right_side

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Dilahirkan pada tahun Monyet,Pernah mendapat pendidikan di Pasti Nurul Kiah, Sekolah Rendah Islam Darul Aman, dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Kini penulis merupakan pelajar perubatan, tahun akhir di Jordan University Science and Technology

Followers

Pendatang2

Cer bacer ni pulak...

get this widget here
In:

Nak Bechenta Kena Berani Kawan2....


As Salam...

Haha.. ada berani??? berani apa erk... hahaha.. mai la tgk dlu video nie... keh33x... klau ada sapa2 nk tiqu pn boleh... keh33x ( teknik ini hanya disarankan kpd org2 yg mak bapak dia dan mak bapak si dia sporting )



ha!!! sblm tu... ttup la lagu kt sblh ni... nnti x dgq plak... h0h0... ok... jemput dgq..


In:

To my patients to be~~~ insya Allah...

As Salam....

tgk dulu....



hmm... amcm???

memandangkan aku dh x lama dh nk terjebak dlm bidang kedoktoran ni... terfikir plak... cena la klau dpt patient yg mcm che Aya ni...

so.... nnti... aku msti kena tunjuk video ni kt semua patients aku...

NEVER LOSE THE WILL TO LIVE....

As Salam...

p/s: ni adlh versi aku yg serius... pa!!... igt aku xleh serius ka!!!...

In:

Exam... INTEC...

As Salam...

Perkara di atas adlh dirujuk....



cewah!!! baqu abeh mood exam ni... hehehehe...

alhamdulillah setelah berpenat lelah asma dan sbg nya... pljr2 MEP telah berjaya menghabiskan program persediaan di INTEC ni dgn berakhirnya exam td.... h0h0h0!!!

so... nk tunjuk sket la cena suasana peksa kt INTEC.. walaupun dh mcm kompem fly... tp km ttp bersemangat!!!.. har33x...



Ape kena ngn ang Afiq...



well... who is that??? hehehe...
curi2 amek nieh... haha.. seb bek x kantoi... =.=
ang kenyang ka fuad???? keh22x...
Old Library
Tengah menunggu kertas soklan.... h0h0h0!!!


















Haha... tu tyme peksa... cena plak waktu study kt kolej????


H0h0... mcm ni la bdk bujang study........... hehe



harap anda tidak terkejut...........







































Yah... pelbagai gaya dpt dilihat...
lagi gaya meniarap...
Acap sperti biasa... x study!!
Arghh!!!! tensyen!!!... kata Ikmal kpd kami... h0h0..
Rehat sebentar... hahahaha!!!... Jihad tetap jihad!!

ha... ni baqu kata study...

"Sgghnya sy sdg berpuasa..." hahaks...



 













Yah.. itu dy... bakal2 dokte ni... haha.. ni baqu kt INTEC... tataw lg kt Joden nnti cena... har33x...
sekian.....

As Salam...

In:

Kompem Fly La Wei!!!

As Salam

Hurm... " lilek la wei.. kompem fly"
haha.. itulah ayat standard kpd kbykn pelajar2 MEP bila depa tgk membe2 dok study maut.. ahaha...
Iqbal tgh study ( ngeri den tgk.. h0h =.=' )

utk pengetahuan skrg ni INTEC dilanda demam exam.. yola final exam lak tuh.. smua org asyik dok ngadap buku ja ( kecuali akuh.. hehe ).. tp paseipa depa study byk sgt hah?? dh taw kompem fly...duit pn dh dpt.. ????

Hadis riwayat Bukhari ada menyatakan, suatu hari Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah;

“Wahai Rasulullah, tuan bersolat begitu lama sekali dan menangis terlalu banyak sedangkan tuan adalah maksum?”. Maka baginda menjawab, “ Adakah tidak patut aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?”.
Sapo punyo nieh??? heheh
ha.... apa plak kaitan dgn hadis ni... hurm seperti kita maklum.. nabi kita adalah seorang yg maksum n kompem msk syurga... tiba2 (setelah bermuhasabah diri di atas katil slps bgn tido.. hehe) aku terasa ada sedikit persamaan antara situasi kita sbg pelajar dan juga sbg hamba, dgn hadis ni.. (hadis ni dh lama la bro apa yg sgkut nya ngn kita????)

meh aku nk terang betapa hebat nya hadis rasulullah smpai leh guna sepanjang zaman...
HAAAA....sangkut paut nya ialah..... kenapa kita ( pljr MEP ) dok study tahap gaban lg walaupun dh kompem fly????
ni lg dua roommate akuh... ( belakon ja tyme nieh.. har3x )
sbb apa erk???

A: ang dok study pa.. kompem fly dh wei...

B: apakah aku akan mnjd seorg pelajar yg x bersyukur???....

haha.. ada ka org jwb cmtu???.... cmni kot....

B: agak2 la wei.. xkan la aku nk fly ngn result plg teqok kot....

hurm... lebih kurang mcm tu lah kaitan nya.... kdg2 ada yg terdiam ngn soklan si A td tu... tp nk jgak study..


it's all about quality.. bagaimana Rasulullah mengajar kita ummatnya supaya sentiasa mnjd yg terbaik walaupun kualiti kita pd saat tu dh ckup utk kita mencapai sesuatu.... hurmm.. begitulah juga kita sbg hambaNya... jgn mudah sgt berpuas hati dgn tahap ibadah kita skrg (peringatan tuk diri sniqi jgak) sedangkan Rasulullah yg maksum pn sntiasa meningkatkan ibadah.. ni kan pula kita... dlm pelajaran boleh bersgh2(teqa kompem fly).. kenapa tidak juga ibadah...

utk konteks la ni....
tuk fly ke Middle East dh kompem dh wei... ni mcm mana plak tuk 'fly' ke akhirat sana nuh... dh kompem ka blom???.... klau utk yg kompem pn kita boleh bersgh2.. tuk yg x kompem lg la kena sgh2... noh3x??

peringatan ini ditujukan utk diri sndiri dan juga shbt2 seperjuangan yg lain.. semoga Allah memberkati kalian.. akhir kata.....GUD LAQ for EXAM!!!....

In:

Peringatan Di Sebalik Ujian

As Salam...

Pertama dan selama2nya marilah kita mengucapkan kata syukur yg tidak terhingga kpd Allah atas segala nikmat yg dikurniakanNya yg telah dicurahkan kpd kita lagi2 la nikmat iman dan Islam. Bercakap pasai nikmat nikmat ni ramai org(termasuk aku gak..hehe) asyik terlupa smpai la Allah taqek blk nikmat tu baqu la nk igt kt Allah. Cth nya nikmat bejalan, kaki yg sihat. Haha pasaipa aku pilih nikmat kaki, byk lg nikmat len paseipa aku pilih kaki gak. Bkn sj2 noh... baqu2 Allah antaq peringatan kpd aku dan juga mgkn kpd kbykn warga intec yg taw pasai ni. Seorang sahabiah kita secara tiba2 x dpt menggerakkan kaki dy. ha.... plek kn.. pas predeparture briefing lak tuh... Apa mksd nya tuh??? hurm... smua dak2 MEP jpa dpt duit yg mencecah 10k tu.. tiba2 Allah antaq peringatan dy melalui sorg sahabiah kita ni.. dak sekelas aku lak tu.. x penah2 tgk dy xqeti jln.. nmpk x??? Allah nk  kata nikmat yg dy bg kt kita blh sng2 ja dy nk taqek blk... kn3x??? mudah ja kn Allah nk tunjuk kuasa dy..


Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."

 
Abdullah bin Mas'ud r.a


Anyway maqen ( sehari lepas ) Aku dan bbrpa org sahabat2 telah mengambil inisiatif tuk melawat che mek ni. Pala otak ni dok byg mesti che mek ni tgh dok teyak(nangis) habis2an pnya ni. Mau x teyak, dak la exam final nk dkt dh, tarikh nk fly pn nk dkt dh, tiba2 xleh jln plak.. daqi kecik dok jln elok ja. Xpa la.. setelah menempuh perjlnn yg pnjg menaikki KTM yg terkenal 'pantas' dan 'selesa'nya tu, akhirnya km smpai jgak. X lama pn p... betolak dlm 3 30pm smpai dlm koi 5 45pm. Sat ja.... hehe..( x abeh g berdendam ngn KTM ).

Sesampainya km di situ, peqak(kaget) sbntr.. paseipa???? haha..ni kedai ni...

Kedai2 di spital Sg Buloh
 Selepas peqak selama bbrp saat, km meneruskan perjlnn menuju ke wad D.. Smpai2 ja igtkn nk qenyah(susah2) la nk kena caqi katil plak.. tup2 nmpk che mek ni kt ruang menunggu. haha lega x gadoh caqi dh. Igtkn dy dk wtpa, rupa2nya dok bertatih2 cuba nk lajaq jln blk. haha... dan rakam dy dok tatih2 tu..
Dia dgn muka selambe nya bejalan cm bdk kecik ke hulu ke hilir.. haha. rupa2nya dh bleh jln dh sket2.. sblm ni dok dgq asyik dok tidoq ja tas katey tuh.. haha.. alhamdulillah ada peningkatan. Pastu dan la sembang2 sket ngn mak dy ni.. ( aku tgk ja.. Zaper ngn Nami ja yg ckp byk haha )..



Khidir yg x ketahwan... hahaha


Pas smbg ngn mak dia km pn p la temuramah che mek ni.. tgk cm happy ja.. Sia2 aku igt dy dok berduka lara.. haha.. tp ok la.. dy leh trima ujian ni dgn selambe bdk walaupun ujian dy bkn la ditimpa badak..

Zaper kepeningan men diagnose penyakit


Maghrib hari tu km(aku,khidir,nami,zaper dan bbrpa watak tmbhn) pn terpaksa la berbuka di spital.. first time lak tu.. haha.. nseb bek la mak si pesakit ni lanja.. hehehe... seb bajet sket...

Mkn2... hahahaha


Pas mkn n solat2 km trus blk.. nek teksi lak kali ni.. seqik dh nk nek KTM.. harga bkn jauh beza pn.. haha.. Stgh jam jgak nk smpai Shah Alam.. pastu trus beqanti msjd wt tarawih..

In:

Pasaipa nak jd doktot...

As Salam..
Sebenaqnya tataw g nk boh pa lm blog.. setelah berenang2 dlm alam siber ni.. terjumpa lak plak satu artikel ni.. mcm kena kt diqi sndiqi ja.. haha.. mgkn juga terkena kpd qamai rakan seperjuangan skrg ni yg gatai dok pilih bidang doktot ni.. haha.. jom baca....





“Kenapa anda mahu jadi doktor?”�, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.
Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.
“�Sebab minat biologi?”, saya bertanya.
Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

“�Sebab suka tolong orang?”�, saya terus bertanya.
Ramai yang mengangguk.
Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”�, saya menyambung provokasi.
“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”�, saya terus mencucuk jarum.
“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.
Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.
Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.
Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.
Bukan calang-calang kerja.
Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.
“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”�, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.
Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.
PERSOALAN NILAI
Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.
Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.
Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.
Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video
Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.
NILAI DUIT
Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.
Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.
Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.
Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.
Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.
Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?
jadidoktor2.jpg
NILAI – HARGA – KORBAN
Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.
Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’.
Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.
Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ‘�Begin With the End in Mind‘�. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.
TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN
Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.
Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.
Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.
PROVOKASI DEMI MASA DEPAN
Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.
Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.
Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.
Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.
jadidoktor3.jpg
JIKA KERJA JADI IBADAH
Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.
Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.
Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.
Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur






© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

In:

Al faslul Awwal

As salam...

Hmm.. post yg pertama ni nk tulih pa erk....
Sebenarnya x decide lg nk wt blog ni konsep mcm mana...
diari kah, santai kah, meraban kah, gambaq byk kah, apakah, bagaimanakah,dan byk kah lg yg x disebut..
apa pun.. insya Allah pasni nk blajaq mnulis skit2... tak la smpai mcm saifulislam... tp insya Allah klau boleh smpai teqa tu apa salahnya... hehe.. apa2 pn.. nama Kun Zalameyh yg dipilih.. kenapa?? lu pikir la sendiri..

As salam....