right_side

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Dilahirkan pada tahun Monyet,Pernah mendapat pendidikan di Pasti Nurul Kiah, Sekolah Rendah Islam Darul Aman, dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Kini penulis merupakan pelajar perubatan, tahun akhir di Jordan University Science and Technology

Followers

Pendatang2

Cer bacer ni pulak...

get this widget here
In:

Romantika Aku Dia



Aku memang selalu dengan dia. Berkepit tak kira masa. Biasalah kan... hehe
Kadang-kadang ada jugak orang yang perasan. Yalah kan.. kerap sangat bersama..
Ada yang senyum-senyum saja... Ada yang mencebik mencuka.. (ala... jeles lettew...)

Kadang-kadang bila dia nak berkumpul dengan kawan-kawan dia.. dia bawak aku sama..
Yalah.. kawan-kawan dia pun masing-masing bawak jugak... Iyalah.. yang macam aku-aku jugak..
Biasalah kan... zaman muda-muda..

Selalu aku dengan dia.. tak kira masa..
Pagi petang siang malam
Pagi-pagi buta pun kadang-kadang dia ajak aku bersembang..
Aku turutkan saja.. nak buat macam mana dah orang rindukan kita...

Dia selalu manja-manja dengan aku..
Kadang-kadang dia cucuk-cucuk aku..
Kadang-kadang dia usap-usap aku...
Selalu jugak dia kucup dahi aku.. Ah~ segannya...

Kadang-kadang aku tengok muka dia berkerut.. Mulut terkumat kamit..
Dia jeling-jeling aku... kadang-kadang sekejap kadang-kadang lama..
Kadang-kadang tu.. sampai aku blushing~~ hue hue..
Lepas tu muka yang berkerut tu hilang..
Mulut dia lancar kembali... Terus berdialog dengan aku...

Siapa dia siapa aku?
Ya! Aku lah al-Quran dan dialah yang cuba membawaku..
Hamalatul quran~

Moga-moga dia berjaya...

"Ramai orang tak tahu yang hafiz/ah quran ni romantik orangnya... heh~~"

والقرآن حجة لك أو عليك.
Bermaksud : " Al Quran itu samada ia menjadi hujah yang mempertahankan engkau ( di hadapan Allah di akhirat ) ataupun hujah yang melaknat engakau " .

Barangsiapa yang menghafaz Al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, maka Allah akan memakaikan kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat, suatu mahkota yang mana kilauannya lebih cerah berbanding cahaya matahari ”.



p/s: haha... jangan nak pikiaq kot len pulak noh~ sila baca secara majaz yah!
p/s: agak2 mcm mana nak tackle al-quran ni... asyik kena reject ja~ alahai...

In:

Cuti bukan sekadar cuti~

Sedang solat di satu sudut didalam National Gallery~


Cuti yang lepas kami diberi kesempatan untuk menapak di bumi Allah. Kali ni di sebelah sana pula. Belahan bumi yang mana bunyi azan nya jarang-jarang kedengaran. Belahan bumi yang mana makanannya bukan semua yang kita boleh makan. Belahan bumi yang mana pergaulan antara jantina berlawanan jenis tidak dititikberatkan.

Yah! Di situ lah...

Di situ sistem nya teratur. Manusia bagaikan robot. Berjalan pantas memintas manusia-manusia yang sesat. Dan kamilah manusia itu. Walau berhenti sebentar kami sudah mengganggu puluhan manusia yang lain. Ya~ sebegitu ramai dan sibuk.

Dalam tamadun itu kami adalah orang asing. Orang asing yang pada pandangan mereka konon nya memegang cara hidup yang paling lengkap. Nah~ itu yang aku fahami dari cara mereka memandang saat kami mengangkat takbir di sudut tersorok dalam stesen kereta api. Saat kami ruku' di tepi jalan. Saat kami sujud di celah kerusi dan meja. Saat kami menadah tangan berdoa di bawah tangga. Terus menerus cuba sedaya upaya mempertahan apa kami yakini.

Arghh!!

Cuba hati ini aku turuti. Sudah lama aku tinggalkan semua itu. Sudah tentu tidak ada yang membuat muka jelek tika kami mengambil wudu'. Melumurkan air ke seluruh badan ketika musim sejuk.
Cuba hati ini aku turuti. Sudah tentu muka ini tidak menjadi objek aneh. Tidak menjadi bahan pameran tatapan setiap manusia yang lalu.
Cuba hati ini aku turuti. Tak perlu aku sembunyi lagak penjenayah gayanya. Ya! Seolah-olah  begitu lah rasa nya.

Mujur masih ada 'izzah dalam diri. Iman penggerak tangan dan kaki. Semua itu kami harungi.
Mujur juga aku tidak seorang diri. Punya teman disisi. Pengubat duka dikala sepi. Penguat semangat dikala hati berasa futur.

Merantau itu soalnya bukan hanya pada indahnya tempat yang kita lawati. Bukan hanya sekadar berapa banyak gambar yang berjaya kita ambil. Pura-pura gembira pada dunia. Bukan juga berapa banyak cenderahati yang berjaya kita beli.
Tapi pokok pangkalnya. Apa kesannya pada diri. Tempat mana dalam diri yang berjaya dikoreksi. Pengajaran apa yang dapat diteladani. Perubahan apa yang ada dalam hati.
Kerana hanya ini yang menentukan apakah berbaloi Allah gerakkan kita ke sana ke mari.

Ah! Tanyalah diri sendiri!

p/s: gambar di bawah untuk tatapan keluarga.
p/s: sory kpd tuan2 punya gambar.. aku cilok sket.. hahaha