right_side

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Dilahirkan pada tahun Monyet,Pernah mendapat pendidikan di Pasti Nurul Kiah, Sekolah Rendah Islam Darul Aman, dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Kini penulis merupakan pelajar perubatan, tahun akhir di Jordan University Science and Technology

Followers

Cer bacer ni pulak...

get this widget here
In:

Roller coaster~





Aku. Seingat dulu pernah ada satu rutin yang aku banggakan. Entahlah, waktu aku rasa macam mustahil aku tinggalkan semua ni. Rasa mudah, rasa hairan kenapa rakan-rakan seangkatan aku susah nak buat benda macam ni. Waktu tu, sombong mungkin, angkuh mungkin, perasan mungkin. Terlupa amal baik tu takkan terbuat kalau Allah tak izinkan. Rasa macam yang baik tu dari diri sendiri, rasa macam suci dan apa-apa lah~

Nah! Sekarang. Diam. Terduduk. Aku tertinggal semua tu. Dah berapa hari tinggal tahajud. Dah berapa hari tak subuh berjemaah di masjid. Dan macam-macam lagi lah. Buat aku terfikir lagi. Memang iman itu naik dan turun. Tapi sampai bila aku perlu ada di bawah macam ni?

Betullah hidup ni kadang macam roda. Ada masa diatas. Ada masa dibawah. Cuma satu aku harap. Janganlah aku di'panggil' saat aku di bawah.


In:

Lagu : Teman Ketawa Teman Menangis~




Lagu ni aku buat lama dulu. Entah bila aku tak ingat, yang pasti lagu ni aku cipta untuk kawan-kawan aku. Yang terpaksa repeat year. Yang ada masalah study. Yang depress dengan masalah masyarakat. Baik yang di Jordan mahupun di Malaysia. Baru-baru ni Ulya balik for good, dan tiba-tiba aku teringat lagu ni. Jadi hari ni aku buat benda paling rare dalam hidup aku ya3ni upload vid aku nyanyi. Nasib baik blog ni bersawang. Tak la ramai sangat nengok. Huhu... Maklumlah aku kan pemalu... uhuk2x... apa-apa pun harap perasaan aku sampai.

p/s: abaikan kondisi bilik aku dibelakang tu ya... hahaha
p/s: sori la kalo mcm berdengung sket... pakai gitar cabok ja...

In:

Sunyi~




Jangan pernah takut untuk keseorangan. Kerana pada keseorangan itu ada padanya kesunyian. Dari sunyi itu terdengar suara hati yang dahulunya perlahan. Amati dengan cermat kerana suara dari hati itu yang dilihat tuhan. Amati dengan cermat apa yang benar kita mahukan.

Dekapilah sunyi itu. Kerana sunyi itu kita dapat berdua dengan tuhan. Menolak tepi semua urusan. Mengadu rasa hati dengan tuhan. Itu bahkan jauh lebih baik dari kau gusar mencari makhluk tempat luahan perasaan. 


Kadang-kadang hati itu dibiar bergolak. Supaya kita tahu bahawa ia masih ada. Supaya kita tahu kita hanya manusia. Supaya kita tahu hati itu kadang bukan milik kita. Ah! Perasaan itu kan rempah kehidupan. Apa erti hidup kalau hanya ada bahagia, bebas tanpa pilu sayu di hati. Apa erti hidup kalau hanya sengsara, tidak tahu ketawa nyaman dalam jiwa.

Hati itu kadang aneh, mahu ketawa saat kita menangis. Mahu menangis saat kita ketawa. Kadang bercampur baur. Bagaikan cahaya putih. Hasilnya gabungan tujuh warna. Tidak akan lengkap tanpa salah satu darinya. Begitu juga hati tidak hidup tanpa ada nya perasaan.

Maka jangan dibenci bila datang gundah. Ia datang untuk mencukupkan. Ia datang untuk melengkapkan. 

In:

Tenang~




Tenang itu kadang candu.
Sampai nanti dicampak batu.
Merebaklah gelombang
 dari satu titik itu.
Lebih luas,
lebih jauh.

Baru tahu kalau di sini ada tebing,
kalau disitu ada batu.
Padahal is sudah ada lama,
bahkan dekat dengan kita.

Tenang itu kadang racun.
Badan jadi malas.
Fikiran jadi tumpul.
Jiwa jadi lemah.

Mahu bangun susah.
Mahu berjalan payah.
Mahu berlari lelah.

Sampi nanti huru hara.
Baru tahu fikir.
Baru mula usaha.
Baru kenal tabah.

Tapi manusia mahukan ketenangan.
Tenang di dunia
Tenang di akhirat?

In:

Kejap lagi. Kekgi. Satgi





Bertangguh itu penyakit universal. Penyakit paling 'malignant' untuk mahasiswa. Penyakit paling buruk prognosisnya for the next 5 years. Pendek katanya benda buruk lah!
Pun begitu kenapa kita(baca:aku) tetap jugak bertangguh?


Teori 'temporal discounting'

Kajian menunjukkan manusia lebih cenderung untuk menilai sesuatu ganjaran itu berdasarkan tempoh masa melebihi dari nilai sebenar ganjaran tersebut. Sebagai contoh:

" Weh~ boboy ... aku ada offer nak bg kat ang ni..."

" Hah! Apa dia?"

" Ok... macam ni... aku bagi pilihan dekat ang.. ang nak yang mana? RM 100 sekarang atau RM 110 mingggu depan?"

" Mesti lah aku nak sekarang!!! "

Manusia memilih tempoh seminggu itu lebih bernilai dari nilaian tambahan RM 10 ganjaran sebagai balasan menunggu selama seminggu.

 NOW > later .

Adapun begitu sekiranya tempoh masa melibatkan :

RM 1000 = setahun vs RM1100 setahun sebulan

maka manusia akan memilih yang kemudian, kerana kedua-duanya tidak melibatkan tempoh yang singkat . 
" Alang-alang dah tunggu setahun, kenapa tidak lagi sebulan ye dok? "

Teori ini menyatakan bahawa semakin jauh tempoh masa sesuatu ganjaran semakin kurang nilainya pada nilaian manusia. (walaupun nilai sebenarnya adalah lebih tinggi)


Maka disinilah datangnya peranan facebook, twitter, games n bla3x to the infinity and beyond~


Benda-benda semacam ni menawarkan 'small immediate incontinuous reward' berbanding dengan study, baca buku ilmiah, solat jemaah di masjid yang menawarkan 'one time late reward' .


Maka disinilah puncanya kenapa kita banyak bertangguh. Ini soal pilihan~ dan sudah tentu manusia banyak memilih untuk ganjaran segera maka tidak hairanlah mi segera sangat laku di pasaran. eh?




Dan sudah tentu mukmin yang sejati akan memilih ganjaran di sorga, berbanding nikmat sementara di doniya. Whoa! Bukankah ini paling bijak?

Ketagih? 

Ketagih disini bukan seperti matpit2 dibawah jambatan simpang empat kangkung ataupun pencocok-pencocok tangan profesional di lorong-lorong gelap sana.

Otak manusia apabila kita melakukan sesuatu yang kita suka otak kita akan merembeskan dopamine yang menyebabkan kita jadi seronok dan ketagih untuk mengulangi perbuatan tersebut. Seolah-olah ada satu bisikan syaithonirrojim dari dalam yang memaksa kita untuk mengulangi perbuatan tersebut.

Masalahnya, kebanyakan perbuatan ini bersifat sementara dan kita takkan pernah puas. Maka positive feedback mechanism ini akan berulang berulang berulang berulang dan berulang. *getthepoint? haha

What can i do ya akhui?

Pomodoro tehcnique.
Ini bukan biawak komodo. Ini adalah satu cara dimana kita metakkan timer sebagai contoh setiap 25 minit loceng akan berbunyi dan setelah itu kita mengganjari diri kita dengan rehat selama 5 minit + - facebook/twitter/keropok/makan nasi kerabu/aiskrim/bersembang dengan cinggey dll. Kemudia ulang lagi rutin ini. By time, kita boleh cuma naikkan tempoh membaca(atau apa2 yg lain) kita. Ingat! jangan terbalik. 25 minit membaca, 5 minit ganjaran. Bukan 25 minit ganjaran, 5 minit baca buku!

Cara lain adalah dengan cara menetapkan mindset yang betul. Instead kita fikir penyeksaan batin untuk 25 minit seterusnya, kenapa tidak 'kelihatan-cool-membaca-buku-depan-akhawat' untuk 25 minit seterusnya. En? En? Mesti ada yang fikir macam ni en? Hahahahaha. Kajian menunjukkan membaca depan gadis-gadis
comel meningkatkan lagi tempoh membaca para jejaka. *ok-ini-tipu

Cara seterusnya adalah dengan meletakkan halangan-halangan terhadap sumber kelaghoan kita. Sebagai contoh letakkan laptop kita di seberang jurang berapi dipenuhi raksasa Kaiju category 5, ataupun bagi password kita dengan housemate yang dipercayai (sudah pupus) untuk pegang dan minta cuma bila dah habis study ataupun pergilah study di gua dengan kawan yang pendiam dan bosan sehingga kita merasakan bahawa membaca itu lebih seronok dari bersembang dengannya. Hahaks~



Hasil dan proses 

Banyak orang melihat hasil tapi tidak memandang pada proses. Banyak manusia apabila ditanya "apa yang kau nak dalam kehidupun kau?" Maka berjela-jela lah harapan dan impian yang dia inginkan.

" Aku nak jadi macam abang ni, hafiz quran, skorer, aktif persatuan, syarahan power kebabom! dll..."

Semua orang lihat hasil, catuh chenta dan berkenan. Ya~ aku pun nak jadi macam ni. Tapi prosesnya semua tak nak ikut, pengorbanan yang dibuat tak mau turut . Yang dimahunya cuma hasil. Ingat ini semua magik! ?Just make a wish! ?? huh?? Huh??

Dia mahu aktif persatuan, yang dikorbannya waktu study bukan waktu scroll taimlain (baca: timeline) *gulp~

Iyalah~ tak ada yang percuma didunia ni. Nak menda hebat, usaha pun kena hebat. Nak jadi unik, hidup kena lain dari orang kebanyakan. Pendek kata,

" Apa yang dah engkau korbankan untuk cita-cita kau? "


Part ni macam off topic sket~ uhuk!

Kesimpulan

Wahai pembaca-pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Mungkin sekarang ini kalian yang sedang membaca ini sedang bertangguh, maka tunggu apa lagi? Pi la buat kerja ang tu! 

okbai!

p/s: aku baru nak try cara2 ni... doakan aku berjaya dan bebas tangguh!(?)
p/s: makin jarang menulis. maklumlah ssssebok... keh3x...
p/s: tahun 4 ni memang mencabar. doakan deh~
p/s: sudah2 la bertangguh tu....


In:

Diari seorang pengemis



Al kisah pada suatu hari, seperti hari-hari sebelumnya John memulakan rutin harian beliau sebagai seorang pengemis. Tangga itu sudah menjadi pejabat rasmi John sejak 5 tahun yang lalu, tak pernah di renovate, tak pernah di luaskan cuma sekali sekala di sapu makcik bandaran. Maka tangga itu menjadi saksi kehidupan John yang mengemis bermula jam 8 pagi sehinggalah 5 petang. Waktu pejabat.
*****

Ahmad baru menghabiskan cuti nya di kampung halaman dan mahu membeli barang sedikit buah tangan di Pekan Rabu. Setelah berpenat lelah mendaki tangga Ahmad terlihat seorang pengemis sedang menadahkan tangan, sesekali mengalukan tangan atas bawah membentuk 'irama' meminta. Bagai tertarik dengan 'irama' itu Ahmad mendekati pengemis tersebut. Sebagaimana melayu-melayu lain, Ahmad menyeluk poket seluar beliau mencari-cari, kalau-kalau ada duit syiling baki dari makan tadi. Jari Ahmad tersentuh duit kertas, maka dikuisnya, dicarinya lagi kali ni lebih dalam. Ah! ada! 20 sen. Lega. Maka dihulurkan duit syiling itu kepada pengemis tadi.

*****

John terasa tangan nya di sentuh sesuatu. Oh! ada duit! John sedikit mengerutkan keningnya. Kota kosmopolitan Alor Setar ni pun masih ada lagi orang bagi duit 20 sen? Sedangkan minyak naik 20 sen. Mana cukup.

*****

" Hai bang... 20 sen ja? kedekut bebenor? " kantoi John bukan orang tempatan, sambil membuat muka tak puas hati.

Ahmad terkejut. Sepanjang hidup tak pernah dia dengar pengemis merungut. " Cukup lah tu... hang nak banyak mana langsung?"

" Alah. Kurang-kurang bagi la 5 ringgit ka soploh ringgit. Saya ramai bini nak tanggung bang."

Ahmad semakin panas. Dalam imaginasi Ahmad pengemis ini sudah ditikam 44 kali pakej bersama tendangan 88 kali keseluruh badan. " Cyt!! mai balik duit aku. Dah la pengemis, demand lebih2 plak!"

*****

Apa yang tuan-tuan rasa dengan pengemis spesies ini? Perlu dihumban ke gaung?
Cuba, kitalah pengemis itu yang tak berhenti-henti merungut dengan apa yang Allah beri?
Pengemis jenis apakah yang merungut dengan ehsan Tuhannya?



(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara kerohanian dan keagamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu(wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita) dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain dan lagi rahmat Tuhanmu(yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan. (Zukhruf:32)



In:

Aku Senior Kau Junior.

Sedang meracuni pemikiran budak-budak baru. whoa!



Salah satu perkara yang kau boleh belajar dari budak baru, SEMANGAT.  MTS lepas alhamdulillah aku diberi peluang untuk jadi fasilitator, maka ada salah satu modul berkaitan perancangan masa depan. Memandang 20 tahun ke hadapan. 

" Saya kalau boleh nak kuasai bahasa Arab , hafal quran, ikut mana-mana kelas talaqi ..." antaranya

Pelik. Aku jadi teringat aku yang dulu-dulu. Lebih kurang jugak skrip ni. Rasanya memang lumrah orang baru, tempat baru, semangat pun mesti baru kan. Cuba kau tanya budak-budak lama, kompem susah dengar punya target-target macam ni. 

Mengenal spesies senior

Malangnya ada jugak spesies senior ni yang pandang sinis. " aku dah cuba dulu, tak boleh punya, ang jangan nak berangan lebih sangat la.. " dia ingat semua orang macam dia, kalau dia tak boleh semua orang pun tak boleh. Aku pun pernah terkena jugak waktu dulu dengan ayat-ayat macam ni. Bhai~ sapa tak down kalo kena demoralized macam ni, nak2 dengan senior sendiri pulak. Sendiri tak boleh, nak jatuhkan orang lain pulak. mohon jauhkan diri dari orang macam ni. anggap ja senior jenis ni ada penyakit berjangkit. penyakit dengki nama dia

Mujur kat sini ada jenis senior yang bagi dorongan, walaupun spesies ni sedikit dan mungkin jugak hampir pupus. Mujur jugak ada senior yang memang hebat-legend yang boleh kita buat contoh. Maka dari situ kita tahu semua benda ni tak mustahil dan kalau ada yang kata kau tak boleh, maka itu lah syaithon-syaithon yang nak jatuhkan kau.

Senior ni secara umumnya atau secara khususnya di Irbid ni ada macam-macam jenis. Ada yang bajet mister-all-knowing, ada yang jenis aku-tak-peduli, jenis penyayang, jenis memanjang-offer-pertolongan-tapi-tak-bgtaw-mcm-mana-nak-kontek, jenis slalu-ungkit-kisah2-dulu-konon-zaman-dia-lagi-power, jenis baik-gila-sampai-tak-percaya-wujud-lagi-orang-macam-ni, jenis selalu-ajak-makan2 dan macam-macam lagi lah.

Jadi terpulanglah nak amek contoh tauladan dari senior yang macam mana. Yang baik copy paste, yang buruk delete. Setel.

Mengenal spesies junior? 
Entoh aku tak berapa kenal sangat. Tapi yang aku perasan ada jenis tak boleh move on lagi, asyik dengan sekolah lama dia ja. Ataupun ada jugak yang asyik dengan satu tempat preparation dia ja, even satu tempat prep. tu pun ada jugak yang pecah ikut jenis penaja pulak *facepalm Ada yang selalu lepak dengan satu negeri saja, satu takhassus la dan macam-macam lagi lah~

Sisi baiknya, hampir semuanya bersemangat.  

Lain-lain aku takleh nak nilai, budak baru kan... tak kenal lagi. Of course tak semua yang aku cakap ni diguna pakai untuk semua. Segelintir saja. ewah ayat selamat~

*****

Ok kat mana dah aku sesat ni. Oh! pasal semangat. Yalah, budak bila dah lama memang semangat dia semacam down sikit. banyak sebenarnya Rasa macam menyesal kenapa lah aku tak guna masa waktu 1st year dulu baik-baik, kenapalah aku pemalas sangat dulu dan macam-macam soalan lagi lah!. Tapi mohamad-mohamad soleh selalu sebut

"The best time to start is yesterday, the next best time is today"

Jadi apa yang nak kita mulakan hari ni?


In:

Engkau apa peduli?



" Mi! Mai henset sat... " 

" A'ah.. nak buat apa..? "

" Ada la... meh la jap..." sedikit memaksa..

" Nah~ ..."

5 minit kemudian....

" Weh! apa ni...? " sambil mengerutkan kening yang sedia senget.

" Haha~ ada la... aku ja faham..."

Ini reminder dalam hp aku. Tak silap dah lama. Dalam Disember lepas. Banyak membe-membe bila depa qosek mesti tanya apa yang aku maksudkan dengan ayat ni.

Entah. 

Waktu tu, dan sebelum-sebelum tu kecoh pasal Syria dan aku seperti kebanyakkan lain (atau aku sorang), ada isu baru lah nak insaf bagai~ Waktu tu aku bayangkan, coba yang syahid itu bangun kembali lalu berkata " Kau apa peduli? " . Coba yang putus tangan itu menoleh kepada aku dan berkata " Kau apa peduli? ". Coba yang hancur kepala itu mendongak dan berkata kepada aku " Kau apa peduli ? " 

Entah.

Pelik imaginasi aku. Tapi soalan ini yang paling membekas dalam jiwa aku. Apa aku peduli? Tergagap mulut nak menjawab. Sebab tu sejak dari itu aku tetapkan soalan ini menjadi reminder buat aku. Supaya nanti aku lupa dan aku pasti akan lupa, ingat kembali nasib ummat ini. Biar soalan ini memukul jiwa aku supaya sedar hidup ini bukan hanya ada aku, sekitarku. Hidup ini ada mereka. Mereka seakidah denganku.

Sekarang ummat ini berdarah lagi. Giliran Mesir buat kali kedua. Kedua dalam tempoh hidup aku setakat ini dan entah kali ke berapa sepanjang tamadun mereka. Sisa Firaun masih hidup. Sisa Musa as juga masih ada. Bagaikan musuh tradisi taghut dan kebenaran sentiasa berperang silih berganti memegang tampuk kuasa. Tapi yang pasti kemenangan akhirnya nanti milik kebenaran.

Sekarang soalan ini bergema lagi. Lebih kuat dari yang sebelumnya. Seolahnya menuntut aku berbuat sesuatu. Lemah~ aku cuma mampu berdoa. Itupun entahlah~ mungkin esok-esok bila reda aku kembali seperti biasa. Macam tiada apa-apa berlaku.

Entah lah~

Engkau apa peduli?

Apa yang kalian rasa?

#pray4Egypt
#pray4Syria
#pray4Gaza
#pray4SemuaUmmatIslam

In:

Memandang dunia~





Kadang aku hilang
Dalam dunia ku sendiri
Dinding aku jadikan layar
Pancaran dari mataku sendiri
Menjelmakan gambar semalam
Tentang waktuku
Tentang lakuku
Tentang jalanku
Tentang kehidupanku
Entah apa yang sudah aku lakukan

Lalu aku terbang
Menerobos dalam imaginasi
Mengangankan apa yang aku inginkan
Tentang dunia yang sempurna
Tentang dunia impian
Tentang harapan 
Tentang cita-cita
Tentang cinta

Namun 



Pelan-pelan ia hilang
Menerajang aku ke dunia nyata
Jatuh terjelepuk
Menahan sakit derita
Dunia yang tidak pernah lena
Menggerak insan di atasnya
Beribu warna
Beribu cerita
Beribu kerenah

Bukan semua yang ada itu bahagia
Bukan juga semua derita
Sesekali hidup terasa tenang
Sesekali juga resah gelisah
Tanda ini dunia
Bukan syurga
Terusan senang
Bukan neraka
Terusan derita

Buat hamba yang mengerti
Maksud ilahi...




In:

Hipokrit alaf baru~





Baru-baru ni laman sosial banyak memainkan peranan dalam mengubah manusia. Walaupun sudah lama tapi aku baru perasan, manusia terlalu lama terjun ke dunia maya mencipta ilusi sendiri. Bertukar wajah, watak dan perangai. Entah mana satu identiti sebenar. Kalau di alam realiti dia seorang pemalu, alam maya dia berubah menjadi si becok yang kuat ber'komen' sana sini. Kalau dia yang aku kenal seorang yang sangat menjaga percakapan, di alam 'itu' dia jadi seorang pencarut profesional. Belum kira lagi seorang yang dikira 'cikah' dengan selamba bercakap hal-hal perempuan itu cantik, ini seksi , ini comel.

 Hipokrit alaf baru kah ini?

Menganggap hanya perbuatan kamu di dunia nyata sahaja akan dihisab?

Manusia seolah-olah bertanding merebut jumlah like yang banyak. Kerap di re tweet. Siapa yang paling lawak. Seolah-olah anak kecil di tengah lautan manusia yang cuba menagih perhatian dan simpati pejalan kaki yang lalu lalang. Setiap hari memikirkan apakah yang harus aku tulis hari ini bagi menarik perhatian manusia? 

Tidak penat kah? Padahal kita hamba hanya perlu mendapatkan 'like' dari Allah.

Muka buku, Pencicit kerap kali dijadikan tempat luahan perasaan. Salah? Tidak seratus peratus. Tapi kalau tiap kali ditimpa masalah hanya diluahkan di situ. Apakah masalah itu akan selesai? Lalu dimanakah tuhan di hati kamu? Tempat segala rintihan dan permintaan. Apakah pencicit sudah mengambil alih peranan tuhan?

Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

(QS. 112:2)



Laman sosial itu biarlah hanya menjadi tempat mencari maklumat, bertukar khabar , menjalin persahabatan atau apa-apa yang perlu. Bersederhana itu lebih baik.

Sudah tiba masanya kita keluar ke alam realiti.

p/s: nasihat untuk diri sendiri yang asyik me refresh twitter dan facebook tanpa henti. =.='.
p/s: mau merintih? pergi lah pada tuhan. tak perlu menagih simpati di alam maya.

In:

Aku tidak layak~




"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]
As Salam.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni banyak plak kawan-kawan ditimpa musibah. Dah macam sumpahan (baca : takdir) plak. Ada yang tercabut lutut ( ACL tear) , ankle terpeleot, ada yang demam teruk, terlepas exam, diuji dengan pelajaran dan macam-macam lagi.

Dah aku pun terlibat sekali injured. Mengada-ngada ja sebenarnya~ hahaks.

Kadang-kadang aku cuba bayangkan aku ditempat mereka. Yalah~ cuba bayangkan lutut aku cabut, bayang tak cukup makan macam di Syria, bayang tiap-tiap hari dengar bunyi bom, peluru-peluru main aci ligan atas kepala. *peluh

Aku cuba bayangkan tapi aku tak nampak muka aku disitu. Dalam erti kata lain aku tak yakin aku mampu ikut diuji macam mana mereka diuji. Kalau betul aku diletak disitu entah apa jadi dengan aku.

Betullah manusia itu diuji mengikut kemampuan. Mula-mula kita kurang nampak. Tapi bila kita tengok balik orang-orang yang diuji ni, kita boleh nampak kenapa si fulan ini yang dipilih Allah. Kenapa ujian yang 'ini' jadi dugaan untuk dia. Dia diuji memang sebab dia 'layak' diuji. Dan hanya orang-orang yang layak saja yang akan dapat ujian ni semua. 

Bersyukur kerana aku tidak diuji dengan ujian yang tidak layak aku diuji dengannya.

Bunyi macam pelik sikit, tapi harap pembaca dapat faham.

Adios~

p/s: skill menulis aku dah busuk. harap tiada yang pemsam.
p/s: aku dah terjebak dengan Running Man harap ada rakan yang selamatkan aku.