" Mi! Mai henset sat... " 

" A'ah.. nak buat apa..? "

" Ada la... meh la jap..." sedikit memaksa..

" Nah~ ..."

5 minit kemudian....

" Weh! apa ni...? " sambil mengerutkan kening yang sedia senget.

" Haha~ ada la... aku ja faham..."

Ini reminder dalam hp aku. Tak silap dah lama. Dalam Disember lepas. Banyak membe-membe bila depa qosek mesti tanya apa yang aku maksudkan dengan ayat ni.

Entah. 

Waktu tu, dan sebelum-sebelum tu kecoh pasal Syria dan aku seperti kebanyakkan lain (atau aku sorang), ada isu baru lah nak insaf bagai~ Waktu tu aku bayangkan, coba yang syahid itu bangun kembali lalu berkata " Kau apa peduli? " . Coba yang putus tangan itu menoleh kepada aku dan berkata " Kau apa peduli? ". Coba yang hancur kepala itu mendongak dan berkata kepada aku " Kau apa peduli ? " 

Entah.

Pelik imaginasi aku. Tapi soalan ini yang paling membekas dalam jiwa aku. Apa aku peduli? Tergagap mulut nak menjawab. Sebab tu sejak dari itu aku tetapkan soalan ini menjadi reminder buat aku. Supaya nanti aku lupa dan aku pasti akan lupa, ingat kembali nasib ummat ini. Biar soalan ini memukul jiwa aku supaya sedar hidup ini bukan hanya ada aku, sekitarku. Hidup ini ada mereka. Mereka seakidah denganku.

Sekarang ummat ini berdarah lagi. Giliran Mesir buat kali kedua. Kedua dalam tempoh hidup aku setakat ini dan entah kali ke berapa sepanjang tamadun mereka. Sisa Firaun masih hidup. Sisa Musa as juga masih ada. Bagaikan musuh tradisi taghut dan kebenaran sentiasa berperang silih berganti memegang tampuk kuasa. Tapi yang pasti kemenangan akhirnya nanti milik kebenaran.

Sekarang soalan ini bergema lagi. Lebih kuat dari yang sebelumnya. Seolahnya menuntut aku berbuat sesuatu. Lemah~ aku cuma mampu berdoa. Itupun entahlah~ mungkin esok-esok bila reda aku kembali seperti biasa. Macam tiada apa-apa berlaku.

Entah lah~

Engkau apa peduli?

Apa yang kalian rasa?

#pray4Egypt
#pray4Syria
#pray4Gaza
#pray4SemuaUmmatIslam