Baru-baru ni pernah ada satu isu yang menarik di Facebook. Kedapatan beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan lalu selepas selesai bermuhasabah maka keluar lah solusi berikut. Belajar bukan kerana Dean List, belajar kerana Allah. Sekali pandang tidak ada yang silap. 
Ya! Betul! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silap. 

Matlamat yang disalahertikan

Bagi kebanyakkan pelajar tahun 1 di sini, semua orang pernah meletakkan target. " Sekurang-kurangnya Dean List". Ah! aku pun. Pernah..

Timbulnya isu ini membuat aku lega. Tak dapat dean list pun tak pa. Janji aku belajar kerana Allah. Persoalannya, salahkah belajar kerana dean list?

Pernah dikisahkan seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah? 
Ulama bersepakat mengatakan dia berperang kerana Allah kerana dia yakin dengan balasan yang dijanjikan oleh Allah iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji Allah.

Begitu juga lah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahu kan akibat yang baik, ada syarat nya. Akibat yang tidak elok, ada syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?

Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?

Matlamat dan usaha

Tersebutlah kisah seorang student yang tiba-tiba terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya " Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan niatnya .Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah. Maka hatinya berkata " Mesti aku tak cukup ikhlas lagi ni".  Kehidupan nya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.

Apa yang silapnya?
Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang salah. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?

Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Kalau masih gagal sedangkan sudah usaha. Tunggu apa lagi! Tingkatkan usaha.

Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya tuhan yang dipersalahkan. Sebab dia lupa. Sunnatullah yang tuhan tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha.

Kesimpulan

Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya.


p/s: aku bukan lah calon dean list pun.
p/s: bagi yang berkenaan, ini cuma pandangan aku. ruang perbahasan masih terbuka.
p/s: haha.. apa kena dengan aku ni. post benda-benda macam ni waktu nak abeh sem. keh3x..
p/s: bagi yang balik Malaysia (aku la tu).. 3alasSalamah