Cover macho~
Pernah dengar istilah 'cover macho' ? Fenomena ini berlaku sangat luas di atas muka bumi ini dan seakan-akan sifat universal para lelaki. Tak perlu belajar tak perlu diajar. Nampak sahaja perempuan/akhawat /gadis terus sahaja berubah perangainya , cara bercakapnya, posture berdirinya, dan apa-apa lah yang dilakukan. Yang penting nampak lebih macho. Dan berterusan lah keadaan ini sampai si perempuan itu tiada ditempat kejadian. Bayangkan semput tak semput si 'macho' ni kalau dia cover perut boroi dia. Hahaks! Apa-apa pun cover ini tak berlaku didepan perempuan yang mahram, tak cun dan yang dia tak minat. Ahaha~ Dasar hipokrit!
Manusia memang begitu. Nak dinampak baik didepan orang yang dia suka. Walaupun kadang-kadang baiknya itu hanya sekadar lakonan. Yang penting apabila su fulan atau si fulanah tengok, dia nampak baik. Belakang cerita lainlah. Cuma nak cakapnya kat sini kebanyakan kita disini begitu. Nak dinampak baik depan orang yang kita suka. Kan?
Cuma persoalannya kenapa kita tidak berpelakuan yang sama apabila kita tahu kita dilihat Allah yang Maha Melihat? Apakah hati kita tidak cukup cinta atau suka?
Orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah SWT. Al Baqarah : 165
Kita perlu hidup seperti selebriti. Ya selebriti! Tidak apa kalau rasa diri tidak hensem ataupun kachak bergaya mcm abgkun. eh? Kerana apa perlu begitu? Lihatlah saja bagaimana mereka dikhalayak ramai. Bagaimana mereka berinterksi dengan peminat. Ya ampun! Baik yang amat! Percakapan dijaga. Penampilan diambil berat. Pendek kata perfect lah. Kerana itu sumber mereka. Mereka perlu sentiasa berjaga-jaga kerana takut-takut dilihat oleh peminat atau pak-pak wartawan yang sentiasa mengekori mereka. Nah~ rasa diperhati itu membuatkan manusia berhati-hati dalam bertindak.
Selanjutnya terangkan kepadaku tentang Ihsan!' Rasulullah saw. menjawab, 'Hendaknya engkau beribadah kepada Allah seakan-akan melihat-Nya, atau engkau beribadah kepada Allah dengan keyakinan bahwa Dia selalu melihatmu.'
Namun semuanya menjadi masalah apabila kita merasakan bahawa kita tidak diperhati. Bebas berbuat apa saja. Pantang gelap.... *istighfar sambil urut dada. Apa pun perasaan diperhati yang dimaksudkan disini bukan lah dari manusia tapi bahkan dari Allah dan malaikatnya. Kerana pemerhatian ini tidak terbatas dengan masa dan tempat. Sentiasa saja ada menemani hidup kita sampailah kita nanti mati!
Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi bagiNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit. Ali Imran : 5
This entry was posted on 9:44 PM
and is filed under
cereka
,
peringatan
,
tazkirah
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Posted on
-
0 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment