Posted by
Kun Zalameyh
In:
Salesman berjaya!
As Salam
" Bang! boleh saya cakap dengan abang sikit!"
" Kau dah cakap pun dengan aku, tanpa izin pulak tu"
" Err.. erk?? .. heh~" tersengih kambing
" Hah! apa kau nak? "
" Bang dengar dulu saya cakap bang! saya ada barang nak tunjuk kat abang. Tak beli pun tak pa bang! dengar ja dulu"
" Minta maaf saya tak berminat. titik! "
Mesti entapa semua pernah nampak situasi ni bukan? Ataupun entapa sendiri pernah lalui situasi ini. Kalau pun tidak sebagai penjual, kurang-kurang sebagai pembeli ye dok?
Sedar atau tidak pekerjaan ini tidak ada beza nya dengan tugas kita ( yang mengaku da'ie ) dalam pelbagai konteks. Cuma nya kita telah dibekalkan oleh Allah dengan produk yang terbaik yang tidak ada cacat cela mahupun reject kilang atau sebagainya iaitu Islam.
Yang tinggal cumalah kita sebagai 'jurujual' bagaimana untuk kita mempromosi produk terbaik ini supaya semua orang dapat memilikinya. Bagaimana kita memberi tahu kepada orang ramai bahawa produk ini adalah yang paling berkualiti berbanding produk lain yang sejenis dengannya. Laris atau tidak semuanya bergantung kepada si penjual. Ya, kita! Adakah kita layak menerima komisyen yang banyak? semua bergantung kepada usaha kita dan juga budi bicara pengarah syarikat kita iaitu Allah.
Fitnah yang lain
" Bang beli produk saya bang"
" Erm... amende yang ko jual ni"
" Ni bang pil kurus cap 'GEMOK' memang baik bang! "
" Eh ko satu syarikat dengan Meon kan. Eh tak jadi lah nak beli. Dia tu dulu penipu besar barang yang dia jual semua dah basi. Cirit birit aku dibuatnya."
Dalam situasi ini kita dapat lihat bagaimana orang yang sekapal dengan kita telah memberi tanggapan awal yang buruk sehinggakan menyusahkan penjual-penjual yang lain untuk mempromosi produk mereka. Golongan-golongan inilah yang selalu memberi masalah kepada da'ei yang lain yang terkena tempias sikap buruk mereka.
" Eleh. dia tu sekolah agama pun buat jugak. Takkan aku tak boleh kot"
Ini hakikat. Walaupun kadang-kadang kita merasakan tanggapan ini tidak adil tapi pandangan masyarakat mengatakan demikian. Golongan-golongan yang dilabel sebagai pengguna produk yang sudah lama sering dijadikan kayu ukur. Ingin membeli produk apa pun, kita mestilah nak melihat testimoni bukan? Kalau testimoni pengguna pun buruk, adakah anda mahu membelinya?
Ingatlah, Islam itu sudah banyak terfitnah oleh umat Islam itu sendiri. Bersihkanlah karat-karat fitnah itu biar sampai kilauan Islam itu bersinar semula.
Usaha yang gigih
Sebuah syarikat mensasarkan kutipan jualan pada satu-satu tempoh mestilah melebihi 200 unit. Jadi mahu atau tidak mahu jurujual-jurujual ini mestilah berusaha gigih untuk mencapai target tersebut walau apa cara sekali pun kerana itu adalah tuntutan. Kerana boleh jadi mereka akan dipecat sekiranya tuntutan yang diletakkan tidak dapat di penuhi dan ini menyebabkan punca pendapatan mereka terjejas.
Begitulah juga kita sebagai da'ei mestilah menyedari bahawa dakwah itu merupakan satu tuntutan. Usaha yang diletakkan mestilah seolah-olah apabila tuntutan itu gagal, kita akan mengalami satu kerugian yang besar seperti mana seorang jurujual yang dipecat dari kerjanya.
Masa
Cuba anda perhatikan rata-rata jurujual terpaksa menjelaskan kelebihan produk mereka dalam masa yang sangat singkat. Peluang yang ada terpaksa mereka gunakan sebaik mungkin untuk mempromosi barangan mereka kerana waktu yang singkat itulah penentu kelarisan produk mereka.
Cuba kita renung-renungkan kembali. Berapa banyak masa yang kita ada , digunakan untuk mempromosi agama kita sendiri. Kalau anda sudah berumur 21 tahun, berapa banyak waktu dari umur itu digunakan dalam jalan dakwah. Berapa serius kah kita menggunakan masa yang diberi oleh Allah semaksima mungkin untuk mempromosi 'produk' terbaik ini.
Lakukanlah semaksima mungkin kerana kita tidak tahu bilakah limitasi masa yang kita ada kerana boleh jadi hari esok kita akan diseru ke HQ dan ditanya mengenai hasil jualan kita.
Sendirian atau berkumpulan
Sebuah syarikat yang berjaya dan mestilah mempunyai satu organisasi yang tersusun. Menjadi satu kemestian mereka mesti bergerak berkumpulan dan memanfaatkan setiap kepakaran yang ada dalam setiap ahli agar keberkesanan gerak kerja dapat ditingkatkan.
Kerjasama. Itu adalah satu kunci yang sangat penting. Tanpa kerjasama perkara semudah mengangkat tangan pun kita tidak mampu untuk lakukan. Bagaimana bicep brachii bekerjasama dengan tricep dalam satu bentuk kerjasama yang harmoni, begitu juga lah kita sebagai da'ei semestinya bergerak dalam satu organisasi yang tersusun. Seumpama sebuah kereta yang mana keempat-empat tayarnya bekerja sama untuk menampung beban yang ada lantas mewujudkan keseimbangan seterusnya melancarkan pergerakan kereta tersebut , sama jugalah situasinya dengan kita.
Cara yang diguna mungkin berbeza , sesuai dengan kelebihan masing-masing. Tapi biarlah ia bergerak secara sinergi dan menuju matlamat yang sama.
Bukankah Megazord Power Rangers pun bergabung? hahaks : )
Pekerja contoh
Jadi untuk menjadi seorang da'ei yang berjaya tidak boleh tidak kita mestilah mempunyai seorang idola. Maka idola yang terbaik semestinya junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW . Kita sendiri boleh perhatikan bagaimana taktik 'promosi' yang baginda gunakan dari seringkas-ringkas senyuman sampai lah ke medan perang. Semuanya dilakukan supaya risalah dakwah ini dapat disebarkan.
Maka ambillah taktik-taktik yang ada ini dan aplikasikan lah dalam gerak kerja kita. Kerana ia telah terbukti berkesan!
Kesimpulan
Kebanyakkan dakwah pada hari ini telah di eksklusifkan dan berlegar-legar dalam golongan-golongan yang tertentu sahaja. Oleh itu berdakwahlah bukan sahaja kepada mereka yang mahu malah luaskanlah kepada mereka yang perlu.
ps: segan ana dengan enta : D ..keh3x
ps: entapa = ampa + antum
ps: sekadar pandangan biasa.. dari orang yang biasa..
Posted on
-
5 Comments
Posted by
Kun Zalameyh
In:
Excuse me?
Aku tidak mahu terbiasa dengan alasan.
Kerna alasan itu melemahkan
Ku tidak mahu biasa beralasan
Kerana alasan menutup pintu pembaikkan
Dek kerana semua punya alasan kita jadi selesa dengan keadaan diri. Kita mengambil mudah dengan kelemahan kita. Semuanya gara-gara fenomena. 'Oh! tidak apa, aku punya alasan.'
Keputusan peperiksaan rendah?
"tiada masalah, aku ada alasan!"
Jarang solat suboh berjemaah?
"Oh! itu pun ada alasan"
Jarang membaca al Quran?
"Jangan risau, alasan sudah siap tersedia"
**********
Semuanya bermula sewaktu zaman sekolah menengah dahulu. Waktu itu aku sedang mengikuti kelas tambahan subjek Biologi. Secara tiba-tiba guru aku waktu itu, cikgu Anas bertanyakan soalan kepada anak-anak muridnya.
Satu kelas menjadi diam. Ada yang berpura-pura menyalin nota. Ada yang berpura-pura menyelak buku sambil mengerutkan kening . Ada yang memandang satu sama lain. Masing-masing berharap ada yang mampu menjawab soalan cikgu tadi.Tiba-tiba cikgu bersuara:
" Entapa sedar dak yang entapa semua ni banyak beralasan, menyalahkan yang lain? "
Aku kebingungan. Sejak bila aku salahkan orang lain? Aku tak ada tuduh sapa-sapa pun. Melihat wajah kami yang semakin bingung, cikgu meneruskan kata-kata beliau:
" Kamu pura-pura menyalin nota seolah-olah mengatakan kamu sibuk dan tidak sempat berfikir untuk jawapan. Kamu berpura-pura menyelak buku, seolah-olah menyalahkan buku kerana tidak dapat memberikan jawapan kepada kamu. Kamu memandang rakan-rakan kamu, seolah-olah menyalahkan mereka kerana tidak dapat membantu kamu mencari jawapan. Jarang kamu melihat kepada diri sendiri, kenapa tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa dia tidak tahu? Kamu cuba menutup kelemahan kamu dengan alasan!"
Aku terkesima. Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan oleh cikgu. Mungkin aku kerap beralasan.
**********
" Weh result OC ang cena?" tanya Amin kepada sahabat karibnya
"Boleh la... aku dapat 28/30" balas Arif bersahaja.. "Ang berapa?"
"Ada la sikit ja... hummph! ang takpa la dapat lecuturer best.. lecturer aku? hampeh~ satu apa pun tak paham.. dah la cakap slow.. ngantuk aku dalam kelas dia" jawab Amin, nyata dia hampa dengan keputusan sendiri.
"Eh yaka.. alah lecturer aku pun lebih kurang ja rasanya..." tingkah Arif
"Alah lecturer tu memang senior cakap tak best pun..." jawab Amin tidak mahu mengalah
Begitulah betapa bijaknya kita beralasan. Siapa tahu lecturer si Arif tadi boleh jadi lebih bosan dan terlebih tidak best berbanding lecturer si Amin. Siapa tahu si Arif tadi berusaha menjadi mustame3 di kelas-kelas lain
dan berusaha bersungguh-sungguh siang dan malam menelaah pelajaran.
Walhal si Amin awal-awal lagi sudah bersiap sedia untuk menyalahkan lecturernya.
Keluar kelas tidak faham? biasa, sebab senior cakap lecturer tak best
Tertidur dalam kelas? biasa, sebab senior cakap lecturer ni suara slow
Yang difikirkan nya, nasib nya tidak baik ditakdirkan mendapat lecturer yang tidak best lantas menyandarkan kegagalannya kepada lecturer tersebut tanpa ada usaha-usaha untuk memperbaikki keadaan. Alasan!
**********
Kenapa beralasan?
Rata-rata manusia beralasan untuk menutup kelemahan diri .Semua punya ego untuk dipertahankan. Mereka tidak salah, keadaan yang membuat mereka jadi begitu. Habis orang di sekeliling disalahkannya yang tinggal cuma dirinya. Cuma dia yang betul. Dia tidak salah!
Namun ada juga yang beralasan kerana tidak mahu melakukan perubahan. Tidak mahu keluar dari comfort zone. Sudah selesa dengan keadaan yang ada menyebabkan manusia tidak mahu 'bersusah-susah' mencari 'pasal' . Bukankah semuanya sudah cukup? Inilah yang saya katakan tadi menutup pintu penambahbaikkan. Berasa cukup dengan apa yang ada.
Saya tertarik dengan kata-kata seorang senior apabila beliau mengatakan bahawa beliau tidak mengharapkan untuk kami berubah 100% dalam masa yang singkat dari menjadi orang yang tidak pandai berpidato menjadi seorang yang petah berbicara, dari seorang jarang solat berjemaah di masjid kepada seorang yang konsisten 5 waktunya di masjid , tapi beliau mahu kita mencabar diri untuk melakukan perubahan, keluar dari zon selesa yang serba cukup kepada zon yang lebih mencabar.
Alasan murni
Mungkin ada benarnya sesetengah keadaan kita memang tidak dapat lari dari alasan-alasan tertentu malah alasan itu kita rasakan alasan yang murni dan tidak ada apa yang tidak kena dengan alasan tersebut. Contohnya terpaksa tidur lewat untuk menelaah pelajaran menyebabkan kita tidak dapat melakukan tahajud.
"Nak buat macam mana... aku study... bukan benda tak elok pun..."
Tetapi kita tidak boleh menyerah kalah. Kita tidak boleh menyandarkan kegagalan kita untuk bangun malam itu terhadap waktu study. Kita tidak boleh selama-lama nya menyalahkan waktu study tanpa ada usaha untuk mecari jalan penyelesaian. Kita mesti berusaha menidakkan alasan itu, sebagai contoh kita boleh memilih untuk tidur awal dan menyambung sesi menelaah pelajaran usai solat tahajud. Dengan ini alasan murni tadi dapat diatasi malah kita dapat melakukan sesuatu yang baik pada masa yang sama.
Kesimpulan
Oleh itu, berusaha lah untuk mencantas setiap alasan yang tumbuh kerna akhirnya usaha itu lah yang akan membela kita pada hari yang mana tidak ada lagi alasan dapat diberikan.
Masih mahu lagi beralasan?
p/s: entry ini KHAS untuk menempelak diri AKU sendiri... bagi yang terasa harap maaf
Posted on
-
4 Comments
Posted by
Kun Zalameyh
In:
Coklat itu sedap~
Nyunyu merupakan seorang penggemar coklat... tak kiralah apa pun jenis coklat pasti Nyunyu akan tahu dan pernah merasainya.. peminat tegar lah kata kan.. setiap hari Nyunyu akan pergi ke kedai coklat kegemarannya Kedai Coklat 'Manis Lah Sangat' untuk membeli coklat kegemarannya iaitu MMM (masam masam manis).. setiap hari Nyunyu akan memperuntukkan lebih kurang RM10 untuk membeli coklat... access Nyunyu kepada coklat sangat mudah kerana dia tinggal di kawasan perindustrian coklat dan taman perumahannya terletak berdekatan dengan kilang coklat Williy Wonka ... tambah menarik lagi kebanyakkan penduduk di situ merupakan pembuat coklat professional termasuk ayah Nyunyu sendiri..
Nak dijadian cerita.. Nyunyu mempunyai satu tabiat yang kurang elok ya3ni dia suka kencing di tembok sekolah setiap kali waktu habis persekolahan... hari makin hari berlalu... setiap kali nyunyu melaksanakan 'hobi' nya pasti akan ada semut yang menghurung (betoi ka ni..? hahaks)... sampaikan ke satu tahap di kawasan berdekatan tempat 'toilet' nyunyu ada satu sarang semut yang sangat besar...
Nyunyu berasa hairan atas perubahan landskap yang berlaku... pada mulanya dia mengingatkan ini antara
Nyunyu menceritakan perkara ini kepada adik bongsu nya yang berumur 4 tahun ... Nyat nama nya...
" abg tena tencing manis lettueww" kata Nyat..
" ang taw mana! buat pandai boleh.." balas nyunyu sambil menyekeh kepala adik nya.. *dush!3x*
" adoi!! tatit lar!!... adik taw leuww... kan temut matan dula... ni metty ayer tenting abg ada banyak dula.."
" ah tipu argh!! tapi kan... kencing manis tu apa?? " (bengong budak ni) tanya nyunyu dengan membuat muka straight face..
" tenting manis tue omputeh takap Diabetes Mellitus .. dia ata 2 denis.. type 1 due to lack of insulin secretion atau type 2 reduced sensitiveness of insulin's target cell to its presence" jelas Nyat tanpa wa8af dan 6oma2ninah...
" ang taw mana semua menda ni.." tanya nyunyu dalam kehairanan...
" tu butu Sherwood along nyat baca bila bosan..." jawab nyat selamba...
dipendekkan cerita.. nyunyu telah disahkan menghidap penyakit kencing manis.. dia telah dipaksa oleh ibu nya untuk tidak lagi membeli coklat.. setiap kali melintas kedai coklat, nyunyu hanya dapat memandang dengan pandangan yang sayu... malah sarang semut di tembok sekolah nya juga telah tiada.. kehilangan sarang semut itu masih menjadi misteri sehingga kini..
sekian
As Salam
Solat suboh berjemaah sebagaimana yang kita ketahui sangat dituntut dalam Islam. Ini bukan bermakna solat berjamaah pada waktu fardhu yang lain tidak dituntut, bahkan secara umumnya solat berjamaah itu sendiri sangat-sangat dituntut malah diberi ganjaran 27 kali ganda pahala solat secara berseorangan.
Tapi apa istimewanya solat suboh berjemaah ni?
Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
kita sedia maklum bahawa waktu suboh merupakan waktu yang sangat enak untuk tidur.. malah dikatakan waktu suboh merupakan waktu kemuncak kesedapan dalam tempoh waktu tidur... sebab itulah apabila dikatakan seseorang itu mahu berubah.. menjadi seorang berdisiplin.. seorang yang berdedikasi.. tidak boleh tidak mestilah dimulakan dengan solat suboh berjemaah.. kenapa saya katakan demikian? ini kerana dalam suboh berjemaah ada satu nilai yang sangat penting iaitu pengawalan diri..
Bagaimana kita boleh mengawal diri? salah satunya ialah dengan menumpaskan hawa nafsu.. nafsu ini dikaitkan dengan satu bahagian di otak dipanggil Hypothalamus dan juga Limbic System melalui Reward Center yang mana tabiat yang menyenangkan akan di ulang-ulang setiap hari dan memberi rasa kepuasan kepada manusia... seperti mana Nyunyu tadi.. Reward Center mengatakan makan coklat itu sesuatu yang menyenangkan dan memberi kepuasan.. dia telah didorong oleh Reward Center itu tadi sekiranya ingin gembira maka coklat adalah penyelesaiannya.. begitu lah kita.. sebenar nya kita mampu hidup dengan tidur hanya 3-4 jam sehari.. tapi kita memilih untuk tidur lebih pada itu.. kerana apa?? kerana nafsu mengatakan ia seronok.
Oleh itu apabila seseorang itu berjaya untuk bangun solat suboh berjemaah secara konsisten maka saya katakan dia sudah selangkah untuk mencapai tahap pengawalan diri... Reward Center itu tadi boleh di supress dengan arahan dari Higher Center otak kita... iaitu lah mujahadah dan keazaman yang tinggi dibantu dengan keadaan fisiologi badan yang mengizinkan...
"Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh. Kalaulah mereka tahu pahala keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Inginlah aku rasanya menyuruh seseorang menggantikan ku mengimami solat, sesudah itu aku pergi dengan beberapa orang membawa ikatan-ikatan kayu bakar ke rumah-rumah orang yang tidak datang solat berjemaah, lalu dibakar rumah-rumah mereka." (Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0610)
Menjadi permasalahan kepada kita ialah apabila kita tidak dapat melihat kesan atau ganjaran kepada sesuatu amalan yang kita lakukan.. sebagai contoh.. Nyunyu sebelum mengetahui dia dihidap kencing manis, dia kerap memakan coklat.. semuanya berubah apabila dia mengetahui kehadiran penyakit tersebut... keadaan badannya masih sama.. cukup semua anggota.. pada hemat manusia biasa, dia tidak ada masalah untuk makan apa sahaja yang dia suka... tapi apabila dia mengetahui kesan yang bakal dilaluinya sekiranya tabiat nya (makan coklat) diteruskan maka dia menghentikan tabiat tersebut.. kerana apa? kerana kesan buruk nya jelas dan dia meyakini dengan kesan yang bakal dilaluinya...
Begitu juga kita... ganjaran dan akibat daripada amalan kita banyak merupakan perkara-perkara sam3iyat yang mana tidak dapat kita lihat dan merasainya serta merta di dunia... oleh itu keyakinan atau dalam erti kata lain iman perlu dipasakkan di dalam hati agar kita yakin dengan apa yang dijanjikan oleh Allah..
bertitik tolak dari solat suboh berjemaah.. kita boleh melatih diri kita dengan disiplin-disiplin yang lain contoh nya dalam pengawalan pemakanan , emosi , ketepatan waktu dan sebagainya... dengan menggunakan kaedah yang sama mujahadah dan keazaman yang kuat.. jangan biarkan nafsu itu mengawal kita hanya dengan mengatakan " oh! ini seronok... kau mesti buat " ... tetapi kita sendiri mesti mengatakan " tidak ! memang ia seronok.. tapi ia merugikan aku!"
belajarlah mengatakan "Tidak!" pada kecenderungan hati yang terselindung di sebaliknya kerugian ...
dan belajarlah mengatak "Ya!" kepada keengganan hati yang ternyata pada nya keuntungan.
p/s: haha.. aku dah mula kempen solat suboh.. jom kawan2!!
p/s: lepas abeh tulis ni... qasa takut plak... satg aku plak yg x p suboh.. adoi~
p/s: kepada ahli-ahli Kelab Lelaki Suboh.. kita mulakan balik tabiat kita dulu2 noh...
Posted on
-
1 Comments
Posted by
Kun Zalameyh
In:
Akibat tidur lewat~
|
As Salam
Nak masuk summer macam ni memang banyak sikit dugaannya..
Asal kau tahu ya.. malam tadi aku tidur pukul 12 lebih.. ya!! 12 lebih..
awal lagi?? ..
h0h0h0... tidak bagi waktu summer macam ni... kau cuma ada masa dalam 3 jam 50 minit untuk tidur dengan nyenyak... tambah tolak SWS dengan REM sleep aku rasa aku cuma tidur dalam 2 jam saja... hahaha... lebih kurang jam 3:50 pagi laptop aku azan... hahaha...
aku main acah-acah dengan encik Setan... dia kata tidur la lagi 10 minit... aku pura-pura tidur 5 minit pastu aku bangun!.... hahahaha!! mesti kau panas kan dengan aku wahai setan!! hahaha...
"p la balik toilet tu... tak dengar azan ker..." aku memprovoke encik Setan..
encik Setan mencebikkan muka nya... sambil berlalu pergi...
dalam keadaan mamai aku pun bangun.. gigi pun tak gosok lagi...
heh~...
aku terus sarung jubah dan melangkah dalam keadaan terhoyong hayang ke masjid... h0h0.. senang ada jubah ni... main sarung ja... pakai apa kat dalam? ikut suka aku la! hahahaha...
0h? buat pengetahuan membe-membe kat Malaysia... masjid sini waktu menunggu dia 30 minit waktu suboh.. h0h0.. jadi kalau dah azan tu... kau nak masak2 dulu ka joging ka anyam tikar ka insya Allah sempat lagi...
sembahyang kat masjid jamiah pagi2 ni kena sabar sikit... kadang2 syeikh Ma'mun balun 1,2 muka surat satu rakaat... boleh lucut lutut w0o... di tambah dengan kehadiran roh yang masih belum sempurna dalam badan... bergoyang juga la badan ni menahan... naseb baik la syeikh baca sedap + berqiraat ... mau tak mau aku tahan jugak la...
habis ja solat + doa sikit2... aku dengan pantas nya balik ke rumah... waktu tu tak nampak apa dah kecuali katil... haha.. katil ajaib... masuk ja rumah aku terus meluru ke bilik... bilik yang gelap yang tidak ada sumber cahaya walau sedikit tidak kira siang dan malam.. h0h0... ada juga orang panggil gua... lantak lah!
aku dalam keadaan mata yang terpejam mengeluarkan segala isi dalam poket aku dan melemparkannya ke atas rak ...
tidak beberapa lama kemudian... entah macam mana aku terjaga... waktu tu encik Setan tengah ketawakan aku... ya dia ketawakan aku... eh?? kenapa dia ketawakan aku?? tadi aku menang dengan dia... aku mengambil henset aku di sebelah ... ku lihat pada skrin henset... aku tenyeh2 mata aku...
8:55 am
aku cuba untuk tidur balik... ketawa encik Setan tak surut2 lagi ... apa kes... ni mesti dia menang kat mana2 ni... aku fikir balik... fikir lagi... fikir lagi... fikir lagi sampai naik urat di dahi aku...
OMG!!!
kelas aku!!! adoiyai~~~ rupanya aku ada kelas pagi ni... ades~~
" hahaha... padan muka... wek2x!!!" provoke encik Setan sambil menjelirkan lidah..
"sudah la kau! pegi main jauh2!!"
lari encik Setan terkedek-kedek sambil ketawakan aku...
nak lari buat apa... tandas bukan jauh pun...
takpa! next class pukul 2 ... yang ni aku mesti kena p!
tidur pun dah tak lalu... aku tengok bilik aku bersepah...patut la encik Setan senang ja dapat free access masuk bilik aku...
tak boleh jadi ni! aku kena kemas! nanti dia masuk lagi...
setelah berhempas pulas selama 2,3 jam... aku pun kemaskan diri sendiri pulak... takkan nak ke kelas pakai jubah plak kot... heheh~
tiba2 kening aku berkerut lagi... urat2 kat muka aku timbul balik... tercari2 mana lah kunci rumah aku ni... pagi tadi ada ja... adoih!
kalau tak silap, aku lempar atas rak tadi... aku selak buku2 kat atas rak.. aku goncang2 rak tadi... woih! mana kunci aku!!!....
ni kalau tak kerja encik Setan, mesti dale3 punya toyol ni main2 dengan aku!!
aku pusing2 dalam rumah macam orang gila... seleruh pelusuk rumah aku cari... sambil2 memikirkan kemana lah arah lemparan aku pagi tadi..
haish!! lain kali kena tidur awal.. tak la mamai pagi2 letak barang merata...
tidur awai bangun pun awai... kan senang... dush3x!!
ok... sekarang aku terkurung... ya.. sekarang! waktu aku tengah menulis ni...
selamatkan aku!!!
p/s: aku bukan selalu p suboh pun... hahahaha
p/s: dialog dengan encik Setan tu imaginasi saja nah... haha.. kalau boleh cakap betul.. boleh pengsan aku tengok dia.. hahaha
p/s: ni mesti kawan2 aku buat spekulasi macam2 ni... huh!
p/s: ni mesti kawan2 aku buat spekulasi macam2 ni... huh!
p/s: masih terkunci.... sob3x...
Posted on
-
1 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)