right_side

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Dilahirkan pada tahun Monyet,Pernah mendapat pendidikan di Pasti Nurul Kiah, Sekolah Rendah Islam Darul Aman, dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Kini penulis merupakan pelajar perubatan, tahun akhir di Jordan University Science and Technology

Followers

Pendatang2

Cer bacer ni pulak...

get this widget here
In:

Belajar menerima realiti~




Dalam hidup kita ni kadang-kadang kita terlalu khayal dengan dunia. Kita terlalu hidup dalam fantasi sampai selalu lupa apa maksud sebenar kita hidup didunia. Kita terlalu 'attach' dengan fantasi sampai kadang realiti menyapa kita jadi tak senang duduk, benci, meluat dan apa-apa lah. Ignorance is bliss bak kata omputeh~

Satu contoh: seorang pesakit menghidap small cell carcinoma cancer yang mempunyai prognosis yang sangat teruk dibanding dengan seorang anak muda yang sihat walafiat. Fantasinya disini adalah kehidupan dan realitinya disini adalah kematian. Realiti kematian sentiasa mengetuk si pesakit sehingga menyebabkan dia murung, tidak bersemangat bahkan ada yang membenci takdir. Walhal si anak muda hidup dalam keadaan yang biasa tanpa sedikitpun kerisauan tentang kematian.

Mati. Satu hal yang tidak ada seorang pun yang tahu bila waktunya, dimana berlaku, dalam keadaan apakah kita akan mati. Berita kematian ini sering sehaja membuat manusia kerisauan. Boleh jadi anak muda itu akan mati lebih awal dari si pesakit. Cuma bezanya apa? Dia tidak diingatkan dengan realiti itu saban hari, dan menjalani kehidupan dengan biasa. Tidak ada sedih, tidak ada kemurungan. Sampai lah saat dia mati. Tiba-tiba!

Manusia kadang benci apabila diingatkan tentang kematian. Realiti yang menyakitkan. Mereka memilih untuk melupakan realiti itu dan mencipta fantasi masing-masing. Walhal realiti sentiasa ada dan takkan pernah lupus. Cumanya bagi mereka-mereka yang 'lupa' ini beranggapan bahawa realiti ini sudah terhapuskan. Ini menjawab kepada persoalan kenapa kadang-kadang susah untuk kita mengingatkan manusia seperti ini. Realiti ini menganggu kehidupan mereka yang tenang, seronok tanpa masalah.

Bagi orang kebanyakan, kadang-kadang dipaksakan keatas kita peringantan tentang kematian, melalui berita contohnya lalu kita pun tersedar dari lamunan. Terbangun sebentar dari mimpi. Baru lah kita kembali insaf dan mempersiapkan diri untuk menghadapi realiti tersebut. Sampai satu masa kita mula lupa akan realiti dan tertidur lalu masuk ke alam mimpi. 'Teguran-teguran' bermusim ini sekali sekala membuat kita insaf.

Tapi sampai bila? Kita tidak akan pernah tahu bila 'teguran' ni akan sampai. Bagaimana kalau kita mati dan saat itu kita tidak berada pada titik terbaik dalam hidup kita?

Sebab itu perlunya kepada kita untuk belajar sedikit demi sedikit untuk menerima realiti. Buangkan kebencian pada peringatan. Cari sahabat-sahabat yang selalu mengingatkan kita tentang tuhan.

Biar kita hidup untuk menghadapi realiti. Bukan terlena dibuai fantasi.

Adios!

p/s: aku pun tak faham sangat apa aku mengarut ni.. ahaha.. ahaha.. ahaha..

In:

Sakit? Padan muka!





Seingat aku dulu masa awal semester tahun 2 aku pernah jatuh sakit. Demam. Lebih kurang seminggu ambil masa untuk kebah. Demam yang paling teruk lah seingat aku. Tak pernah lagi rasa demam yang macam tu. Penat. Nak bangun berjalan pun tak mampu. Nausea,diarhea , vomiting tak payah kata la. Tiga beradik serangkai. Solat pun duduk ja waktu tu. Doa tak payah cakap la. Tak putus-putus. Baru lah rasa berserah, tawakal, tak mampu buat apa-apa. 

Dan Allah itu Maha Mendengar. Diberinya lagi nikmat kesihatan kepada aku. Alhamdulillah.



Bersyukur? Amat! 

Lega? Sangat!

Dan waktu tu lah aku rasa aku berazam jadi hamba yang paling baik sekali!


Katakanlah: “Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut, yang kamu berdoa kepada-Nya dengan berendah diri dan dengan suara yang lembut (dengan mengatakan): “Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari (bencana) ini, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur.” Katakanlah: “Allah menyelamatkan kamu daripada bencana itu dan dari segala macam kesusahan, kemudian kamu kembali mempersekutukan-Nya.” (Al-An’am:63-64)

Dan hari-hari berlalu lagi. Sihat. Tiada masalah. Tenang. Yalah manusia kan. Cepat sangat lupa. Hidup ala kadar. Buat yang wajib-wajib ja. Maksiat? Huh!

Sampai lah baru-baru ni aku diuji lagi. Kali ni sakit perut berpanjangan. Diagnosis? Ada la.. haha
Dan plot dan skrip doa sama berulang. Dah susah baru teringat tuhan ye dop?

Alhamdulillah Allah sembuhkan aku lagi. *sebenarnyabanyaklagi Dan rasa itu datang lagi. Ingin bertaubat. Mahu jadi yang baik-baik. Tapi bila dikenangkan balik, bukannya aku tak pernah ada azam yang semacam ini.

Ada!

Tapi... rasa itu tak kekal lama.

Cuma harapnya kali ini aku tak lupa. Seperti mana aku yang dulu.

p/s: kadang-kadang musibah tu tanda tuhan mahu sedarkan kita. kan?