Posted by
Kun Zalameyh
In:
Excuse me?
Aku tidak mahu terbiasa dengan alasan.
Kerna alasan itu melemahkan
Ku tidak mahu biasa beralasan
Kerana alasan menutup pintu pembaikkan
Dek kerana semua punya alasan kita jadi selesa dengan keadaan diri. Kita mengambil mudah dengan kelemahan kita. Semuanya gara-gara fenomena. 'Oh! tidak apa, aku punya alasan.'
Keputusan peperiksaan rendah?
"tiada masalah, aku ada alasan!"
Jarang solat suboh berjemaah?
"Oh! itu pun ada alasan"
Jarang membaca al Quran?
"Jangan risau, alasan sudah siap tersedia"
**********
Semuanya bermula sewaktu zaman sekolah menengah dahulu. Waktu itu aku sedang mengikuti kelas tambahan subjek Biologi. Secara tiba-tiba guru aku waktu itu, cikgu Anas bertanyakan soalan kepada anak-anak muridnya.
Satu kelas menjadi diam. Ada yang berpura-pura menyalin nota. Ada yang berpura-pura menyelak buku sambil mengerutkan kening . Ada yang memandang satu sama lain. Masing-masing berharap ada yang mampu menjawab soalan cikgu tadi.Tiba-tiba cikgu bersuara:
" Entapa sedar dak yang entapa semua ni banyak beralasan, menyalahkan yang lain? "
Aku kebingungan. Sejak bila aku salahkan orang lain? Aku tak ada tuduh sapa-sapa pun. Melihat wajah kami yang semakin bingung, cikgu meneruskan kata-kata beliau:
" Kamu pura-pura menyalin nota seolah-olah mengatakan kamu sibuk dan tidak sempat berfikir untuk jawapan. Kamu berpura-pura menyelak buku, seolah-olah menyalahkan buku kerana tidak dapat memberikan jawapan kepada kamu. Kamu memandang rakan-rakan kamu, seolah-olah menyalahkan mereka kerana tidak dapat membantu kamu mencari jawapan. Jarang kamu melihat kepada diri sendiri, kenapa tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa dia tidak tahu? Kamu cuba menutup kelemahan kamu dengan alasan!"
Aku terkesima. Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan oleh cikgu. Mungkin aku kerap beralasan.
**********
" Weh result OC ang cena?" tanya Amin kepada sahabat karibnya
"Boleh la... aku dapat 28/30" balas Arif bersahaja.. "Ang berapa?"
"Ada la sikit ja... hummph! ang takpa la dapat lecuturer best.. lecturer aku? hampeh~ satu apa pun tak paham.. dah la cakap slow.. ngantuk aku dalam kelas dia" jawab Amin, nyata dia hampa dengan keputusan sendiri.
"Eh yaka.. alah lecturer aku pun lebih kurang ja rasanya..." tingkah Arif
"Alah lecturer tu memang senior cakap tak best pun..." jawab Amin tidak mahu mengalah
Begitulah betapa bijaknya kita beralasan. Siapa tahu lecturer si Arif tadi boleh jadi lebih bosan dan terlebih tidak best berbanding lecturer si Amin. Siapa tahu si Arif tadi berusaha menjadi mustame3 di kelas-kelas lain
dan berusaha bersungguh-sungguh siang dan malam menelaah pelajaran.
Walhal si Amin awal-awal lagi sudah bersiap sedia untuk menyalahkan lecturernya.
Keluar kelas tidak faham? biasa, sebab senior cakap lecturer tak best
Tertidur dalam kelas? biasa, sebab senior cakap lecturer ni suara slow
Yang difikirkan nya, nasib nya tidak baik ditakdirkan mendapat lecturer yang tidak best lantas menyandarkan kegagalannya kepada lecturer tersebut tanpa ada usaha-usaha untuk memperbaikki keadaan. Alasan!
**********
Kenapa beralasan?
Rata-rata manusia beralasan untuk menutup kelemahan diri .Semua punya ego untuk dipertahankan. Mereka tidak salah, keadaan yang membuat mereka jadi begitu. Habis orang di sekeliling disalahkannya yang tinggal cuma dirinya. Cuma dia yang betul. Dia tidak salah!
Namun ada juga yang beralasan kerana tidak mahu melakukan perubahan. Tidak mahu keluar dari comfort zone. Sudah selesa dengan keadaan yang ada menyebabkan manusia tidak mahu 'bersusah-susah' mencari 'pasal' . Bukankah semuanya sudah cukup? Inilah yang saya katakan tadi menutup pintu penambahbaikkan. Berasa cukup dengan apa yang ada.
Saya tertarik dengan kata-kata seorang senior apabila beliau mengatakan bahawa beliau tidak mengharapkan untuk kami berubah 100% dalam masa yang singkat dari menjadi orang yang tidak pandai berpidato menjadi seorang yang petah berbicara, dari seorang jarang solat berjemaah di masjid kepada seorang yang konsisten 5 waktunya di masjid , tapi beliau mahu kita mencabar diri untuk melakukan perubahan, keluar dari zon selesa yang serba cukup kepada zon yang lebih mencabar.
Alasan murni
Mungkin ada benarnya sesetengah keadaan kita memang tidak dapat lari dari alasan-alasan tertentu malah alasan itu kita rasakan alasan yang murni dan tidak ada apa yang tidak kena dengan alasan tersebut. Contohnya terpaksa tidur lewat untuk menelaah pelajaran menyebabkan kita tidak dapat melakukan tahajud.
"Nak buat macam mana... aku study... bukan benda tak elok pun..."
Tetapi kita tidak boleh menyerah kalah. Kita tidak boleh menyandarkan kegagalan kita untuk bangun malam itu terhadap waktu study. Kita tidak boleh selama-lama nya menyalahkan waktu study tanpa ada usaha untuk mecari jalan penyelesaian. Kita mesti berusaha menidakkan alasan itu, sebagai contoh kita boleh memilih untuk tidur awal dan menyambung sesi menelaah pelajaran usai solat tahajud. Dengan ini alasan murni tadi dapat diatasi malah kita dapat melakukan sesuatu yang baik pada masa yang sama.
Kesimpulan
Oleh itu, berusaha lah untuk mencantas setiap alasan yang tumbuh kerna akhirnya usaha itu lah yang akan membela kita pada hari yang mana tidak ada lagi alasan dapat diberikan.
Masih mahu lagi beralasan?
p/s: entry ini KHAS untuk menempelak diri AKU sendiri... bagi yang terasa harap maaf
This entry was posted on 12:45 AM
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Posted on
-
4 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Mana taknya, kita dididik supaya memberikan alasan.
Eg:
Soalan Science ICPS:
Give reason for your observation.
Berikan alasan kepada pemerhatian kamu.
Jazakallahu khair.
Jangan sombong2 sangat syeikh, terchampak ana. Hehe
haha.. mana ada sombong... wahai encik anonimus..
orang kata hendak 1000 daya, taknak seribu dalih. Manusia ni sebenarnya hebat, kalau tak takkan dia sanggup jadi khalifah waktu allah kasi pilihan dulu =)
yang penting, mahu~
segan plak bila ada akak senior melawat blog usang ni... semoga bermanfaat~ :)
Post a Comment