Science Hall 2 ?

" Kenapa ramai sangat tak siap kerja sekolah ni!! "

marah cikgu dengan nada yang agak keras. Kami menikus. Sepi. Yang kedengaran hanya lah bunyi tukang kebun memotong rumput memandangkan kelas kami bersebelahan dengan padang bola.

"Cikgu nak kamu semua berdiri atas kerusi. Jangan turun selagi cikgu untuk kelas seterusnya tak sampai. Faham!!"

" Faham cikgu~~ " jerkahan cikgu dibalas hambar serentak itu cikgu berlalu meninggalkan kelas.

" Ini semua salah ang la Acap, yang ang ingatkan cikgu pasal kerja sekolah buat apa."

satu tuduhan meliar. Aku juga tumpang tidak puas hati. Yang sudah langsai kerja pun turut dihukum.

" Weh, cikgu dah tak dak tu... jom r turun..."

" Tak boleh... kan cikgu cakap tadi.. tunggu cikgu lepas ni sampai.."

" Alaaa dia bukan nampak pun..."

" Tak boleh... tak BERKAT nanti..."

Teringat pulak aku kisah ni. Tingkatan 1 dulu. Pertama kali aku dengar perkataan berkat. Bangunan ni berkat tempat ulama'-ulama' dulu belajar. Buat cikgu marah nanti tak berkat. Duduk atas kerusi guru pun tak boleh nanti tak berkat!

Waktu tu semua zaman hingusan lagi. Cukup diugut dengan berkat dah boleh buat kami akur. Entah kenapa perkataan itu sangat taboo dan semua orang pada waktu tu takut untuk kehilangan berkat. Lama kelamaan dah makin dewasa entah soal berkat ni dah rasa macam lali. Come on it takes a lot more than that to scare us adults.

Aku tulis ni pun sebab belakangan ni heboh soal kehadiran ke kuliah.Telah tersebar wabak aku-malas-p-kelas. Sistem kehadiran yang baru membuatkan ramai pelajar ambil kesempatan. Oh itu termasuk aku Banyak alasan yang timbul dan pada penilaian aku agak masuk akal.

Buat apa p kelas kalau asyik tidur ja.. baik rehat kat rumah boleh baca lecture note.
P kelas pun aku tak faham, baik masa tu aku guna study.
P kelas habis duit tambang, dok rumah pun boleh jimat.
Aku tengok orang yang p kelas tak score tegha mana pun sama ja ngn tak p kelas.

Terlepas cikgu cakap? Ada rakaman. Ada lecture note. Ada banyak masa. Jimat duit. Semua alasan yang ideal. Yang tinggal nya cuma satu.

Berkat

Susah sebenarnya berhujah menggunakan berkat ni sebab dia perkara yang tak nampak dan perkara yang tak dapat kita rasa. Berkat bermaksud restu dari Allah untuk kebaikkan yang berkembang. Ar-Raghib Al-Isfahani mengatakan keberkatan itu ialah tetapnya kebaikkan ilahi dalam sesuatu. Dan satu-satunya pemberi berkat ini hanyalah Allah al Mubaarik. Sebab tu ingin diperbetulkan semula bagi mereka-mereka yang pergi ke kelas untuk mencari keberkatan, berkat itu bukan diberi dari guru, tapi dilihat pada keikhlasan kita dan pada akhlak kita dengan guru. Dan itu hanyalah sebagai wasilah untuk kita mendapat keberkatan dari Allah. Ilmu yang dikutip dengan berkat bukan sekadar tahu tapi membuahkan amal dan rasa taqwa kepada Allah.

Teringat kisah yang diceritakan oleh ustaz Radhi waktu PINTAZ dulu bagaimana cerita Syeikh abdul khalil anak murid kepada Syeikh abdul majid seorang yang murid yang sangat menghormati gurunya. Pada suatu hari si murid ini melihat gurunya kelihatan agak sugul. Lalu murid yang prihatin ni pun pergi bertanya pada gurunya hal apakah yang membuatkan gurunya bermuram hati. Maka gurunya memberitahu bahawa cincin yang baru dibeli untuk isterinya terjatuh dalam lubang tahi. Maka murid ini melihatkan kesedihan gurunya bertanya tandas yang mana tempat kejadian itu berlaku. Keesokkan harinya si murid ini mendatangi gurunya dalam keadaan badan berlumuran tahi ditambah dengan bau yang semerbak dan tajam mencucuk2 hidung siapa saja yang melintas dalam radius satu kilometer jauhnya ( ok ni tambah ) Dia tanpa berlengah menyerahkan cincin yang sama dengan apa yang guru nya beli semalam. Maka tahulah gurunya bahawa si murid telah terjun ke dalam loji demi untuk mencari cincin itu. Maka tak semena-mena murid ini dihalau dari pesantren. Murid ini yang tadi nya tersengih-sengih terus berasa sedih. Mengenangkan arahan gurunya maka murid yang taat ni pun menurut perintah tanpa membantah. Sepulangnya dia ke rumah menyangkakan akan di marah oleh ayahnya (juga seorang ulama) malah sebaliknya yang berlaku. Dia malah di suruh mengajar kalau-kalau ada orang datang keesokkan harinya minta diajar. Ajaibnya esoknya memang dia diminta mengajar akan satu kitab yang belum dia hadam dengan baik. Dengan hati yang berat dia membuka helaian demi helaian maka pada saat itulah dia berasa seolah-olah sangat faham dan sudah tahu mengenai keseluruhan kitab itu. Keadaan ini menghairankan beliau lalu dia berpatah balik kepad guru beliau dan bertanyakan hal itu. Maka gurunya memberitahu saat kamu memberikan aku cincin itu maka aku sudah tahu Allah sudah membuka pintu ilmu seluas-luasnya kepada kamu dan tiada apa yang perlu aku ajarkan kepada kamu. (kalau salah riwayat tolong betulkan)

Begitu hebat.

Berkat ni ada banyak jenis. Ada berkat dalam umur. Berkat pada tempat. Berkat pada masa. Berkat pada rezeki. Berkat pada belajar.

Waktu buat umrah tahun lepas semua orang berebut untuk solat di Raudhah. Berdoa di situ dikatakan sangat mustajab. Habis kepala dilangkah ketika sujud malah ada yang kena sepak! Sanggup bersesak! Ini kerana semua percaya ada keberkatan disitu. Di jabal rahmah sebagai contoh, tak terlepas, masing-masing niatkan dalam hati aku nak kawen dengan si fulan bin si fulan, si fulanah bin si fulan. Ini contoh berkat pada tempat. Semua orang percaya.

Berkat pada makan pula, mestilah yang kita makan tu halal lagi baik. Bersih lagi sedap. Ini semua orang percaya. Kalau berkat yang lain-lain kita percaya tapi takkan la berkat itu bila dinisbahkan pada menuntut ilmu kita sudah tidak percaya?

Waktu kecik-kecik dulu bila sesi sekolah nak habis aku ada bagi alasan kat mak aku, alang-alang sekolah dah nak habis apa salahnya tak p sekolah. Mak aku pun jawab alang-alang sekolah dah nak habis lah kena p, nanti dah tak boleh p dah.

Kelas tinggal berapa kerat ja untuk sistem ni. Why not once and for all kita perabih buang kelas yang mana tinggal ni. Member ramai semangat pun naik ye dok??

Apa ada pada berkat?

Jawab la sendiri.

(Oh yang berdiri dalam kelas tu memang kami berdiri sungguh sampai cikgu lepas tu masuk. Terkejut dia. Hahaha~~ Dapat pujian pelajar taat. ^.^)

p/s: aku sendiri pun banyak ponteng. insaf banyak kali dah. tapi buat jugak. sila pangkah aku lepas ni ya!