Al kisah pada suatu hari, seperti hari-hari sebelumnya John memulakan rutin harian beliau sebagai seorang pengemis. Tangga itu sudah menjadi pejabat rasmi John sejak 5 tahun yang lalu, tak pernah di renovate, tak pernah di luaskan cuma sekali sekala di sapu makcik bandaran. Maka tangga itu menjadi saksi kehidupan John yang mengemis bermula jam 8 pagi sehinggalah 5 petang. Waktu pejabat.
*****

Ahmad baru menghabiskan cuti nya di kampung halaman dan mahu membeli barang sedikit buah tangan di Pekan Rabu. Setelah berpenat lelah mendaki tangga Ahmad terlihat seorang pengemis sedang menadahkan tangan, sesekali mengalukan tangan atas bawah membentuk 'irama' meminta. Bagai tertarik dengan 'irama' itu Ahmad mendekati pengemis tersebut. Sebagaimana melayu-melayu lain, Ahmad menyeluk poket seluar beliau mencari-cari, kalau-kalau ada duit syiling baki dari makan tadi. Jari Ahmad tersentuh duit kertas, maka dikuisnya, dicarinya lagi kali ni lebih dalam. Ah! ada! 20 sen. Lega. Maka dihulurkan duit syiling itu kepada pengemis tadi.

*****

John terasa tangan nya di sentuh sesuatu. Oh! ada duit! John sedikit mengerutkan keningnya. Kota kosmopolitan Alor Setar ni pun masih ada lagi orang bagi duit 20 sen? Sedangkan minyak naik 20 sen. Mana cukup.

*****

" Hai bang... 20 sen ja? kedekut bebenor? " kantoi John bukan orang tempatan, sambil membuat muka tak puas hati.

Ahmad terkejut. Sepanjang hidup tak pernah dia dengar pengemis merungut. " Cukup lah tu... hang nak banyak mana langsung?"

" Alah. Kurang-kurang bagi la 5 ringgit ka soploh ringgit. Saya ramai bini nak tanggung bang."

Ahmad semakin panas. Dalam imaginasi Ahmad pengemis ini sudah ditikam 44 kali pakej bersama tendangan 88 kali keseluruh badan. " Cyt!! mai balik duit aku. Dah la pengemis, demand lebih2 plak!"

*****

Apa yang tuan-tuan rasa dengan pengemis spesies ini? Perlu dihumban ke gaung?
Cuba, kitalah pengemis itu yang tak berhenti-henti merungut dengan apa yang Allah beri?
Pengemis jenis apakah yang merungut dengan ehsan Tuhannya?



(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara kerohanian dan keagamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu(wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita) dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain dan lagi rahmat Tuhanmu(yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan. (Zukhruf:32)