right_side

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Dilahirkan pada tahun Monyet,Pernah mendapat pendidikan di Pasti Nurul Kiah, Sekolah Rendah Islam Darul Aman, dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Kini penulis merupakan pelajar perubatan, tahun akhir di Jordan University Science and Technology

Followers

Cer bacer ni pulak...

get this widget here
In:

Merantau Warrior~~




As Salam...

Alhamdulillah Allah izin aku celik lagi pagi ni. Baqu tadi azan pertama. Pagi ni mungkin pagi terakhir aku kat Irbid sebelum berangkat bermusafir dan haqi ni serasa aku merupakan group yang terbesaq untuk keluaq musafir. Maka lepas ni Bandar Metropolitan Irbid ni akan jadi pekan koboi la kot. hahaha....
*ok melampau

Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ( Al-'Ankabuut 29:20

Kali ni insyaAllah kami akan menjajah beberapa negara termasuk UK, Paris, Switzerland ( errr betoi ka aku eja ni? ) , Austria, German dan Istanbul. Mahal tu memang la mahal, tapi orang kata pengalaman berjalan tempat orang lagi mahal. Yalah. Nak berkenal-kenal. Tengok-mengok. Perhati-memperhati. Belek-membelek. Bau-membau. Macam-macam lagi lah!


"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al.Hujurat (13)

Kita bukan setakat nak kenal tempat lain sebenarnya. Tapi yang lebih penting diri sendiri. Saidina Omar sendiri meletakkan kita takkan betul-betul kena sahabat kita melainkan kita pernah bermusafir dengan dia. Jadi insyaAllah, ukhuwwah kami sebelas orang pemain  bola sepak akan diuji mungkin. Mengenal sahabat yang dalam tekanan itu lain dari sahabat yang sedang bersenang lenang. Serius.

Jadi azan kedua pun dah bunyi.
Tunggu la natijahnya macam mana yah!

p/s: masih ada lagi beberapa pakaian sedang disalai di depan sobah.
p/s: heqan... feel nak merantau tu tak sampai lagi.. haila~~
p/s: tak dilupa jutaan terima kasih buat team strategi dikepalai oleh Zaki Derak Travel kerana telah menyusun perjalanan pada kali ini.

In:

Futur~~


 

Aku sedang futur,
solatku umpama persinggahan hambar,
puasa?Aaah…perutku tak tahan lapar,
malamku berlalu tanpa qiamullail,
mashafku tersisih tagih perhatian,
... ... catatan amalanku mengeluh hampa.

Aku sedang futur,
melangkah ke jilsah terasa susah,
mendengar pengisian terasa muak,
aku mahukan bebas dan rehat,
bukan langkah yang sering diatur,
bukannya taklifan yang sering membeban.

Aku sedang futur,
bermalas santai menonton filem,
bertukar cerita berbual kosong,
lebih ku suka dan ku damba,
dari ziarah yang belum tentu hasilnya,
dari tazkirah yang belum pasti penerimaannya.

Aku sedang futur,
dakwah bagai merampas segala,
studyku..wangku..masa lapangku,
amar makrufku bukannya dipeduli,
nahi mungkarku dibiar sepi,
jadi..untuk apa aku bertahan lagi?

Ya, aku memang sedang futur!
Tapi kenapa kalian menjauh?
Mengapa tiada tangan yang menghulur,
memaut bahu berkongsi kekuatan,
menutur mau’izah mendamai jiwa?
Bukankah kita umpama bangunan,
saling menguatkan pabila lemah,
saling memperingat tatkala lupa?

****

Entah karangan siapa aku lupa. Kadang-kadang aku baca bila rasa ada yang tidak kena dengan jiwa. Macam kena-kena sahaja dengan aku. Ya , mungkin dengan engkau juga.

In:

Yalah kan~~




Alhamdulillah.
Masuk hari ni kebanyakkan student JUST sudah pun menghabiskan final exam. Tinggal beberapa kerat ja lagi yang tak habis. Budak-budak medicomaniax (baca: Medik tahun 2) pun dah habis modal nak sakat budak-budak Dent10 (baca: Dentist tahun 2). Peluang nak balas dendam agaknya. Yala kan.. dulu depa penah buat kami macam ni jugak.


***************

Dulu kita pernah kata kita sibuk. Yalah kan. Imtihan.. Penting...
Solat jemaah kita kemana, quran ke mana..
Nak buat macam mana kita manusia biasa jugak. Kurang-kurang kalau study kita itu diniatkan ibadah dapat jugak pahala.

Jangan sempitkan konsep ibadah. Itu kau kata, Itu aku terima.

Tapi kadang-kadang hairan jugak. Sampai sekarang ni masih sibuk kah? Yalah. Muka kita ni tak jengok-jengok jugak ke masjid. Masjid pun dah makin tak kenal kita.
Yang hairan nya lagi, ada pulak yang seangkatan dengan kita mampu ke masjid. Bukan saja selalu, tapi sejak dulu.
Yalah.. sejak ibadah kita tersekat di buku-buku. Yalah.. mungkin depa ni tak baca buku kot.




Sekarang masa dah lapang. Nak kata kita baca buku? Tak jugak.
Tidur pulak melebih-lebih. Yalah kan.. nanti dah masuk sem baru bila lagi nak rehat kan.
Tapi hairan. Yang saintis sarankan cuma lapan jam sehari. Kita? 12 jam. Mungkin nak tebus balik tidur yang dulu-dulu kot. Mungkin la kot.

Waktu tidur kita nak tebus. Ibadah kita yang dengan buku tu tak tebus ke?? Yalah.. baca quran ka.. solat sunat ka.. zikir ka.. Kan dulu kita study niat ibadah.. Sekarang kalau dah tak study, dah kurang bukak buku akademik, tak ka ibadah kita kurang? Rugi la pulak kan? Kita ganti dengan apa ya? Marathon korea? Marathon drama?  Errr... Takkan la pulak kan.. rugi la masa..

Yalah kan.. dulu.. nak berjalan kaki pergi masjid solat jemaah rasa rugi. Kurang-kurang boleh habiskan satu lecture note. Rugi la masa. Eh jap? Tengok movie lebih-lebih tak rugi pulak? Oh... masa free banyak.. Tak apa la kan. Tak sangkut pun dengan akademik.

Ada satu lagi jenis manusia. Terbalik pulak. Fatrah imtihan ibadah dia lain macam. Hebat!
Solat malam tiap-tiap hari. Alang-alang study katanya.
Tapi hairan.. habis imtihan.. habislah solat malam. Mungkin pakej kot. Ibadah bila kita perlukan Dia saja. Dah habis, dah senang, dah selesa.. lupa pun tak pa... Eh2 macam musim durian pulak... 

Yalah kan..

Kita ni muda lagi..

Ada banyak masa lagi..

Mati pun lambat lagi...

Yalah kan...


p/s: minta maaf kalau ada yang terkena. terus terang cakap aku lah yang paling terasa bila baca balik artikel ni.. sob3x T.T
p/s: alhamdulillah imtihan dah habis.. result pun ada yang dah keluaq.. tak gempak pun.. biasa2 ja..
p/s: nak jelajah Europe nanti.. doa2kan la yah!