Posted by
Kun Zalameyh
In:
Salesman berjaya!
As Salam
" Bang! boleh saya cakap dengan abang sikit!"
" Kau dah cakap pun dengan aku, tanpa izin pulak tu"
" Err.. erk?? .. heh~" tersengih kambing
" Hah! apa kau nak? "
" Bang dengar dulu saya cakap bang! saya ada barang nak tunjuk kat abang. Tak beli pun tak pa bang! dengar ja dulu"
" Minta maaf saya tak berminat. titik! "
Mesti entapa semua pernah nampak situasi ni bukan? Ataupun entapa sendiri pernah lalui situasi ini. Kalau pun tidak sebagai penjual, kurang-kurang sebagai pembeli ye dok?
Sedar atau tidak pekerjaan ini tidak ada beza nya dengan tugas kita ( yang mengaku da'ie ) dalam pelbagai konteks. Cuma nya kita telah dibekalkan oleh Allah dengan produk yang terbaik yang tidak ada cacat cela mahupun reject kilang atau sebagainya iaitu Islam.
Yang tinggal cumalah kita sebagai 'jurujual' bagaimana untuk kita mempromosi produk terbaik ini supaya semua orang dapat memilikinya. Bagaimana kita memberi tahu kepada orang ramai bahawa produk ini adalah yang paling berkualiti berbanding produk lain yang sejenis dengannya. Laris atau tidak semuanya bergantung kepada si penjual. Ya, kita! Adakah kita layak menerima komisyen yang banyak? semua bergantung kepada usaha kita dan juga budi bicara pengarah syarikat kita iaitu Allah.
Fitnah yang lain
" Bang beli produk saya bang"
" Erm... amende yang ko jual ni"
" Ni bang pil kurus cap 'GEMOK' memang baik bang! "
" Eh ko satu syarikat dengan Meon kan. Eh tak jadi lah nak beli. Dia tu dulu penipu besar barang yang dia jual semua dah basi. Cirit birit aku dibuatnya."
Dalam situasi ini kita dapat lihat bagaimana orang yang sekapal dengan kita telah memberi tanggapan awal yang buruk sehinggakan menyusahkan penjual-penjual yang lain untuk mempromosi produk mereka. Golongan-golongan inilah yang selalu memberi masalah kepada da'ei yang lain yang terkena tempias sikap buruk mereka.
" Eleh. dia tu sekolah agama pun buat jugak. Takkan aku tak boleh kot"
Ini hakikat. Walaupun kadang-kadang kita merasakan tanggapan ini tidak adil tapi pandangan masyarakat mengatakan demikian. Golongan-golongan yang dilabel sebagai pengguna produk yang sudah lama sering dijadikan kayu ukur. Ingin membeli produk apa pun, kita mestilah nak melihat testimoni bukan? Kalau testimoni pengguna pun buruk, adakah anda mahu membelinya?
Ingatlah, Islam itu sudah banyak terfitnah oleh umat Islam itu sendiri. Bersihkanlah karat-karat fitnah itu biar sampai kilauan Islam itu bersinar semula.
Usaha yang gigih
Sebuah syarikat mensasarkan kutipan jualan pada satu-satu tempoh mestilah melebihi 200 unit. Jadi mahu atau tidak mahu jurujual-jurujual ini mestilah berusaha gigih untuk mencapai target tersebut walau apa cara sekali pun kerana itu adalah tuntutan. Kerana boleh jadi mereka akan dipecat sekiranya tuntutan yang diletakkan tidak dapat di penuhi dan ini menyebabkan punca pendapatan mereka terjejas.
Begitulah juga kita sebagai da'ei mestilah menyedari bahawa dakwah itu merupakan satu tuntutan. Usaha yang diletakkan mestilah seolah-olah apabila tuntutan itu gagal, kita akan mengalami satu kerugian yang besar seperti mana seorang jurujual yang dipecat dari kerjanya.
Masa
Cuba anda perhatikan rata-rata jurujual terpaksa menjelaskan kelebihan produk mereka dalam masa yang sangat singkat. Peluang yang ada terpaksa mereka gunakan sebaik mungkin untuk mempromosi barangan mereka kerana waktu yang singkat itulah penentu kelarisan produk mereka.
Cuba kita renung-renungkan kembali. Berapa banyak masa yang kita ada , digunakan untuk mempromosi agama kita sendiri. Kalau anda sudah berumur 21 tahun, berapa banyak waktu dari umur itu digunakan dalam jalan dakwah. Berapa serius kah kita menggunakan masa yang diberi oleh Allah semaksima mungkin untuk mempromosi 'produk' terbaik ini.
Lakukanlah semaksima mungkin kerana kita tidak tahu bilakah limitasi masa yang kita ada kerana boleh jadi hari esok kita akan diseru ke HQ dan ditanya mengenai hasil jualan kita.
Sendirian atau berkumpulan
Sebuah syarikat yang berjaya dan mestilah mempunyai satu organisasi yang tersusun. Menjadi satu kemestian mereka mesti bergerak berkumpulan dan memanfaatkan setiap kepakaran yang ada dalam setiap ahli agar keberkesanan gerak kerja dapat ditingkatkan.
Kerjasama. Itu adalah satu kunci yang sangat penting. Tanpa kerjasama perkara semudah mengangkat tangan pun kita tidak mampu untuk lakukan. Bagaimana bicep brachii bekerjasama dengan tricep dalam satu bentuk kerjasama yang harmoni, begitu juga lah kita sebagai da'ei semestinya bergerak dalam satu organisasi yang tersusun. Seumpama sebuah kereta yang mana keempat-empat tayarnya bekerja sama untuk menampung beban yang ada lantas mewujudkan keseimbangan seterusnya melancarkan pergerakan kereta tersebut , sama jugalah situasinya dengan kita.
Cara yang diguna mungkin berbeza , sesuai dengan kelebihan masing-masing. Tapi biarlah ia bergerak secara sinergi dan menuju matlamat yang sama.
Bukankah Megazord Power Rangers pun bergabung? hahaks : )
Pekerja contoh
Jadi untuk menjadi seorang da'ei yang berjaya tidak boleh tidak kita mestilah mempunyai seorang idola. Maka idola yang terbaik semestinya junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW . Kita sendiri boleh perhatikan bagaimana taktik 'promosi' yang baginda gunakan dari seringkas-ringkas senyuman sampai lah ke medan perang. Semuanya dilakukan supaya risalah dakwah ini dapat disebarkan.
Maka ambillah taktik-taktik yang ada ini dan aplikasikan lah dalam gerak kerja kita. Kerana ia telah terbukti berkesan!
Kesimpulan
Kebanyakkan dakwah pada hari ini telah di eksklusifkan dan berlegar-legar dalam golongan-golongan yang tertentu sahaja. Oleh itu berdakwahlah bukan sahaja kepada mereka yang mahu malah luaskanlah kepada mereka yang perlu.
ps: segan ana dengan enta : D ..keh3x
ps: entapa = ampa + antum
ps: sekadar pandangan biasa.. dari orang yang biasa..
This entry was posted on 4:05 PM
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Posted on
-
5 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
allah..hebat dah la ni~~ mabruk3
Malu aku ngan ang! tulisan motivasi utk org yg slalu lalai mcm aku
zaki: masya Allah murabbi ana.. segan ana dgn enta..
pisang: haha! x penah2 puji aku..
cayalah kun~
masyaAllah.. peringatan untuk diri ini... syukran
Post a Comment