right_side

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Dilahirkan pada tahun Monyet,Pernah mendapat pendidikan di Pasti Nurul Kiah, Sekolah Rendah Islam Darul Aman, dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Kini penulis merupakan pelajar perubatan, tahun akhir di Jordan University Science and Technology

Followers

Cer bacer ni pulak...

get this widget here
In: ,

Life lesson in radiology.

Pingu.. pingu...



" One day, you can either be a physician or just a certificate holders.. your choice!" - Dr Qusai 

Semua orang terdiam. Sunyi.



***

Radiology ni lain sikit pada yang lain. Round dia kelas ja. Yalah kerja dia tengok gambar ja. Cuma nya gambar dia lain sikit la. Hitam putih. Alah.. macam gambar tv 70 an 80 an dulu lah.

Entah aku tengok gambar semua sama ja.

" This is the Kerley B line.. Syuf! Hon!! " syarah seorang doktor mukim pagi tadi. 

Pejim celik aku tengok. Tak nampak2. Last-last aku buat imaginary line sendiri. Haha.. baru nampak.. Angguk kan ja dalam kelas. Kesian pulak doktor beria-ia tunjuk. Kang tak nampak merajuk pulak.. hahaha..

Tapi apa-apa pun aku memang tabik la doktor mukim (MO) tadi nii punya power tu sekali tengok ja dah taw si fulan ni ada pathology sekian-sekian.

***

Doc Qusai, besar orangnya. Nuclear Medicine , itu memang mainan dia lah. 1 st day dia masuk dah beletiaq , pasal budak lambat, adab dengan guru, adab tuntu ilmu. Yang paling best nya dia pangkah geng-geng isap rokok.. haha.. terkebil-kebil kena..  tersenyum puas aku.. haha

Kebetulan kelas dia hari ni panjang sikit. Sampai lah lebih kurang slide yang ke 3 , elok ja file dibukak seorang pelajar mengeluh,

" 105 slides? .."

Doc tersenyum~

" You will keep studying to the end of your life.." doktor memulakan ceramah beliau.. deep in my heart i know this is going to be a long session of life lesson ...

 "Being a doctor you has already decided that you're gonna sacrifice your life for the sake of others.. and that includes learning.." sebenarnya doc cakap dalam bahasa arab.. aku cuma translate seboleh aku...

" to be a specialist alone at least you have to study about 15 years ... i know more than half of you if given a choice to go back 5 years ago.. you'll choose different professions..."

***

Sebenarnya aku dengar ramai yang mengeluh. Ramai? Majoriti mungkin.

"Untung nya jadi budak dentist perbandingan kami dengan budak dentist ja sebab kami dikelilingi oleh banyak student dentist.kalau banding dengan dak2 yarmouk lagi sakit hati.. cuti banyak... nnti kerja waktu pejabat... gaji lebih kurang kita ja.."

Masa preklinikal tak banyak sangat rungutan macam ni.. cuma baru-baru ni sejak masuk ke alam klinikal ni makin banyak pulak.. Yelah jadual makin sibuk.. cuti secoet... raya tak dapat balik Malaysia.. material makin lama makin berat kecuali tahun heaven tahun 5 according to our university's  system lah.. 

Tulah kalau variable nya keuntungan dunia... awal-awal lagi keputusan untuk belajar medicine ni dah kalah..

duit?

lebih kurang kerja lain.. kaya lagi orang yang buat bisnes

working hours?

aku rasa buruh kasar pun lagi banyak rehat dari duktur... nak dapat office hours? keep on dreaming brothers!

social status?

sekarang ni pakai serban , pandai cakap , goreng-goreng sikit tambah perencah, kicap, garam secukup rasa dah boleh dapat title ulama' bro! mudah-mudah dapat 2 3 orang bini... tah kadang-kadang ilmu tak teqa mana pun.. aku malas cakap ulama' xdak ijazah.. sbb sistem sekarang ni ilmu kau xleh ukur ikut ijazah sangat.. pak hamka rilek ja dapat anugerah phd.. x ikut sistem konvensional pun.

cuma yang aku rasa kelebihan profession as a doctor ni sebab chances ko nak buat good deeds tu terbentang luas... luas gila-gila cakap kau... everyday kerja kau berkhidmat jaga kesihatan... insyaAllah hari-hari dapat pahala with the right niat of course 

tulah... niat hari ni , esok boleh jadi berubah...

doakan aku ikhlas...

please?

In:

A day in anaesthesia~

Salamz

For those who dont know, i'm currently in my fifth year of medical school.. yeah!!! For the time being i'm in the anaesthesia rotation. You know.. the one that involve in making people unconcious and stuff. Well generally this rotation is all about standing and do nothing, just watching the surgeon cutting, pulling and whatever you can do involving human body. Simply put surgery. We as student can do nothing except of course taking pintures, selfie, wefie.. haha.. and then post it in social media boasting about the surgery we saw and pretending to be very excited, happy in that cool looking scrub shirt. 


boring students and their extra curricular activity.. haha



Actually i'm already in my second half of my fifth year.. i was scheduled with all the hard rotation earlier.. believe me it was the most excrutiating, physically and mentally exhausted 4 months i ever have.. and it is a relieves that all of it is over! finally i can start enjoying going to the hospital everyday.. no adrenaline rush in q&a session during round, no history taking and most importantly going back early everyday... haha

***

It was like every other day, i would wake up early in the morning (if you can call 8 am is early, of course i did my subuh prayer.. it is just the temptation of the bed that one does not simply deny with the effects of cold temperature.. everybody would jump into their bed.. it was like there is a magnet or something that prevents you from keeping away from it.. haha) and limping (i have knee problem right now)  my way to the hospital. 

me with sleepy face~

Usually i will arrive at the ot room about 9 am plus minus 10 minutes. Expectedly i would get an oversize scrub clothing with the cutting of a bear i would say. Just imagine even with the belt rope was pulled to the max that is still not enough I will need another belt to tighten my waist in case of emergency and of course i will have an elvis presley style trousers.. the different is just the big part is up to the tigh.. haha.. well at least it is windy.. haha

then, the morning seminar started.. it just took about fifteen minutes and the seminar was done by the doctor incharge (it supposed to be given by the student with surveillance by the doc) the shortest seminar i must say.. well nobody actually care about the seminar.. they would prefer to study the material at home.. only after that we were allowed to go visit any ot room that we want..

today was different because it was the first time i did an intubation! haha.. well i may be exagerrated a little bit.. just inserted the endotracheal tube.. but still.. achievement unlock! haha... luckily the nurse was kind of like force me to do it.. i was hesitated a lil bit.. but at the end i did it anyway.. and it was perfect! haha...maybe it was just luck or it was just my latent talent.. haha.. (i hope that makcik's vocal cord is not damage..)


the surgeon was doc fayez jallad.. and this is the lucky patient that get intubated by me.. hahaha


after that i didn't wait for the surgery (it was a hysterectomy), i went roaming around peeking from every other door for about 10 to 15 minutes.. another 5 minutes taking pictures... kholas! go home! haha... 

adios!

ps: pardon me for any grammatical mistakes haha although im quite sure there is lot
pps: been trying to polish my english since we talk broken english-arabic here.. 

In:

Kembali.


..


Salamz

Kadang-kadang aku baca balik post2 lama. Boleh tahan jugak aku dulu2. Semangat. Bercakap soal tarbiah, dakwah perasaan? Haha... Entah la.. blogging sekarang ni macam mainan tradisional, cuma orang-orang tua saja yang tahu 'main'. haha... dan entah kenapa aku bukak balik blog ni setelah hampir setaun menyepi. Mungkin tengah cari semangat. Kenang-kenang zaman kegemilangan. Perlukah aku menulis kembali? Kisah tentang aku. Mungkin?

In: , ,

Pura-pura~

Addict



tulis status di facebook
...
...
...

1 like

heh~ ada jugak org like...
...
...
...

2 jam kemudian...

356 likes

hmmm.... kurang sikit dari semalam... tapi ok lah *hidungkembang


Ingat lagi dulu waktu zaman friendster masing-masing semangat design page sendiri bagi cantik, search gambar lawa-lawa, cari template power, hari-hari tukar layout baru. Berlumba-lumba. Apa yang diimpi? Pujian? Pengiktirafan manusia? Perhatian?


Sedar tidak sedar, sesuatu yang kita harapkan dari makhluk takkan pernah cukup. Manusia takkan pernah rasa puas. Nafsu tu ibarat minum air laut , makin dilanggah makin haus, ibarat mengejar fatamorgana di padang pasir, tidak pernah dekat tapi sentiasa ada didepan mata. Maka jadilah kita manusia-manusia yang berpenat lelah pada perkara sia-sia menyuap nafsu yang  tidak pernah kenyang.

Oh!

Sekarang facebook pulak. Sama saja. Ibaratnya kita cuba menjerit dikhalayak ramai dengan harapan ada yang memberi perhatian kepada kita. Kurang-kurang dicalitnya 'like' dan berlalu pergi. Lebih sikit bercakap dua tiga patah 'comment' . Hebat sikit diulang-share apa yang kita cakapkan kepada orang lain.

Instagram?

Penuh kepura-puraan. Pura-pura senyum konon gembira padahal hati luka. Pura-pura baca konon ulat buku padahal cuma semuka. Pura-pura berfesyen ala artis padahal diri papa kedana. Pura-pura mesra padahal semua lakonan semata-mata.

Lama-kelamaan kita semakin memindahkan kehidupan realiti kita kedalam laman media sosial. Nah akhirnya yang penting apa 'rakan' virtual kita kata , berbanding rakan realiti kita kata. Maka tak hairanlah betapa berlambaknya manusia-manusia hipokrit zaman sekarang ni. Mana taknya, tidak ada yang real dalam alam maya, semuanya boleh dicipta, boleh direka.

Yang dikatakan kawan belum tentu jadi kawan. Boleh jadi cuma kenalan.

Bagi yang sudah friends beribu-ribu

Sudahkah anda kira?

Berapakah dari mereka menyelitkan nama anda dalam doa mereka?

Sedarkah?

Boleh jadi kita keseorangan.



p/s: sedang mencari kawan, untung-untung jumpa sahabat, lagi untung teman hidup.. hahaha~
p/s: jom sama-sama kita keluar dari kepura-puraan, mesti penatkan?

p/s: teruskan doa utk Gaza, Syria dan semua ummat manusia yang tertindas. Oh! doa kepada tuhan, bukan dimedia sosial yah~ 

In:

...

Dan anak muda itu bertemu lagi.
Bertemu dengan masa lapang. Dalam fatrah-fatrah kesibukan waktu inilah yang amat diimpikan. Ah! Nanti tunggu lapanglah aku hafal. Nanti tunggu lapanglah aku baca. Nanti tunggu lapanglah aku buat. Dan waktu itu tiba lagi. Entah kali keberapa. Entah perkara yang sama akan berulang ataupun tidak. Entah 'perancangan' itu bakal terlaksana atau tidak. Atau hari-harinya hanya dihiasi dengan dengkuran?

Dan anak muda itu bertemu lagi.
Lapang itu boleh jadi sahabat karib boleh jadi musuh. Dia yang menentukan. Itu tergantung pada bagaimana dia menghabiskan masa itu. Baik penggunaannya, baiklah dia. Sekarang dia seakan buntu. Entah kemana pergi perancangan dia dulu. Atau peracangan itu dulu hanyalah sekadar alasan untuk berlengah. Nah! masa kan sudah ada. Buatlah. Alasan mana lagi yang kau mau ciptakan.

Dan anak muda itu bertemu lagi.
Lapang itu dia fikir akan terus ada. Dia fikir dia seolahnya selamanya muda. Tidak tua. Padahal waktu itu bagian dari hidupnya. Dia buang sia-sia. Entah berapa ramai si tua yang menyesal masa mudanya sia-sia. Entah berapa ramai si sakit yang berharap dia masih lagi punya masa. Anak muda itu diberi masa malah dipersia?

Dan anak muda itu bertemu lagi.
Kali ini bukan dengan masa lapang. Kesibukan pula menjengah. Dan dia bakal merindui masa lapangnya. Dan dia bakal ternanti-nanti masa lapangnya. Cuma bezanya apakah yang lepas itu dia guna sebaiknya?

In: , , ,

Di antara 'Muhammad-Muhammad'


gambar hiasan


"Ya3tikal 3afiah"

Kata keramat itu menandakan bahawa kelas sudah tamat ,boleh jugak berperanan sebagai jam loceng.

Kelas yang malap dihiasai warna yang bertemakan biru itu semakin bising, tanda pelajar sudah bangun dari mimpi indah masing-masing. Masakan tidak, lecture pada waktu tengah hari sudah pasti mengundang rasa kantuk yang maha dahsyat. Hanya insan-insan pilihan saja yang mampu kekal berjaga Itupun tak kerana rokok mesti sahaja sudah menelan berkilo-kilo kafein. Mungkin ada pengecualian tapi boleh dibilang dengan jari. Maka tidak hairan ada yang memilih untuk tidur dikatil yang empuk dirumah berbanding dengan kerusi tegak(masih jugak empuk). Apa-apalah! Masing-masing punya hujah sendiri yang tidak terkalahkan.

Tiba masa mengambil kehadiran.

" Khalid! "

" Na'am! (ya)" kelihatan satu tangan terjulur dari satu sudut dewan.

" Ali! "

" Hai ni duktuuurr (saya di sini doktor)" satu lagi tangan terpacul keluar, kali ini rendah sedikit.

" Muhammad ! "

" Na'am " pelan sahaja, terjengket-jengket sambil menghulurkan tangan.

" Weinoo? (mana dia?) " tanya doktor sambil melilau-lilau mencari punca suara.

" Huun duktur hunnn (sini doktor sini)" balas beberapa suara

"Muhammad ! Err... Muhammad Afieqq " seru suara itu sedikit teragak-agak

" Na'am!! "

"Muhammad! "

*****

Di sini (baca:Jordan) pelajar melayu lelaki bernama Muhammad saja sudah lebih kurang 70 peratus ke atas. Majoriti. " Kullu Muhammad? " soal seorang doktor dan kami mengiakan sambil tersengih. Kalau akhawat pula kita berdepan dengan kisah 'Nur' atau 'Nurul'. Sampai kan seorang kawan Arab menyimpulkan semua bernama Muhammad dan Nur itu dari kalangan melayu.

Memang majoriti rakyat Malaysia suka akan nama ini. Bahkan aku waktu kecil-kecil dulu sangka bahawa nama ini seolah diwajibkan. Mungkin orang melayu sebagai tanda cinta dan juga kasih kepada baginda Nabi menamakan semua anak mereka bermula dengan Muhammad. Atau juga mereka mengharapkan anak-anak ini tinggi syahsiah mereka persis manusia agung itu. Persis.

Cuma.

Nama-nama itu tinggal nama sahaja. Nama itu bergerak, bergaul dalam kehidupan kita kiri dan kanan. Nama itu kadang singgah pada yang manusia yang betul terpuji seperti maksudnya, kadang singgah pada sosok yang betul hebat hampir seperti pemilik asalnya. Pun begitu nama itu juga kadang terseret pada golongan pendosa, golongan fasik membuat kejahatan bahkan mungkin penentang agama!

"Ya! nama saya 'Muhammad' ! " sambil menghembuskan kepulan asap rokok berbentuk bulat.

*****

" Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka ; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar." Al-Anfal : 33

Peristiwa Abarahah serta gajah-gajahnya, ramai yang sudah tahu. Tentera bergajah yang hancur lebur dek balingan batu berapi dari burung Ababil. Penduduk jahiliah Makkah pada waktu itu bukan sahaja membina lebih 300 berhala disekeliling malahan bertawaf disekeliling tanpa seutas benang! Begitu sekali malah diselamatkan oleh Allah. Begitu juga dalam banyak peritstiwa peperangan yang sekali imbas saja sudah dapat diramal kekalahan pada tentera islam. Dapat juga beroleh kemenangan. Semua gara-gara ada sosok yang bernama Muhammad. Ya! Nabi Muhammad.

Seperti teka teki Nujum Pak Belalang.

" Di manakah terletaknya kekuatan Hang Tuah. Di kerisnya kah? ....."

" Kekuatan Hang Tuah terletak pada huruf 'ta' nya ..."

Ya! pada waktu itu, cukup nama Muhammad ada disitu maka Allah akan menyelamatkan kaum tersebut.

Nama-nama itu sudah berkembang biak zaman kini.

Mengaku saja islam pasti ditindas. Mengaku saja islam dipandang lemah. Mengaku saja islam, mundur. Tak ketinggalan pelbagai lagi musibah lain. Tiadakah lagi pertolongan dari Allah?

Ya jasad mulia bernama Muhammad itu sudah lama tertanam. Namun sejauh manakah islamnya 'Muhammad-Muhammad' atau ummat zaman sekarang dengan nabi Muhammad? Adakah akhlak kita seperti nabi Muhammad? Adakah usaha kita dalam mencapai kejayaan segigih atau sebanding dengan nabi Muhammad? Pendek kata, adakah secara metaforanya masih ada 'Muhammad' itu dalam kalangan kita?

Buat kamu-kamu yang bernama Muhammad.
Dinamakan sahaja Muhammad sudah satu kebanggaan. Makhluk paling mulia atas muka bumi ini.
Tidakkah kamu mahu memaksudkan nama itu?

p/s: semoga bermanfaat. owh! aku juga Muhammad!
p/s: olahan idea asal dari saifulislam.com
p/s: lama betoi tak menulis.

In:

...




Apa yang nak kau rajukkan wahai hati. Nabi dulu bahkan di lontar batu sampai mengalir darah malah berdoa semoga diberi hidayah~ Alahai hati. Mudah benar engkau merajuk.