerah berbanding cahaya matahari ”.



p/s: haha... jangan nak pikiaq kot len pulak noh~ sila baca secara majaz yah!
p/s: agak2 mcm mana nak tackle al-quran ni... asyik kena reject ja~ alahai...

In:

Cuti bukan sekadar cuti~

Sedang solat di satu sudut didalam National Gallery~


Cuti yang lepas kami diberi kesempatan untuk menapak di bumi Allah. Kali ni di sebelah sana pula. Belahan bumi yang mana bunyi azan nya jarang-jarang kedengaran. Belahan bumi yang mana makanannya bukan semua yang kita boleh makan. Belahan bumi yang mana pergaulan antara jantina berlawanan jenis tidak dititikberatkan.

Yah! Di situ lah...

Di situ sistem nya teratur. Manusia bagaikan robot. Berjalan pantas memintas manusia-manusia yang sesat. Dan kamilah manusia itu. Walau berhenti sebentar kami sudah mengganggu puluhan manusia yang lain. Ya~ sebegitu ramai dan sibuk.

Dalam tamadun itu kami adalah orang asing. Orang asing yang pada pandangan mereka konon nya memegang cara hidup yang paling lengkap. Nah~ itu yang aku fahami dari cara mereka memandang saat kami mengangkat takbir di sudut tersorok dalam stesen kereta api. Saat kami ruku' di tepi jalan. Saat kami sujud di celah kerusi dan meja. Saat kami menadah tangan berdoa di bawah tangga. Terus menerus cuba sedaya upaya mempertahan apa kami yakini.

Arghh!!

Cuba hati ini aku turuti. Sudah lama aku tinggalkan semua itu. Sudah tentu tidak ada yang membuat muka jelek tika kami mengambil wudu'. Melumurkan air ke seluruh badan ketika musim sejuk.
Cuba hati ini aku turuti. Sudah tentu muka ini tidak menjadi objek aneh. Tidak menjadi bahan pameran tatapan setiap manusia yang lalu.
Cuba hati ini aku turuti. Tak perlu aku sembunyi lagak penjenayah gayanya. Ya! Seolah-olah  begitu lah rasa nya.

Mujur masih ada 'izzah dalam diri. Iman penggerak tangan dan kaki. Semua itu kami harungi.
Mujur juga aku tidak seorang diri. Punya teman disisi. Pengubat duka dikala sepi. Penguat semangat dikala hati berasa futur.

Merantau itu soalnya bukan hanya pada indahnya tempat yang kita lawati. Bukan hanya sekadar berapa banyak gambar yang berjaya kita ambil. Pura-pura gembira pada dunia. Bukan juga berapa banyak cenderahati yang berjaya kita beli.
Tapi pokok pangkalnya. Apa kesannya pada diri. Tempat mana dalam diri yang berjaya dikoreksi. Pengajaran apa yang dapat diteladani. Perubahan apa yang ada dalam hati.
Kerana hanya ini yang menentukan apakah berbaloi Allah gerakkan kita ke sana ke mari.

Ah! Tanyalah diri sendiri!

p/s: gambar di bawah untuk tatapan keluarga.
p/s: sory kpd tuan2 punya gambar.. aku cilok sket.. hahaha