Baru-baru ni laman sosial banyak memainkan peranan dalam mengubah manusia. Walaupun sudah lama tapi aku baru perasan, manusia terlalu lama terjun ke dunia maya mencipta ilusi sendiri. Bertukar wajah, watak dan perangai. Entah mana satu identiti sebenar. Kalau di alam realiti dia seorang pemalu, alam maya dia berubah menjadi si becok yang kuat ber'komen' sana sini. Kalau dia yang aku kenal seorang yang sangat menjaga percakapan, di alam 'itu' dia jadi seorang pencarut profesional. Belum kira lagi seorang yang dikira 'cikah' dengan selamba bercakap hal-hal perempuan itu cantik, ini seksi , ini comel.

 Hipokrit alaf baru kah ini?

Menganggap hanya perbuatan kamu di dunia nyata sahaja akan dihisab?

Manusia seolah-olah bertanding merebut jumlah like yang banyak. Kerap di re tweet. Siapa yang paling lawak. Seolah-olah anak kecil di tengah lautan manusia yang cuba menagih perhatian dan simpati pejalan kaki yang lalu lalang. Setiap hari memikirkan apakah yang harus aku tulis hari ini bagi menarik perhatian manusia? 

Tidak penat kah? Padahal kita hamba hanya perlu mendapatkan 'like' dari Allah.

Muka buku, Pencicit kerap kali dijadikan tempat luahan perasaan. Salah? Tidak seratus peratus. Tapi kalau tiap kali ditimpa masalah hanya diluahkan di situ. Apakah masalah itu akan selesai? Lalu dimanakah tuhan di hati kamu? Tempat segala rintihan dan permintaan. Apakah pencicit sudah mengambil alih peranan tuhan?

Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

(QS. 112:2)



Laman sosial itu biarlah hanya menjadi tempat mencari maklumat, bertukar khabar , menjalin persahabatan atau apa-apa yang perlu. Bersederhana itu lebih baik.

Sudah tiba masanya kita keluar ke alam realiti.

p/s: nasihat untuk diri sendiri yang asyik me refresh twitter dan facebook tanpa henti. =.='.
p/s: mau merintih? pergi lah pada tuhan. tak perlu menagih simpati di alam maya.