Dalam hidup kita ni kadang-kadang kita terlalu khayal dengan dunia. Kita terlalu hidup dalam fantasi sampai selalu lupa apa maksud sebenar kita hidup didunia. Kita terlalu 'attach' dengan fantasi sampai kadang realiti menyapa kita jadi tak senang duduk, benci, meluat dan apa-apa lah. Ignorance is bliss bak kata omputeh~

Satu contoh: seorang pesakit menghidap small cell carcinoma cancer yang mempunyai prognosis yang sangat teruk dibanding dengan seorang anak muda yang sihat walafiat. Fantasinya disini adalah kehidupan dan realitinya disini adalah kematian. Realiti kematian sentiasa mengetuk si pesakit sehingga menyebabkan dia murung, tidak bersemangat bahkan ada yang membenci takdir. Walhal si anak muda hidup dalam keadaan yang biasa tanpa sedikitpun kerisauan tentang kematian.

Mati. Satu hal yang tidak ada seorang pun yang tahu bila waktunya, dimana berlaku, dalam keadaan apakah kita akan mati. Berita kematian ini sering sehaja membuat manusia kerisauan. Boleh jadi anak muda itu akan mati lebih awal dari si pesakit. Cuma bezanya apa? Dia tidak diingatkan dengan realiti itu saban hari, dan menjalani kehidupan dengan biasa. Tidak ada sedih, tidak ada kemurungan. Sampai lah saat dia mati. Tiba-tiba!

Manusia kadang benci apabila diingatkan tentang kematian. Realiti yang menyakitkan. Mereka memilih untuk melupakan realiti itu dan mencipta fantasi masing-masing. Walhal realiti sentiasa ada dan takkan pernah lupus. Cumanya bagi mereka-mereka yang 'lupa' ini beranggapan bahawa realiti ini sudah terhapuskan. Ini menjawab kepada persoalan kenapa kadang-kadang susah untuk kita mengingatkan manusia seperti ini. Realiti ini menganggu kehidupan mereka yang tenang, seronok tanpa masalah.

Bagi orang kebanyakan, kadang-kadang dipaksakan keatas kita peringantan tentang kematian, melalui berita contohnya lalu kita pun tersedar dari lamunan. Terbangun sebentar dari mimpi. Baru lah kita kembali insaf dan mempersiapkan diri untuk menghadapi realiti tersebut. Sampai satu masa kita mula lupa akan realiti dan tertidur lalu masuk ke alam mimpi. 'Teguran-teguran' bermusim ini sekali sekala membuat kita insaf.

Tapi sampai bila? Kita tidak akan pernah tahu bila 'teguran' ni akan sampai. Bagaimana kalau kita mati dan saat itu kita tidak berada pada titik terbaik dalam hidup kita?

Sebab itu perlunya kepada kita untuk belajar sedikit demi sedikit untuk menerima realiti. Buangkan kebencian pada peringatan. Cari sahabat-sahabat yang selalu mengingatkan kita tentang tuhan.

Biar kita hidup untuk menghadapi realiti. Bukan terlena dibuai fantasi.

Adios!

p/s: aku pun tak faham sangat apa aku mengarut ni.. ahaha.. ahaha.. ahaha..