"Bila lah orang nak mai melawat aku ni?"... Rusydi



Belakangan ni ramai budak2 batch aku sekali dengan aku pun demam, tempias bahang api neraka orang kabo. Maka dengan itu ramai la membe2 yang bernasib baik tak demam membuat tohmahan demi tohmahan seperti jetlag , perubahan cuaca malah ada jugak yang menganalisis ini adalah symptom2 homesick. Maklumlah bakal-bakal dokt0r la katakan. Haha... tak kurang juga yang mai melawat , tolong belikan ubat, air oren Rani, epal , anggur tak ketinggalan juga PEPSI ? Apa-apa pun terima kasih banyak la noh. Walaupun ada yang mai bising sambil terlompat-lompat. haha.

Daripada asyik difikir-fikirkan sebab kita demam, mengapa tidak difikirkan hikmah kita demam?
Sedar atau tidak semasa demam kita sebenarnya mengasah sifat-sifat seorang hamba yang ideal. 

Rasa ingin bertuhan

Apabila manusia berada dalam keadaan tersepit maka secara automatik kita akan mengharap satu keajaiban. Ya! keajaiban ini ialah kita mengharap ada satu kuasa yang lain dapat menolong kita. Pernah dikisahkan seorang ateis yang sangat berpegang teguh dengan ke 'ateis' an beliau jatuh sakit yang boleh membawa kematian. Maka dalam tempoh dia didalam wad, secara tidak sedar dia mengharap agar ada keajaiban sesuatu. Ya! Dia telah mengharap kepada tuhan untuk menyembuhkannya. Pada akhirnya si ateis insaf dan mula mencari tuhan.

Maka inilah yang dipanggil fitrah manusia yang sememangnya ingin bertuhan. Bagaimana hendak merasai fitrah ini? Letakkan diri anda dalam situasi yang sangat mendesak. Maka fitrah ini akan muncul dengan sendirinya. Jadi sepanjang kita sakit, sebenarnya kita sedang memanggil semula fitrah yang kadang-kadang selama ini kita lupa. Sepanjang sakit ingatan bahawa kita bertuhan sentiasa menjengah. Ya! aku punya tuhan. Ingat kepada tuhan merupakan kunci kepada setiap amalan kita malah boleh menjadi penghalang kepada dosa dan maksiat.

Syukur

Rasa kehilangan memang kadangkala menyedihkan. Namun dari sudut yang lain ia mengajar kita erti menghargai. Bersyukur dengan nikmat yang ada. Kehilangan nikmat kesihatan membuat kita berfikir betapa ruginya nikmat kesihatan yang kita ada dulu tidak digunakan sebaiknya. Untung kalau nikmat kesihatan itu dikembalikan, mungkin kita boleh menebus kekesalan kita, tapi bagaimana pula kalau-kalau nikmat itu tidak kembali? 
Tapi kalaulah disembuhkan. Tidak berada dalam keadaan kehilangan. Adakah kita akan menebus kekesalan dulu? Sebab itulah sewaktu rasa insaf itu hadir, hayati ia betul, kalau boleh hafal rasa insaf tu. Biar nanti sudah sihat walafiat, tidak jadi manusia lupa. Insaf hanya bila terkena.

Hilang selera

Hah! Ini satu lagi sifat yang ada bila kita sakit. Kalau demam tu, segalanya terasa pahit. Makan hanya sekadar mengisi perut.Hikmahnya pada mengambil dunia hanya sekadarnya. Dari itu tuhan cuba berkomunikasi dengan kita. Pada akhirnya dunia ini hanyalah sia-sia saja. Perlu sekadar untuk keperluan sahaja. Bukan atas dasar kehendak yang berlebihan. 

Kesimpulan

Mengingati tuhan, bersyukur dengan nikmat yang ada, pandang dunia sekadar sahaja. Mungkin rasa-rasa ini, perasaan ini, sifat ini dah lama tidak hadir dalam benak kita. Maka dengan itu Allah datangkan demam, biar kita segarkan kembali sifat ini. Supaya mudah untuk kita menjadi hambanya yang beriman.


p/s: terima kasih kepada sahabat2 yang mai melawat. tu pn satu jenis ubat jugak tuh. heh~