Addict



tulis status di facebook
...
...
...

1 like

heh~ ada jugak org like...
...
...
...

2 jam kemudian...

356 likes

hmmm.... kurang sikit dari semalam... tapi ok lah *hidungkembang


Ingat lagi dulu waktu zaman friendster masing-masing semangat design page sendiri bagi cantik, search gambar lawa-lawa, cari template power, hari-hari tukar layout baru. Berlumba-lumba. Apa yang diimpi? Pujian? Pengiktirafan manusia? Perhatian?


Sedar tidak sedar, sesuatu yang kita harapkan dari makhluk takkan pernah cukup. Manusia takkan pernah rasa puas. Nafsu tu ibarat minum air laut , makin dilanggah makin haus, ibarat mengejar fatamorgana di padang pasir, tidak pernah dekat tapi sentiasa ada didepan mata. Maka jadilah kita manusia-manusia yang berpenat lelah pada perkara sia-sia menyuap nafsu yang  tidak pernah kenyang.

Oh!

Sekarang facebook pulak. Sama saja. Ibaratnya kita cuba menjerit dikhalayak ramai dengan harapan ada yang memberi perhatian kepada kita. Kurang-kurang dicalitnya 'like' dan berlalu pergi. Lebih sikit bercakap dua tiga patah 'comment' . Hebat sikit diulang-share apa yang kita cakapkan kepada orang lain.

Instagram?

Penuh kepura-puraan. Pura-pura senyum konon gembira padahal hati luka. Pura-pura baca konon ulat buku padahal cuma semuka. Pura-pura berfesyen ala artis padahal diri papa kedana. Pura-pura mesra padahal semua lakonan semata-mata.

Lama-kelamaan kita semakin memindahkan kehidupan realiti kita kedalam laman media sosial. Nah akhirnya yang penting apa 'rakan' virtual kita kata , berbanding rakan realiti kita kata. Maka tak hairanlah betapa berlambaknya manusia-manusia hipokrit zaman sekarang ni. Mana taknya, tidak ada yang real dalam alam maya, semuanya boleh dicipta, boleh direka.

Yang dikatakan kawan belum tentu jadi kawan. Boleh jadi cuma kenalan.

Bagi yang sudah friends beribu-ribu

Sudahkah anda kira?

Berapakah dari mereka menyelitkan nama anda dalam doa mereka?

Sedarkah?

Boleh jadi kita keseorangan.



p/s: sedang mencari kawan, untung-untung jumpa sahabat, lagi untung teman hidup.. hahaha~
p/s: jom sama-sama kita keluar dari kepura-puraan, mesti penatkan?

p/s: teruskan doa utk Gaza, Syria dan semua ummat manusia yang tertindas. Oh! doa kepada tuhan, bukan dimedia sosial yah~