right_side

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Dilahirkan pada tahun Monyet,Pernah mendapat pendidikan di Pasti Nurul Kiah, Sekolah Rendah Islam Darul Aman, dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Kini penulis merupakan pelajar perubatan, tahun akhir di Jordan University Science and Technology

Followers

Pendatang2

Cer bacer ni pulak...

get this widget here
Showing posts with label clinical life. Show all posts
Showing posts with label clinical life. Show all posts
In: ,

Life lesson in radiology.

Pingu.. pingu...



" One day, you can either be a physician or just a certificate holders.. your choice!" - Dr Qusai 

Semua orang terdiam. Sunyi.



***

Radiology ni lain sikit pada yang lain. Round dia kelas ja. Yalah kerja dia tengok gambar ja. Cuma nya gambar dia lain sikit la. Hitam putih. Alah.. macam gambar tv 70 an 80 an dulu lah.

Entah aku tengok gambar semua sama ja.

" This is the Kerley B line.. Syuf! Hon!! " syarah seorang doktor mukim pagi tadi. 

Pejim celik aku tengok. Tak nampak2. Last-last aku buat imaginary line sendiri. Haha.. baru nampak.. Angguk kan ja dalam kelas. Kesian pulak doktor beria-ia tunjuk. Kang tak nampak merajuk pulak.. hahaha..

Tapi apa-apa pun aku memang tabik la doktor mukim (MO) tadi nii punya power tu sekali tengok ja dah taw si fulan ni ada pathology sekian-sekian.

***

Doc Qusai, besar orangnya. Nuclear Medicine , itu memang mainan dia lah. 1 st day dia masuk dah beletiaq , pasal budak lambat, adab dengan guru, adab tuntu ilmu. Yang paling best nya dia pangkah geng-geng isap rokok.. haha.. terkebil-kebil kena..  tersenyum puas aku.. haha

Kebetulan kelas dia hari ni panjang sikit. Sampai lah lebih kurang slide yang ke 3 , elok ja file dibukak seorang pelajar mengeluh,

" 105 slides? .."

Doc tersenyum~

" You will keep studying to the end of your life.." doktor memulakan ceramah beliau.. deep in my heart i know this is going to be a long session of life lesson ...

 "Being a doctor you has already decided that you're gonna sacrifice your life for the sake of others.. and that includes learning.." sebenarnya doc cakap dalam bahasa arab.. aku cuma translate seboleh aku...

" to be a specialist alone at least you have to study about 15 years ... i know more than half of you if given a choice to go back 5 years ago.. you'll choose different professions..."

***

Sebenarnya aku dengar ramai yang mengeluh. Ramai? Majoriti mungkin.

"Untung nya jadi budak dentist perbandingan kami dengan budak dentist ja sebab kami dikelilingi oleh banyak student dentist.kalau banding dengan dak2 yarmouk lagi sakit hati.. cuti banyak... nnti kerja waktu pejabat... gaji lebih kurang kita ja.."

Masa preklinikal tak banyak sangat rungutan macam ni.. cuma baru-baru ni sejak masuk ke alam klinikal ni makin banyak pulak.. Yelah jadual makin sibuk.. cuti secoet... raya tak dapat balik Malaysia.. material makin lama makin berat kecuali tahun heaven tahun 5 according to our university's  system lah.. 

Tulah kalau variable nya keuntungan dunia... awal-awal lagi keputusan untuk belajar medicine ni dah kalah..

duit?

lebih kurang kerja lain.. kaya lagi orang yang buat bisnes

working hours?

aku rasa buruh kasar pun lagi banyak rehat dari duktur... nak dapat office hours? keep on dreaming brothers!

social status?

sekarang ni pakai serban , pandai cakap , goreng-goreng sikit tambah perencah, kicap, garam secukup rasa dah boleh dapat title ulama' bro! mudah-mudah dapat 2 3 orang bini... tah kadang-kadang ilmu tak teqa mana pun.. aku malas cakap ulama' xdak ijazah.. sbb sistem sekarang ni ilmu kau xleh ukur ikut ijazah sangat.. pak hamka rilek ja dapat anugerah phd.. x ikut sistem konvensional pun.

cuma yang aku rasa kelebihan profession as a doctor ni sebab chances ko nak buat good deeds tu terbentang luas... luas gila-gila cakap kau... everyday kerja kau berkhidmat jaga kesihatan... insyaAllah hari-hari dapat pahala with the right niat of course 

tulah... niat hari ni , esok boleh jadi berubah...

doakan aku ikhlas...

please?

In: , , ,

Di antara 'Muhammad-Muhammad'


gambar hiasan


"Ya3tikal 3afiah"

Kata keramat itu menandakan bahawa kelas sudah tamat ,boleh jugak berperanan sebagai jam loceng.

Kelas yang malap dihiasai warna yang bertemakan biru itu semakin bising, tanda pelajar sudah bangun dari mimpi indah masing-masing. Masakan tidak, lecture pada waktu tengah hari sudah pasti mengundang rasa kantuk yang maha dahsyat. Hanya insan-insan pilihan saja yang mampu kekal berjaga Itupun tak kerana rokok mesti sahaja sudah menelan berkilo-kilo kafein. Mungkin ada pengecualian tapi boleh dibilang dengan jari. Maka tidak hairan ada yang memilih untuk tidur dikatil yang empuk dirumah berbanding dengan kerusi tegak(masih jugak empuk). Apa-apalah! Masing-masing punya hujah sendiri yang tidak terkalahkan.

Tiba masa mengambil kehadiran.

" Khalid! "

" Na'am! (ya)" kelihatan satu tangan terjulur dari satu sudut dewan.

" Ali! "

" Hai ni duktuuurr (saya di sini doktor)" satu lagi tangan terpacul keluar, kali ini rendah sedikit.

" Muhammad ! "

" Na'am " pelan sahaja, terjengket-jengket sambil menghulurkan tangan.

" Weinoo? (mana dia?) " tanya doktor sambil melilau-lilau mencari punca suara.

" Huun duktur hunnn (sini doktor sini)" balas beberapa suara

"Muhammad ! Err... Muhammad Afieqq " seru suara itu sedikit teragak-agak

" Na'am!! "

"Muhammad! "

*****

Di sini (baca:Jordan) pelajar melayu lelaki bernama Muhammad saja sudah lebih kurang 70 peratus ke atas. Majoriti. " Kullu Muhammad? " soal seorang doktor dan kami mengiakan sambil tersengih. Kalau akhawat pula kita berdepan dengan kisah 'Nur' atau 'Nurul'. Sampai kan seorang kawan Arab menyimpulkan semua bernama Muhammad dan Nur itu dari kalangan melayu.

Memang majoriti rakyat Malaysia suka akan nama ini. Bahkan aku waktu kecil-kecil dulu sangka bahawa nama ini seolah diwajibkan. Mungkin orang melayu sebagai tanda cinta dan juga kasih kepada baginda Nabi menamakan semua anak mereka bermula dengan Muhammad. Atau juga mereka mengharapkan anak-anak ini tinggi syahsiah mereka persis manusia agung itu. Persis.

Cuma.

Nama-nama itu tinggal nama sahaja. Nama itu bergerak, bergaul dalam kehidupan kita kiri dan kanan. Nama itu kadang singgah pada yang manusia yang betul terpuji seperti maksudnya, kadang singgah pada sosok yang betul hebat hampir seperti pemilik asalnya. Pun begitu nama itu juga kadang terseret pada golongan pendosa, golongan fasik membuat kejahatan bahkan mungkin penentang agama!

"Ya! nama saya 'Muhammad' ! " sambil menghembuskan kepulan asap rokok berbentuk bulat.

*****

" Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka ; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar." Al-Anfal : 33

Peristiwa Abarahah serta gajah-gajahnya, ramai yang sudah tahu. Tentera bergajah yang hancur lebur dek balingan batu berapi dari burung Ababil. Penduduk jahiliah Makkah pada waktu itu bukan sahaja membina lebih 300 berhala disekeliling malahan bertawaf disekeliling tanpa seutas benang! Begitu sekali malah diselamatkan oleh Allah. Begitu juga dalam banyak peritstiwa peperangan yang sekali imbas saja sudah dapat diramal kekalahan pada tentera islam. Dapat juga beroleh kemenangan. Semua gara-gara ada sosok yang bernama Muhammad. Ya! Nabi Muhammad.

Seperti teka teki Nujum Pak Belalang.

" Di manakah terletaknya kekuatan Hang Tuah. Di kerisnya kah? ....."

" Kekuatan Hang Tuah terletak pada huruf 'ta' nya ..."

Ya! pada waktu itu, cukup nama Muhammad ada disitu maka Allah akan menyelamatkan kaum tersebut.

Nama-nama itu sudah berkembang biak zaman kini.

Mengaku saja islam pasti ditindas. Mengaku saja islam dipandang lemah. Mengaku saja islam, mundur. Tak ketinggalan pelbagai lagi musibah lain. Tiadakah lagi pertolongan dari Allah?

Ya jasad mulia bernama Muhammad itu sudah lama tertanam. Namun sejauh manakah islamnya 'Muhammad-Muhammad' atau ummat zaman sekarang dengan nabi Muhammad? Adakah akhlak kita seperti nabi Muhammad? Adakah usaha kita dalam mencapai kejayaan segigih atau sebanding dengan nabi Muhammad? Pendek kata, adakah secara metaforanya masih ada 'Muhammad' itu dalam kalangan kita?

Buat kamu-kamu yang bernama Muhammad.
Dinamakan sahaja Muhammad sudah satu kebanggaan. Makhluk paling mulia atas muka bumi ini.
Tidakkah kamu mahu memaksudkan nama itu?

p/s: semoga bermanfaat. owh! aku juga Muhammad!
p/s: olahan idea asal dari saifulislam.com
p/s: lama betoi tak menulis.

In: ,

Jangan pernah menyesal~





" Weh macam mana exam tadi ? " 

" Haha.. senang gila.. keluar past year... buat penat ja wei ang baca banyak.. haha.. "

" Tula.... menyesal aku baca banyak-banyak kalau taw macam ni.. memang aku baca past year ja "

*****

Alhamdulillah baru saja habis rotation paediactics dan insyaAllah esok masuklah last rotation untuk tahun 4 ni ya3ni Surgery. Komen tentang paeds? Seronok jumpak patient tapi waktu bed-side teaching ya ampun... letih banget. Seronok sebab hari-hari dapat jumpak makhluk tuhan paling comel, innesen, pipi bam-bam dll. Tapi yang tak seronoknya pulak bila waktu tgh clerking babiyyat (bayi-bayi) menangis tak hengat doniya~ Apa-apa pun 1 pengalaman yang menarik!

Oh! Baru ja beberapa hari lepas habis exam osce dan jugak mini osce. Dan seperti biasa pelajar klinikal study sehabis mungkin lah dengan material nya yang bergunung tu. Nak buat macam mana, sekarang dah level universiti, dah takdak muqorror2 cikgu bagi macam waktu sekolah menengah dulu. Nak tak nak kena habiskan jugak la material mana yang ada. Penat!

Pun begitu ada sesuatu yang menarik perhatian aku setiap kali habis imtihan. Situasi menyesal terlebih baca. Aku cuba memahami kenapa orang yang terlebih baca ni suka menyesal. Yalah kadang-kadang tu mungkin dia rasa macam tak adil bila ada si fulan usaha banyak , habiskan semua material tapi keluar soalan mudah, banyak past year dan soalan ni dengan mudah dapat dijawab dengan orang yang study last minit(aku lah tu. heh~). Nak-nak kalau markah lebih kurang ja, lebih teruk lagi kalau kurang daripada yang last minit tadi.

Entah lah. Kadang-kadang sistem peperiksaan yang terlalu exam-oriented ni memang buat kita lupa atas sebab apa kita menuntut ilmu. Baca nak ringkas ja, asal cukup untuk exam. Asal cukup! Baca lebih rasa menyesal? Aku takut kalau lah ilmu tu berperasaan macam manusia. Takut-takut ilmu tu merajuk dengan kita. Seolah-olahnya kita ni cari dia untuk lepaskan diri waktu exam ja. Lepas tu buang jauh-jauh. Patutlah lepas exam lupa habis semua. Mungkin sebab ilmu tu dah merajuk dengan kita kot.

Cuba kita muhasabah balik. Pernah tak kita ada perasaan macam tu. Kalau ada, mungkin ada yang tak kena dengan niat kita. Semoga kita semua lebih ikhlas dalam menuntut ilmu.

Ahleyn Surgery!

p/s: dialog diatas adalah rekaan semata-mata
p/s: bittaufiq bagi yang masih exam~
P/s: nah.. gambar sikit...