right_side

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Dilahirkan pada tahun Monyet,Pernah mendapat pendidikan di Pasti Nurul Kiah, Sekolah Rendah Islam Darul Aman, dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Kini penulis merupakan pelajar perubatan, tahun akhir di Jordan University Science and Technology

Followers

Pendatang2

Cer bacer ni pulak...

get this widget here
Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts
In: , , ,

Di antara 'Muhammad-Muhammad'


gambar hiasan


"Ya3tikal 3afiah"

Kata keramat itu menandakan bahawa kelas sudah tamat ,boleh jugak berperanan sebagai jam loceng.

Kelas yang malap dihiasai warna yang bertemakan biru itu semakin bising, tanda pelajar sudah bangun dari mimpi indah masing-masing. Masakan tidak, lecture pada waktu tengah hari sudah pasti mengundang rasa kantuk yang maha dahsyat. Hanya insan-insan pilihan saja yang mampu kekal berjaga Itupun tak kerana rokok mesti sahaja sudah menelan berkilo-kilo kafein. Mungkin ada pengecualian tapi boleh dibilang dengan jari. Maka tidak hairan ada yang memilih untuk tidur dikatil yang empuk dirumah berbanding dengan kerusi tegak(masih jugak empuk). Apa-apalah! Masing-masing punya hujah sendiri yang tidak terkalahkan.

Tiba masa mengambil kehadiran.

" Khalid! "

" Na'am! (ya)" kelihatan satu tangan terjulur dari satu sudut dewan.

" Ali! "

" Hai ni duktuuurr (saya di sini doktor)" satu lagi tangan terpacul keluar, kali ini rendah sedikit.

" Muhammad ! "

" Na'am " pelan sahaja, terjengket-jengket sambil menghulurkan tangan.

" Weinoo? (mana dia?) " tanya doktor sambil melilau-lilau mencari punca suara.

" Huun duktur hunnn (sini doktor sini)" balas beberapa suara

"Muhammad ! Err... Muhammad Afieqq " seru suara itu sedikit teragak-agak

" Na'am!! "

"Muhammad! "

*****

Di sini (baca:Jordan) pelajar melayu lelaki bernama Muhammad saja sudah lebih kurang 70 peratus ke atas. Majoriti. " Kullu Muhammad? " soal seorang doktor dan kami mengiakan sambil tersengih. Kalau akhawat pula kita berdepan dengan kisah 'Nur' atau 'Nurul'. Sampai kan seorang kawan Arab menyimpulkan semua bernama Muhammad dan Nur itu dari kalangan melayu.

Memang majoriti rakyat Malaysia suka akan nama ini. Bahkan aku waktu kecil-kecil dulu sangka bahawa nama ini seolah diwajibkan. Mungkin orang melayu sebagai tanda cinta dan juga kasih kepada baginda Nabi menamakan semua anak mereka bermula dengan Muhammad. Atau juga mereka mengharapkan anak-anak ini tinggi syahsiah mereka persis manusia agung itu. Persis.

Cuma.

Nama-nama itu tinggal nama sahaja. Nama itu bergerak, bergaul dalam kehidupan kita kiri dan kanan. Nama itu kadang singgah pada yang manusia yang betul terpuji seperti maksudnya, kadang singgah pada sosok yang betul hebat hampir seperti pemilik asalnya. Pun begitu nama itu juga kadang terseret pada golongan pendosa, golongan fasik membuat kejahatan bahkan mungkin penentang agama!

"Ya! nama saya 'Muhammad' ! " sambil menghembuskan kepulan asap rokok berbentuk bulat.

*****

" Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka ; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar." Al-Anfal : 33

Peristiwa Abarahah serta gajah-gajahnya, ramai yang sudah tahu. Tentera bergajah yang hancur lebur dek balingan batu berapi dari burung Ababil. Penduduk jahiliah Makkah pada waktu itu bukan sahaja membina lebih 300 berhala disekeliling malahan bertawaf disekeliling tanpa seutas benang! Begitu sekali malah diselamatkan oleh Allah. Begitu juga dalam banyak peritstiwa peperangan yang sekali imbas saja sudah dapat diramal kekalahan pada tentera islam. Dapat juga beroleh kemenangan. Semua gara-gara ada sosok yang bernama Muhammad. Ya! Nabi Muhammad.

Seperti teka teki Nujum Pak Belalang.

" Di manakah terletaknya kekuatan Hang Tuah. Di kerisnya kah? ....."

" Kekuatan Hang Tuah terletak pada huruf 'ta' nya ..."

Ya! pada waktu itu, cukup nama Muhammad ada disitu maka Allah akan menyelamatkan kaum tersebut.

Nama-nama itu sudah berkembang biak zaman kini.

Mengaku saja islam pasti ditindas. Mengaku saja islam dipandang lemah. Mengaku saja islam, mundur. Tak ketinggalan pelbagai lagi musibah lain. Tiadakah lagi pertolongan dari Allah?

Ya jasad mulia bernama Muhammad itu sudah lama tertanam. Namun sejauh manakah islamnya 'Muhammad-Muhammad' atau ummat zaman sekarang dengan nabi Muhammad? Adakah akhlak kita seperti nabi Muhammad? Adakah usaha kita dalam mencapai kejayaan segigih atau sebanding dengan nabi Muhammad? Pendek kata, adakah secara metaforanya masih ada 'Muhammad' itu dalam kalangan kita?

Buat kamu-kamu yang bernama Muhammad.
Dinamakan sahaja Muhammad sudah satu kebanggaan. Makhluk paling mulia atas muka bumi ini.
Tidakkah kamu mahu memaksudkan nama itu?

p/s: semoga bermanfaat. owh! aku juga Muhammad!
p/s: olahan idea asal dari saifulislam.com
p/s: lama betoi tak menulis.

In: , ,

Cover macho~



Pernah dengar istilah 'cover macho' ? Fenomena ini berlaku sangat luas di atas muka bumi ini dan seakan-akan sifat universal para lelaki. Tak perlu belajar tak perlu diajar. Nampak sahaja perempuan/akhawat /gadis terus sahaja berubah perangainya , cara bercakapnya, posture berdirinya, dan apa-apa lah yang dilakukan. Yang penting nampak lebih macho. Dan berterusan lah keadaan ini sampai si perempuan itu tiada ditempat kejadian. Bayangkan semput tak semput si 'macho' ni kalau dia cover perut boroi dia. Hahaks! Apa-apa pun cover ini tak berlaku didepan perempuan yang mahram, tak cun dan yang dia tak minat. Ahaha~ Dasar hipokrit!

Manusia memang begitu. Nak dinampak baik didepan orang yang dia suka. Walaupun kadang-kadang baiknya itu hanya sekadar lakonan. Yang penting apabila su fulan atau si fulanah tengok, dia nampak baik. Belakang cerita lainlah. Cuma nak cakapnya kat sini kebanyakan kita disini begitu. Nak dinampak baik depan orang yang kita suka. Kan?

Cuma persoalannya kenapa kita tidak berpelakuan yang sama apabila kita tahu kita dilihat Allah yang Maha Melihat? Apakah hati kita tidak cukup cinta atau suka?

Orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah SWT. Al Baqarah : 165

Kita perlu hidup seperti selebriti. Ya selebriti! Tidak apa kalau rasa diri tidak hensem ataupun kachak bergaya mcm abgkun. eh? Kerana apa perlu begitu? Lihatlah saja bagaimana mereka dikhalayak ramai. Bagaimana mereka berinterksi dengan peminat. Ya ampun! Baik yang amat! Percakapan dijaga. Penampilan diambil berat. Pendek kata perfect lah. Kerana itu sumber mereka. Mereka perlu sentiasa berjaga-jaga kerana takut-takut dilihat oleh peminat atau pak-pak wartawan yang sentiasa mengekori mereka. Nah~ rasa diperhati itu membuatkan manusia berhati-hati dalam bertindak. 

 Selanjutnya terangkan kepadaku tentang Ihsan!' Rasulullah saw. menjawab, 'Hendaknya engkau beribadah kepada Allah seakan-akan melihat-Nya, atau engkau beribadah kepada Allah dengan keyakinan bahwa Dia selalu melihatmu.' 

Namun semuanya menjadi masalah apabila kita merasakan bahawa kita tidak diperhati. Bebas berbuat apa saja. Pantang gelap.... *istighfar sambil urut dada.  Apa pun perasaan diperhati yang dimaksudkan disini bukan lah dari manusia tapi bahkan dari Allah dan malaikatnya. Kerana pemerhatian ini tidak terbatas dengan masa dan tempat. Sentiasa saja ada menemani hidup kita sampailah kita nanti mati!

Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi bagiNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit. Ali Imran : 5