Posted by
Kun Zalameyh
In:
Ceritera Cinta~
" Allahuakbar.. Allahuakbar...!!" kedengaran azan dari masjid Jamiah.
" Huh! dah azan. Alamak hujan la pulak. Dah la musim sejuk ni. Ades~~ Solat kat rumah la..." ngomel ajib dalam hati. Sejam kemudian baru dia solat. Hampeh~
****
Babak cerita Korea.
Sepasang manusia berjalan-jalan pada musim sejuk sambil ditemani salji yang lemah gemalai melayang menari-nari sebelum jatuh ke bumi. Sedang mereka menikmati keindahan neon lampu kota tiba-tiba si gadis mengusap-usap tangannya sambil menghembus tangan. Maka tahu lah sang teruna kekasih hatinya sedang kesejukkan. Tanpa berlengah si jejaka membuka jaket nya lalu memakaikan kepada gadis empunya hati tanda kasih dan cinta yang tidak berbelah bagi. Yerk~~
****
Tadi tengah sembang-sembang dekat hadramaut tiba-tiba terkeluar dari mulut aku.. " Kesian noh tengok mutazawwij ni.. p mana-mana pun kena teman bini..." .
Tiba2 akh Firdaus menyampuk... " Eh enta taktaw... kalau dah cinta tu... apa pun sanggup."
" Bau kentut pun jadi perfume.." aku menambah, bising mat3am tu dengan gelak tawa kami.
Yalah kan. Kalau dah suka. Mesti la nak buat si dia gembira. Mesti la fikirkan dia lebih dari diri sendiri. Alah... macam selalu dalam cerita Korea la.. Dia sejuk separuh mati pun takpa.. Janji awek selesa. Cinta sejati la sangat~~ * tangan ke bahu mata ke atas.
Seorang alim pernah berkata untuk mengetahui sejauh mana kah kita cintakan Allah, lihatlah sejauh mana kita mendahulukan apa yang Dia suka berbanding apa yang kita suka. Kadang-kadang kita selalu lupa, dalam banyak perkara selalunya kita mendahulukan apa yang kita suka berbanding apa yang tuhan suka. Bukankah begitu?
Contoh untuk diri sendiri beli gadjet mahal mana pun sanggup. Baju? Jaket? Henset? Mesti nak yang terbaik. Sebab itu semua kita suka. Betul?
Tapi bila tiba giliran yang Allah suka, bila orang datang rumah buat kutipan. Infaq serba sedikit. Kita utamakan yang Allah suka ( derma semampu yang boleh ) atau yang kita suka ( derma sesikit mungkin ) ?
Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. Al-baqarah ayat 261
Memang. Solat fardi itu sah. Solat jemaah juga sah. Soal kesahihan ibadah kita insya Allah lulus. Tapi itu bukan tahapnya. Mahu menjejak ke syurga bukan sekadar itu. Mahu menjejak ke syurga mesti buat Allah redha. Allah suka. Syurga itu mahal brader...
Allah sudah buktikan betapa dia cinta kepada kita hambanya.
Sudahkah kita buktikan cinta kita kepada tuhan?
Istilah 'cinta' itu jangan hanya disebut. Buktikan!
p/s: exam lagi 3 hari.. banyak lagi lect note meminta-minta limpahan kasih sayang. Doa-doa kan deh~
p/s: kempen infaq UZS seorang wakil tak sampai 100jod? Kemon my friend kata budak tajaan....
This entry was posted on 10:47 PM
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Posted on
-
0 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment