fuh ni best nieh!!


" Fahmi! ang taw dak kt fb dok heboh la ni"
" La... awat plak... ?"
" Ang taw dak si Fulanah tu kata kt kita... hai ni yg aku pns ni"
" Haha.. awat dy kata pa...???"
" Ada ka patut dy kata kita bla3... ila 25iril 2yat...."

perbualan ni kalau x silap berlaku kt JUST... al maklumlah tyme tu khidmat tenet kt umah aku terpotong sat.. haha... merana hidup den... tataw perkembangan semasa..

ok.. yg aku nk gtaw bkn pasai tenet.. tp pasai punca hebohnya kt satu grup ni kt fb.. situasi itu berlaku apabila si Fulanah membuat kenyataan menegur beberapa kump lelaki perkasa berkenaan aktivit fevret depa... buang masa katanya...

maka tidak dapat tidak.. kump lelaki perkasa amai yg melenting lantaran tidak berpuas hati dgn kaedah teguran si Fulanah td yg agak mencalar kredibiliti mrk... maka bermula dari situ perang saraf tercetus di dlm grup fb tersebut smpai lah ke kemuncaknya pd 7 Mei yg lalu...

maka byk lah mayat2 yg bergelimpangan.. darah2 mengalir dgn sgt deras sehingga menjadi sungai.. rumah2 bangunan hancur sana sini.. kelihatan kanak2 kecil berlari bertempiaran .. di suatu sudut kedapatan seorang ibu menangis meratapi pemergian satu2nya anaknya di pangkuan riba..

akhirnya kata sepakat telah di capai dan peperangan saraf td berjaya dihentikan... maka semenjak dari itu.. kejadian itu di beri nama sebagai "Tragedi 7 Mei" sbg memperingati peristiwa hitam dalam sejarah grup tersebut...

Simpulan Hati

semua nmpk hepi.. kecuali Di!

" weh nak mkn ktna ???" soal Haziq rakan sekelas Acap..
" hmm ntah...." balas acap selamber.. acuh x acuh..
" jom kita p mkn kt Rafi nak dak... " ajak Haziq penuh smgt..
" mmmm... tgk la dulu cmna..." respon Acap hambar...

kelihatan dari jauh Me3e rakan karib acap sejak dari tadika sedang berjalan menghampiri mereka...
" Cap!!! jom kito g makey kt Rafi.." ajak Me3e dari jauh..
" Jom2!! ... aku mmg tgh dok lapaq ni...." jawab acap penuh smgt...

utk menegur manusia bkn lah mudah.. tak semua manusia mahu menerima nasihat drpd org lain... apatah lagi teguran.. dlm situasi ni sndiri kita dh boleh nmpk... perkara yg diajak sama.. tp cuma pengajak nya sahaja yg berbeza... acap lebih memberi respon kpd rakan karib nya padahal Haziq di biar begitu sj... maka disini kita dpt melihat betapa jambatan hati itu sgt pntg... sbb itu.. apa2 pn.. ukhuwwah perlu di bina terlebih dahulu... baru lah proses amar ma3ruf dan nahi mungkar dpt berjalan dgn lancar...

ini tidak, baru kenal sehari... sudah menegur itu dan ini.. masakan org tidak lari..
tp jgn lah maksiat di depan mata.. buat x peduli pulak!!

Bahasa dakwah

"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (An-Nahl, ayat 125).
 
semua sudah maklum mengenai ayat ini... kita kena igt... teguran yg menyakitkan hati hanya akan menutup pintu hati.. sedangkan hati adalah sasaran... sekiranya pintu hati sudah ditutup.. bagaimana mad3u mahu mndgr teguran... 
teringat kata2 ust Hasrizal.. pendakwah skrg ini harus pndai menggunakan bahasa2 cinta... bkn yg dok ngorat org nuh... mksd nya bahasa2 yg indah... cth yg diberi mengenai seorang atheis dan paderi..
" aku tidak akan pernah percaya kepada Tuhan" ... melihat kenyataan itu paderi itu mnjwb.. " ttp ssghnya Tuhan tetap percaya kepada kamu"  tacing w0o ayat dy... hehe..

seeloknya elakkan mengeur menggunakan tulisan.. kerana nada nya tidak dpt ditafsir... mudah shj utk org melenting...

Benarkah mahu berdakwah?

Menjawab pada persoalan di atas.. benarkah kita mahu berdakwah.. ataupun mahu menunjuk hebat.. menunjuk hero di depan org ramai... bahawa kita lah yg paling siqoh...? kita yg plg byk ilmu ? tak pernah buat salah dan silap ? 
akhirnya diri sendiri berasa hairan.. beribu ayat sudah dipetik.. beratus hadis sudah dibaca.. mad3u masih macam tu juga... semuanya seolah2 sia2 belaka...

Diriwayatkan dari Amir al-Mukminin (pemimpin kaum beriman) Abu Hafsh Umar bin al-Khattab radhiyallahu’anhu beliau mengatakan : Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya setiap amalan harus disertai dengan niat. Setiap orang hanya akan mendapatkan balasan tergantung pada niatnya. Barangsiapa yang hijrah karena cinta kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya karena menginginkan perkara dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (hanya) mendapatkan apa yang dia inginkan.” (HR. Bukhari [Kitab Bad'i al-Wahyi, hadits no. 1, Kitab al-Aiman wa an-Nudzur, hadits no. 6689] dan Muslim [Kitab al-Imarah, hadits no. 1907]).
 
niat merupakan kunci pada setiap amalan.. kadang2 kita sendiri tidak sedar apa niat di hati yg sbnrnya... oleh itu.. selalu lah berdoa kpd Allah agar dithabatkan niat hanya kepadaNya.. sungguh Dia lah yg membolak balikkan hati manusia....

Melihat apa yang ditegur
" Hek eleh sejak bila jadi pak lebai plak ni nk tegoq2 aku..."
 
" Ang ngaji pn x abeh g nk tegoq aku? "
 
ayat biasa bukan...?
 
ego.. takbur.. 3ujub...

penyakit hati yg sgt bahaya...  semua nya salah.. semuanya tidak kena... semuanya tidak layak utk menegur.. xkan nk tggu Nabi yg ma3sum tegur baru nk berubah ?

lihat lah pada APA yg ditegur... bukan pada SIAPA yg menegur... berlapang dadalah.. mengaku salah tak semestinya hina... sedangkan Saidina Omar amirul mukminin seorang khalifah pinta di tegur... inikan pula kita... ye dok ?


Kesimpulan
Telah dilaknat mereka yang kafir daripada Bani Israel melaui lidah Nabi Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan. (Al Maidah 78-79)

hiduplah kan lah budaya tegur menegur... tidak perlu berasa diri tidak layak...
 
 
bukan kah kita semua Da'ei ??


p/s 1 : sedang dalam fatrah exam.. sekiranya berkelapangan.. doakan lah yg terbaik...
p/s 2 : watak2 diatas hanya lah pinjaman semata2...
p/s 3 : terima kasih kepada yg menegur...