" Weh macam mana exam tadi ? " 

" Haha.. senang gila.. keluar past year... buat penat ja wei ang baca banyak.. haha.. "

" Tula.... menyesal aku baca banyak-banyak kalau taw macam ni.. memang aku baca past year ja "

*****

Alhamdulillah baru saja habis rotation paediactics dan insyaAllah esok masuklah last rotation untuk tahun 4 ni ya3ni Surgery. Komen tentang paeds? Seronok jumpak patient tapi waktu bed-side teaching ya ampun... letih banget. Seronok sebab hari-hari dapat jumpak makhluk tuhan paling comel, innesen, pipi bam-bam dll. Tapi yang tak seronoknya pulak bila waktu tgh clerking babiyyat (bayi-bayi) menangis tak hengat doniya~ Apa-apa pun 1 pengalaman yang menarik!

Oh! Baru ja beberapa hari lepas habis exam osce dan jugak mini osce. Dan seperti biasa pelajar klinikal study sehabis mungkin lah dengan material nya yang bergunung tu. Nak buat macam mana, sekarang dah level universiti, dah takdak muqorror2 cikgu bagi macam waktu sekolah menengah dulu. Nak tak nak kena habiskan jugak la material mana yang ada. Penat!

Pun begitu ada sesuatu yang menarik perhatian aku setiap kali habis imtihan. Situasi menyesal terlebih baca. Aku cuba memahami kenapa orang yang terlebih baca ni suka menyesal. Yalah kadang-kadang tu mungkin dia rasa macam tak adil bila ada si fulan usaha banyak , habiskan semua material tapi keluar soalan mudah, banyak past year dan soalan ni dengan mudah dapat dijawab dengan orang yang study last minit(aku lah tu. heh~). Nak-nak kalau markah lebih kurang ja, lebih teruk lagi kalau kurang daripada yang last minit tadi.

Entah lah. Kadang-kadang sistem peperiksaan yang terlalu exam-oriented ni memang buat kita lupa atas sebab apa kita menuntut ilmu. Baca nak ringkas ja, asal cukup untuk exam. Asal cukup! Baca lebih rasa menyesal? Aku takut kalau lah ilmu tu berperasaan macam manusia. Takut-takut ilmu tu merajuk dengan kita. Seolah-olahnya kita ni cari dia untuk lepaskan diri waktu exam ja. Lepas tu buang jauh-jauh. Patutlah lepas exam lupa habis semua. Mungkin sebab ilmu tu dah merajuk dengan kita kot.

Cuba kita muhasabah balik. Pernah tak kita ada perasaan macam tu. Kalau ada, mungkin ada yang tak kena dengan niat kita. Semoga kita semua lebih ikhlas dalam menuntut ilmu.

Ahleyn Surgery!

p/s: dialog diatas adalah rekaan semata-mata
p/s: bittaufiq bagi yang masih exam~
P/s: nah.. gambar sikit...