Sedang solat di satu sudut didalam National Gallery~


Cuti yang lepas kami diberi kesempatan untuk menapak di bumi Allah. Kali ni di sebelah sana pula. Belahan bumi yang mana bunyi azan nya jarang-jarang kedengaran. Belahan bumi yang mana makanannya bukan semua yang kita boleh makan. Belahan bumi yang mana pergaulan antara jantina berlawanan jenis tidak dititikberatkan.

Yah! Di situ lah...

Di situ sistem nya teratur. Manusia bagaikan robot. Berjalan pantas memintas manusia-manusia yang sesat. Dan kamilah manusia itu. Walau berhenti sebentar kami sudah mengganggu puluhan manusia yang lain. Ya~ sebegitu ramai dan sibuk.

Dalam tamadun itu kami adalah orang asing. Orang asing yang pada pandangan mereka konon nya memegang cara hidup yang paling lengkap. Nah~ itu yang aku fahami dari cara mereka memandang saat kami mengangkat takbir di sudut tersorok dalam stesen kereta api. Saat kami ruku' di tepi jalan. Saat kami sujud di celah kerusi dan meja. Saat kami menadah tangan berdoa di bawah tangga. Terus menerus cuba sedaya upaya mempertahan apa kami yakini.

Arghh!!

Cuba hati ini aku turuti. Sudah lama aku tinggalkan semua itu. Sudah tentu tidak ada yang membuat muka jelek tika kami mengambil wudu'. Melumurkan air ke seluruh badan ketika musim sejuk.
Cuba hati ini aku turuti. Sudah tentu muka ini tidak menjadi objek aneh. Tidak menjadi bahan pameran tatapan setiap manusia yang lalu.
Cuba hati ini aku turuti. Tak perlu aku sembunyi lagak penjenayah gayanya. Ya! Seolah-olah  begitu lah rasa nya.

Mujur masih ada 'izzah dalam diri. Iman penggerak tangan dan kaki. Semua itu kami harungi.
Mujur juga aku tidak seorang diri. Punya teman disisi. Pengubat duka dikala sepi. Penguat semangat dikala hati berasa futur.

Merantau itu soalnya bukan hanya pada indahnya tempat yang kita lawati. Bukan hanya sekadar berapa banyak gambar yang berjaya kita ambil. Pura-pura gembira pada dunia. Bukan juga berapa banyak cenderahati yang berjaya kita beli.
Tapi pokok pangkalnya. Apa kesannya pada diri. Tempat mana dalam diri yang berjaya dikoreksi. Pengajaran apa yang dapat diteladani. Perubahan apa yang ada dalam hati.
Kerana hanya ini yang menentukan apakah berbaloi Allah gerakkan kita ke sana ke mari.

Ah! Tanyalah diri sendiri!

p/s: gambar di bawah untuk tatapan keluarga.
p/s: sory kpd tuan2 punya gambar.. aku cilok sket.. hahaha