"Peluang menambah income, dengan modal hanya sebanyak RM 100 anda berpeluang menjana pendapatan sebanyak RM 2000 sehari bahkan boleh mencecah RM 143 000 sebulan. Tiada risiko rugi, hanya untuk orang yang berani dan bersungguh-sungguh sahaja. Peluang hanya datang sekali. Berminat sila PM. Kami ada caranya."


Mesti entapa semua pernah nampak kan iklan-iklan macam ni. Alah yang ala-ala MLM ni, jenis kena cari kaki ni. Benda ni bukan baru, bak kata tok Det, dah lama dah. Pernah la jugak jadi fenomena waktu zaman sekolah menengah dulu. Ramai la jugak yang terjebak. Kaya? sorang pun tak dak. Yang kaya dia orang-orang atas lah. Yalah, sistem piramid. Lepas tu senyap ja.. Entah tak dengar khabar berita.

Sekarang ni fenomena ni dia mai balik. Letih dah kena invite, pm, terjoin group yang macam-macam. Benda mudah kan. Mesti la ramai yang berminat. Nak-nak zaman kegawatan ekonomi ni. Tapi betulkah semudah tu nak buat duit? Entahlah~ kang nanti ada yang dok sound plak.
*****
" Bro.. aku ada tawaran menega baik punya nak crita kat ang... " sapa Syaket

" Ha awat? " balas Amin acuh tak acuh sambil menghadap surat khabar.

" Ang minat dak? Modai takdak, semua kompeni (baca:company) sponsor... Takdak risiko rugi.. Tobat untung berkandaq2 (baca: untung besar)" kata Syaket sambil tersengih-sengih.

" Huh? Ang biaq betoi... Menega apa takdak risiko ni...  modai pun orang bagi? Ang gila ka apa?" Amin seakan tidak percaya. Hampir saja kopi yang diminumnya tadi tertumpah. Lopong.

" Haha .. jangan terkejut bro.. ni kompeni besaq punya... paling kaya kat atas muka bumi ni... " sengih Syaket berpanjangan.

" Huish.. susah aku nak percaya... ang jangan dok tipu aku...kalau betoi.. cuba ang bagitaw contoh orang yang dah berjaya kompeni ni" duga Amin tidak percaya.

" La.. ang tataw? Ada seorang tu nama Ibrahim , Harun , Muhammad ramai lagi lah! "

" Ok kalau takyah keluar modal aku nak join.. Apa aku kena buat? "

" Alah senang.. beriman, beramal soleh, berjihad ..."

"Huh?"

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." At taubah: 111

Ini memang urusan jual beli yang pelik. Sudah lah harta, nyawa dan jiwa kita sudah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita. Mahu dibelinya pula 'barang' pinjaman ini dengan harga yang mahal. Kalau diikutkan norma manusia, barang pinjaman selalunya akan disewa, untung-untung dikembalikan begitu saja. Rosak sikit? Gantilah! Tapi tidak bagi Allah. Maha Pemurah. Kuncinya hanya beriman dengan Allah dan rasulnya serta beramal soleh, serta berjihad dengan harta dan jiwamu.  

“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." Al Nahl: 97

Inilah perniagaan yang pasti tidak merugikan kerana kita tidak sedikitpun mengeluarkan modal. Semua yang kita dagangkan bukan milik kita bahkan semuanya dari Allah. Tidak tertarikkah kita lagi wahai orang beriman? 

“Wahai orang-orang yang beriman, maukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Yaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." As Sof 10 - 11

p/s: dalam kita ghairah nak buat duit, jangan lupa akhirat, jadikan harta kekayaan itu sebagai modal ke sana. adios!!!