Posted by
Kun Zalameyh
In:
2 mulut 1 telinga...
huh ?? |
As Salam...
Sebagai manusia hensem yg diciptakan oleh Allah.. alhamdulillah aku punya cukup anggota badan.. yup!! aku ada 2 telinga dan 1 mulut...walaupun telinga aku takla mcm piring astro tu.. tp ok la.. boleh tangkap sound wave la jugak..laluan external acoustic meatus aku tu masih lg bersih dan mampu men transfer kan wave2 tersebut ke internal acoustic meatus... keqa kalau ada org dok ngumpat aku dlm 1 km radius tu.. aku leh tgkap la jugak.. ahaha..
tp ada sesetengah manusia ni.. yg aku sgt heqan.. ada 2 mulut tapi 1 telinga... haha.. jgn pelik.. mnda ni wujud kt atas dunia ni... bkn spesies lain mcm lam ceqita Men in Black.. spesies manusia gak..ni betoi2 wujud punya.. ahaha..
apa yg aku maksudkan dengan 2 mulut 1 telinga ni??
yah!! inilah golongan yg mana ratio penggunaan organ mulut : telinga = 2 : 1... dan ratio ini mungkin berubah kpd 3 : 1 ataupun 3 : 0 .. bergantung kpd individu tersebut... ya.. maka terjadilah spesies yg lebih advanced ya3ni 3 mulut dan 1 telinga ataupun 3 mulut dan tiada telinga... ( apa aku merepek ni ?? )
tadak telinga?? mgkn mcm ni la kot.... |
kalau anda terjumpa dgn mereka2 ini anda akan terperasan bahawa mereka2 ini sgt suka bercakap... dan sudah tentulah apabila anda bercakap.. semua tenaga dan aliran darah akan di tumpukan kpd mulut anda atau lebih tepat lg lidah.. maka darah2 yg men supply kan nutrient2 ke telinga akan berkurangan.. maka terhasillah manusia tidak bertelinga.. ahahaha..
apa yg aku cuba nk smpaikan kt sini bukanlah pasai yg byk bercakap ni.. sbb semua org mmg maklum apa kuasa lidah ni boleh buat.. tp apa yg aku cuba nk bgtaw kt sini ialah berkenaan dgn telinga...
dalam kes ni golongan2 yg memegang ratio 2:1 ataupun 3:1 masih lg di anggap selamat.. sbb apa??
sbb depa2 ni masih lg mendengar.. sekurang2nya..
yg menjadi mslh skrg ni ialah kabilah2 yg beratio 3:0 ni... okay2 3 : 0.1 ... (kalau 0 kang tipu sgt plak)
sbb apa??
" dukt0or!!! "
doc itu pn memalingkan muka nya kpd pelajar tersebut..
" actually i have a question... why ....bla3..."
tidak smpai beberapa saat kemudian...
" okay2 that's enough.. i know what do you want to ask.. bla3.. this was your question right??"
dgn hajat yg tak kesampaian dan perasaan serba salah , pelajar td menggangguk kepala beliau...
(aku rasa ada di antara kita yg mengalami situasi yg sama mcm ni.. kn??)
ya.. inilah yg terjadi apabila kita tidak memberi peluang utk org2 memberi penjelasan kpd kita.. lebih bersikap menghukum terlalu awal berbanding mendengar dan memahami ... lantas kita membuat kesimpulan awal mengatakan demikian dan demikian.. padahal ia sebenarnya adalah SALAH!!
prinsip ini juga sgt ditekankan semasa seorang doktor ingin membuat history patient.. doktor tersebut mesti mengelak daripada soalan yg seperti ini " pak cik ni mesti ada rasa sakit2 kt tulang belakang KANNNN? '
pesakit meti diberi ruang utk men describe kan sendiri symptom2 beliau sendiri tanpa ada pengaruh daripada doktor tersebut.. biarkan pesakit itu bercerita dan doktor mesti lah menjadi pendengar yg setia.. takut2 disebabkan hanya sakit cirit birit yg biasa.. si doktor mendiagnose pesakit tersebut mengidap cancer colon plak.!
Golongan yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut apa yang terbaiknya; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. [Al-Zumar 39 : 18]
"Mat!" jerkah Nyat...
"Mmm.. awat?? " bls Mat smbil menge tune tali gitar beliau..
"aku sbnq nya ada masalah ini.. aku baqu putuih cinta ngn ... bla3.... dia... bla3.... tapi aku... bla3....ang qasa apa patut aku buat..?? "
"huh ?? apa dia?? ang nk kawen?? elok sgt la tu... aku mmg dh lama mengidam nasi minyak ang.. ahaha" bls Mat bersahaja..
cuba bayangkan anda sedang berada di dalam kasut Nyat ni... agak2 kasut saiz berapa hampa nk bg dia ni mkn... ahahaha..
mendengar bukan sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan... mendengar menunjukkan bahawa kita mengambil berat akan keadaan saudara kita... kadang2 dgn hanya menjadi pendengar yg setia kita mampu menguragkan beban si pencerita..
mendengar juga bermaksud kita membuka ruang kpd diri sendiri utk menerima pendapat org lain.. menerima saranan.. nasihat... kritikan... dan sebagainya.. sekiranya kita asyik sebok nk bercakap tanpa memberi ruang kpd org lain .. maka tidak hairan lah lahir nya byk ketua2 atau pemimpin2 yg menghidapi penyakit aku-saja-yang-betul... ataupun org -lain-semua-salah ...
jadi.. dengar dan faham! baru keluarkan pendapat!... takut2 lain yg di tanya, lain yg dijawab...
tidakkah malu??
p/s1 : sekadar pendapat peribadi berdasarkan pemerhatian dan pembacaan..
p/s2 : warung usom! wah!! mmg sedap.. masakkan melayu.. bg yg belum mencuba lg.. cpt2 la p noh..
p/s3 : duit dh masuk!! tengs JPA..
This entry was posted on 12:15 AM
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Posted on
-
1 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
a good tazkeerah..keep up with it,bersahaja n berisi~
Post a Comment