right_side

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Dilahirkan pada tahun Monyet,Pernah mendapat pendidikan di Pasti Nurul Kiah, Sekolah Rendah Islam Darul Aman, dan juga Maktab Mahmud Alor Setar. Kini penulis merupakan pelajar perubatan, tahun akhir di Jordan University Science and Technology

Followers

Pendatang2

Cer bacer ni pulak...

get this widget here
In:

Pintu dan Jendela



Mampukah pintu syurgaMu ku buka
Dengan kunci redhomu yang ku sendiri patahkan




Sanggup aku dilempar
Dari tingkap kaca rahmatMu
Andai itu yang selayaknya buatku


In:

Macam Ang Bagus Sangat !



Boboi merupakan seorang pelajar yang pandai, hensem, kulit putih kemerah-merahan, rambut ikal mayang tapi pendek, tinggi nya sederhana, bersuara sedap, ahli tetap surau kampung mahupun sekolah tetapi tidak surau dorm.

Pendek kata pakej lengkap.

Ok penat aku puji Boboi ni..

Maka menerima pujian merupakan perkara biasa buat Boboi. Setiap kali Boboi dipuji maka bertambah merah lah muka nya yang sedia merah. Tercungkitlah apa yang boleh dicungkit dek kerana kembang tidak terkata akan pujian-pujian yang melambung. Oleh kerana terbiasa dengan pujian maka dia pun lupa pada yang memberi kelebihan lantas merasakan bahawa dia lah yang hebat. Hebatnya dia kerana dia.

Sebab itu lah setiap kali ada yang menegur Boboi maka melenting lah dia tak semena-mena. Kalau waktu itu Boboi tengah makan, maka tersembur butir-butir nasi disertai makian dan sumpah seranah kembali kepada si pemberi kritikan. Apa boleh buat sudah biasa dipuji.

Sampai lah satu ketika, pujian-pujian yang diterima Boboi bukan lagi ikhlas dari lubuk hati dek kerana kagum, malah lain pula jadi nya. Pujian itu ditabur bagi mendapat apa yang dihajati. Maklumlah Boboi seorang yang sangat pemurah, barang siapa yang memuji nya akan mendapat ganjaran. Maka ramai la kaki ampu yang mengusap-usap perut Boboi inginkan ganjaran.

Tammat
**********

Manusia mudah lupa diri.

Ramai orang bercakap tentang perjuangan sampaikan kerajaan mampu dia tumbangkan. Tapi bila dia berkuasa lihat lah apa yang jadi. Muammar Gadafi membawa revolusi gulingkan kerajaan. Ingin bawa perubahan katanya. Sampai giliran dia. Sama. Yang berlaku hanya ganti. Bukan Ubah.

Manusia apabila dia merasa nikmat memimpin manusia, punya pengikut yang ramai, dia mudah lupa. Kuasa itu sangat bahaya apabila dia lupa yang Maha Berkuasa.

Syeikh Ahmad Rifa'i selalu berpesan kepada anak muridnya dan pesanan ini selalu diulang-ulang setiap kali di dalam majlis ilmunya. Katanya "aku bukan lah seorang syeikh dan aku bukan lah seorang pembimbing. Aku hanya lah orang yang biasa dari kalangan yang biasa."

Nah! itu orang yang sangat luas ilmu nya sebegitu rendah dia meletakkan diri nya. Apatah lagi kita yang ilmu yang secebis ni. Jangan nak menggedik berasa diri hebat sangat!

Sebab itu lah apabila ditanya kepada Ramadhan al-Bouti apakah salah mencium tangannya kerana mahu menunjuk rasa hormat. Dalam keadaan sebak dia menjawab " Aku bersumpah dengan nama Allah, aku berasa malu dihadapan Allah saat manusia mahu mencium tanganku. Kerana aku tahu siapa aku. Aku tahu apa dosa yang telah aku lakukan tetapi Allah hanya menunjukkan kepada orang ramai sisi kebaikkan yang ada padaku dan Dia menyimpan keburukkanku. Antara aku dan dia...."

Satu lagi manusia hebat.

Ingat. Saat kita dipuji. Itu bukan bermakna kita sudah bagus. Tapi kerana Allah sembunyikan keaiban yang ada pada kita dan dia tampilkan kelebihan kita pada orang ramai. Oleh itu rajin- rajinlah muhasabah diri balik. Apa benar kita seperti apa yang orang katakan? Ataupun mereka hanya memuji kerana mereka tidak tahu?
Layakkah sebenarnya kita menerima pujian tersebut?

 Saat manusia memuji mata mu
Bersyukurlah, kerana Allah telah menutup aibmu
Betapa banyak aurat yang telah engkau lihat

Saat manusia memuji rambutmu
Bersyukurlah, kerana Allah lewatkan
Tumbuhnya uban di kepalamu

Saat manusia memuji suaramu
Bersyukurlah, kerana Allah 'pekak'kan mereka
Ketika kata-kata jelek keluar dari mulutmu

Saat manusia memuji rupamu
Bersyukurlah, kerana Allah 'buta'kan mereka
Betapa hodohnya kamu usai bangun tidur
 Bersyukurlah. Itu lah yang paling kurang kau boleh lakukan.


p/s: Ok tajuk ni agak kasaq... h0h0.. setiap kali aku baca tajuk ni qasa macam nak tumbuk ja skrin lappy ni.. *ok melampau.
p/s: dah banyak kali aku tulis p/s ni padahal aku tataw pun apa maksud dia.. hahaha...
p/s: untungla budak2 pandai dapat p AKA.. siapa la aku ni...
p/s: tahniah pada yang cemerlang PMR.. H0h0

p/s: SANAH HELWAH YA UMMI. hehe~~ 
I've been wondering why i'm so handsome.. now i know why.. hahaha
 

In:

Mengejar ekspektasi



Butang proceed ditekan penuh debaran...

Huh? Biar betul?? Banyak nya salah...

Mata ditenyeh2. Seakan tidak percaya.
Soalan yang disangka senang rupa-rupanya tersirat seribu helah...

Dengan hati yang dipujuk redha aku melangkah keluar dewan. Kedengaran bunyi riuh dari luar sana. Masing-masing bertukar markah. Satu ritual yang dianggap biasa.

Sampai giliran aku..

" Weh! ang dapat beqapa?? "

Soalan yang tak enak dijawab walau dalam apa keadaan sekali pun. Kalau tengah score mesti tengah fikir macam mana nak cover happy. Tapi malangnya tidak kali ini.

" Ada la.. biasa-biasa ja..." sambil tersenyum

" Eleh ko mesti score kan..??"

Erk~~  Hati ditusuk sembilu...

" Tak ada lah.. biasa-biasa ja...." masih cuba senyum...

*****

" Alang-alang ang dah bukak quran ni aku nak tanya ang satu menda lah..." kata seorang sahabat.

" Huh? ang nak tanya apa...?? "

" Ada satu hukum tajwid ni aku nak tanya ang... bla3x.."

" Err..."

*****

" Weh ayat apa tah yang cerita pasal sembelihan ahli kitab tu?" satu soalan terbit dari seorang sahabat kepada sahabat yang lain sewaktu bersarapan di kafe.

Burger yang 'empuk' tu aku baham penuh selera sambil cuba-cuba memikirkan. Hurmm macam penah hafal ja ayat ni. Aku berenang-renang dalam kotak fikiran. Mencari-cari memori sendiri.

Kosong.

" Ermm entah la.. aku pun tak ingat..." kata sahabat yang disoal " cuba tanya Fahmi...!"

Erk?  ???       =.='

*****

Dalam situasi-situasi ini ada satu persamaan. Iaitulah jangkaan orang terhadap aku. Mengjangkakan sesuatu dari aku. Jangkaan yang bukan biasa-biasa malah yang hebat-hebat belaka yang jauh luar dari kemampuan aku.

Selalu aku tercungap-cungap mengejar ekspektasi masyarakat sekeliling. Mengharapkan yang baik dari aku. Yang sempurna dari aku. Sedangkan apa yang mereka harapkan meleset jauh. Jauh! Aku tak la sebaik yang mereka sangkakan.

Sebenarnya aku dalam proses. Proses merangkak mengejar kesempurnaan yang tidak akan dapat kucapai. Tapi hanya dengan meletakkan kesempurnaan sebagai matlamatlah baru aku dapat terus melangkah. Kerana aku tahu aku tidak akan pernah sempurna. Maka usaha itu tidak akan pernah berhenti.

Kadang-kadang aku menjadi gerun apabila memikirkan apakah harapan masyarakat yang lebih luas di luar sana. Tambah-tambah sebagai seorang bakal doktor (insyaAllah) dari timur tengah. Aku yakin mereka tidak sekadar mengharapkan kita sebagai perawat jasmani. Malah lebih dari itu pengubat rohani. Apakah aku mampu memenuhinya?
Apakah kita mampu memenuhinya?

Muhasabah untuk diri dan sahabat-sahabat seperjuangan..

p/s: alhamdulillah 2nd exam aku ada peningkatan.. ho yeah~~

In:

Tahu menahu...




Di dalam bilik kuliah...

" Smoke can lead to the metaplasia.. So please! please! stop smoking! If it is not stopped this will lead to mutation or maybe cancer.."

Ada pelajar yang tersenyum. Ada yang tidak menunjukkan respon apa2. Ada juga yang melihat2 pelajar lain lagaknya seolah2 mahu menuduh mereka2 yang merokok. Seribu satu reaksi dapat dilihat.

Selesai kuliah masing2 sibuk mengosongkan dewan. Meluru keluar menyambung hal masing2. Bagaikan amnesia, rokok2 mula kelihatan bercumbu2 dengan bibir mereka. Dan mereka itu adalah pelajar perubatan! Manusia yang tahu dengan kesan buruk rokok dan pasangannya asap.

Pelik bukan?

Pokoknya ramai orang tahu. Bukan seorang. Dua orang. Tapi ramai.

Tahu itu memang ramai. Tak kisah lah sama ada tahu nya itu datang dari pembelajaran formal di sekolah atau pun dari sekeliling. Yang penting tahu. Sebab itu secara logiknya pelajar yang mendapat 100% dalam pelajaran sivik sepatutnya merupakan pelajar yang paling baik akhlaknya. Malangnya logik ini tidak diterima.
Kerana pelajar ini cuma sekadar tahu ini salah, ini buruk, ini betul, ini baik. Tak lebih dari itu.

Jadi apa yang tidak kena?

Kesedaran. Sedar memainkan peranan yang penting. Tahu sekadar tahu tanpa ada kesedaran tidak akan diterjemah kepada tindakkan. Ada beza antara tahu dan sedar.

Sedar itu lebih membawa maksud mereka percaya apa yang mereka tahu. Mereka percaya bahawa kesan buruk itu akan berlaku kepada mereka. Malangnya ramai orang membina sejenis perisai seolah2 kesan2 buruk yang mereka tahu itu tidak berlaku kepada mereka. Hujahnya... " Alah! Aku tengok orang yang hisap rokok lagi sihat daripada orang yang tak hisap rokok.." Kesan buruk itu untuk orang lain. Ah!! Aku terkecuali!

Sebab itu sangat merugikan kalau kesedaran itu hanya timbul selepas musibah sudah berlaku walaupun hakikatnya kebanyakkan kesedaran lahir dari situ.

Mereka tahu material exam sangat banyak untuk dihabiskan, tapi tidak pula mahu membaca awal2.
Mereka tahu dakwah itu satu kewajipan, tapi tidak pula ada yang memberi peringatan.
Mereka tahu solat jemaah itu punya kebaikkan, tapi tidak pula berebut untuk dilakukan.
Mereka tahu sekadar tahu. Bercakap tanpa henti tentang apa yang mereka tahu. Akhirnya tiada apa2 yang diterjemah kepada tindakkan.

p/s: pagi PSL.. nerves plak I~ hehe... hidup Bucaneers!!

In:

Sembilan belas - 19 -


3rd floor...


As Salam

Jeles!
Ok ok  aku mengaku aku jeles...
Sumpah jeles tengok kawan p buat haji...

ok.. tak dak kaitan.
tiba-tiba teringat waktu aku p buat umrah haqi tu... tengah-tengah dok belek buku travelog umrah hari tu.. terjumpa la sesuatu ni...
'benda' yang aku tulis malam besday aku.. yup aku sambut besday aku di Makkah! ho yeah!! jangan jeles~~
heh~~

***********


Waktu yang sama
19 tahun yang lalu
Aku menjenguk dunia
Aku sebelum itu bongkak dan berlagak
Memikul amanah di pundak
Tanpa aku ketahui apa yang menantiku kelak

Pada akhir belasan hidup ku
Kau takdirkan aku disini
Tempat yang paling mulia di atas muka bumi
Untukku bermuhasabah dak koreksi diri
Sejauh manakah janji yang dulu terpatri
Terlaksana sehingga kini

Bila difikir-fikirkan kembali
Aku jadi malu dengan diri sendiri
Betapa lemahnya iman dalam hati
Kurangnya amalan sebagai bekalan
Malah maksiat yang aku lakukan

Lemah sungguh lemah

Entah bersediakah aku nanti
Saat segala janji dituntut kembali

1.35 am
14 Jun 2011
Tingkat 3 Masjidil Haram
Makkah.
p/s: aku ingat nak sambut besday tiap2 taun kat Makkah lar... ...
p/s: lambat sikit apa salahnya... ye dak? heh~

In:

Bimbang?

Kebimbangan dunia~


Rasullullah s.a.w;
"Barangsiapa menjadikan semua kebimbangannya kepada satu kebimbangan (akhirat) Allah akan melenyapkan semua kebimbangan keduniaannya, dan barangsiapa yang membimbangkan tentang hal-hal keduniaan, Allah akan membiarkannya tenggelam dalam kebimbangannya"


Pusatkan kebimbangan pada yang satu.
Nescaya pertolongan Allah akan datang.



In:

Teyak~

Menangis itu macho...












Kalau kena sebabnya...

In:

Suprise!!!

Huh?



" Aku tak boleh r... asyik-asyik dia lebih daripada aku...," muntah Naqiz dengan amarah.
" Lorh.. awat?," aku bertanya. Hairan
" Dah la pagi tadi dia buat dosa kat aku.. aku usaha tak maqah.. kot2 aku boleh dapat markat tinggi pada dia.. tengok-tengok dia tinggi pada aku....," sambung Naqiz antara marah dan geram.
Terburai ketawa rakan-rakan sekeliling.
"Hahahaha... Ang kena doa macam ni... 'Ya Allah sekiranya engkau menerima kesabaranku pagi tadi....' ," ajuk Zawan ditambah dengan nada berdoa. Hahahaha

Tahan marah dapat markah tinggi? adoi~




**********

Ada-ada saja. Setiap kali habis exam situasi macam ni kerap saja berlaku. Sesi perkongsian. Luahan perasaan. Tak puas hati. Pendek kata macam-macam lah!



Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. Al Baqarah : 214



Sedar atau tidak kita sedang berada dalam fasa ujian. Fasa ini kita akan diuji terus menerus. Dia mahu melihat. Hamba jenis apa kita ini. Hamba yang reti bersyukur atau hamba yang hanya tahu merungut. Ingat, sabar yang paling tinggi adalah kemampuan untuk kita sabar pada saat pertama kita menerima ujian. Bersabarkah kita waktu itu? Redhokah kita pada waktu itu?



Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Allah punya 'suprise' buat kita, jalan keluar dan rezeki tanpa disangka-sangka. Tinggal sekarang kita perlu bersabar. Menanti dengan penuh harapan. Mempertaruhkan ketakwaan. Kerana janji Allah itu benar. Walaupun ia menuntut kesabaran dan keazaman yang tinggi, jangan berputus asa. Ganjarannya kelak pasti tidak mengecewakan.

Oleh itu. saat kita diuji.Nantikanlah dengan penuh debaran kejutan apa tuhan kita sediakan untuk kita. Kejutan yang pastinya hanya buat hambanya yang bertakwa.
 
Kerna Tuhan itu penuh dengan kejutan...


p/s: exam dah abeh... yahoo!

In:

Jalan itu susah ~


" Kalau boleh tak payah lah amek bidang perubatan ni.. baik adik fikir betul-betul" kata seorang doktor HO. 
" Kerja doktor ni kalau nak harap kan gaji memang tak padan la... korang tahu tak apa bos ( specialist ) abang cakap kat abang? Dia kata abang jual burger tepi jalan lagi bagus." sambung abang doktor tu lagi.
" eleh dia ni.. tak bagi semangat langsung lar... bajet senior la tu...aku tak percaya! aku tak percaya! " komplen aku... tapi dalam hati lar.. hahaha.
Waktu tu aku masih lagi dalam program pendedahan kerjaya. Maklumlah, anak muda dok semangat lagi. Orang cakap susah ka payah ka mana la nak percaya. Dah minat sangat-sangat la katakan. Alah! bukan aku soqang, ampa ( budak2 medik ) pun sama kan?
Kan kan kan ?

Tadi masa aku tengah berjalan balik dengan Haziman (nama sebenar) nak ke Mujamma3 tiba terpacul dari mulut aku.. " Dulu waktu orang kata susah kita tak mau percaya. Kalau betul kita dah pikiaq masak-masak.. mesti kita takkan pernah merungut kan? "
" Tula pasal .... " potpet Haziman. Aku dah tak dengaq dah. Fikiran aku melayang. Apa betul jalan yang aku pilih ni?

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. [3:159]


Mungkin ramai yang menyesal. Kenapa aku pilih bidang ni? Kenapa aku pilih jalan yang ini? Tapi bukankah satu masa dulu kita pernah bertekad. Susah macam mana pun mesti akan kita lalui. Jadi sekarang mengapa harus merungut? Sudah lupakah dengan azam kita yang dulu? Sudah menyesalkah dengan keputusan yang dulu?

" Jalan yang susah itu. KAU sendiri yang pilih!" 

Tempelak hati pada diri. Maka aku menjawab.

" Moga-moga jalan inilah, jalan aku ke syurga"

Semoga jalan-jalan yang kita lalui membawa kita lebih dekat pada Maha Pencipta kerana pada hakikatnya syurga itu mahal , maka harus dibayar dengan harga pengorbanan yang tinggi.

p/s: mode exam. tembakkan doa sekali lagi yah!. guna machine gun lagi bagus. Pang3x!
p/s: usaha , doa , tawakkal .

In:

Kita Kaya~


Belajar menjadi hamba yang bersyukur...

p/s: mode exam. tembakkan doa untuk saya. pang!!3x

In:

Demam~


"Bila lah orang nak mai melawat aku ni?"... Rusydi



Belakangan ni ramai budak2 batch aku sekali dengan aku pun demam, tempias bahang api neraka orang kabo. Maka dengan itu ramai la membe2 yang bernasib baik tak demam membuat tohmahan demi tohmahan seperti jetlag , perubahan cuaca malah ada jugak yang menganalisis ini adalah symptom2 homesick. Maklumlah bakal-bakal dokt0r la katakan. Haha... tak kurang juga yang mai melawat , tolong belikan ubat, air oren Rani, epal , anggur tak ketinggalan juga PEPSI ? Apa-apa pun terima kasih banyak la noh. Walaupun ada yang mai bising sambil terlompat-lompat. haha.

Daripada asyik difikir-fikirkan sebab kita demam, mengapa tidak difikirkan hikmah kita demam?
Sedar atau tidak semasa demam kita sebenarnya mengasah sifat-sifat seorang hamba yang ideal. 

Rasa ingin bertuhan

Apabila manusia berada dalam keadaan tersepit maka secara automatik kita akan mengharap satu keajaiban. Ya! keajaiban ini ialah kita mengharap ada satu kuasa yang lain dapat menolong kita. Pernah dikisahkan seorang ateis yang sangat berpegang teguh dengan ke 'ateis' an beliau jatuh sakit yang boleh membawa kematian. Maka dalam tempoh dia didalam wad, secara tidak sedar dia mengharap agar ada keajaiban sesuatu. Ya! Dia telah mengharap kepada tuhan untuk menyembuhkannya. Pada akhirnya si ateis insaf dan mula mencari tuhan.

Maka inilah yang dipanggil fitrah manusia yang sememangnya ingin bertuhan. Bagaimana hendak merasai fitrah ini? Letakkan diri anda dalam situasi yang sangat mendesak. Maka fitrah ini akan muncul dengan sendirinya. Jadi sepanjang kita sakit, sebenarnya kita sedang memanggil semula fitrah yang kadang-kadang selama ini kita lupa. Sepanjang sakit ingatan bahawa kita bertuhan sentiasa menjengah. Ya! aku punya tuhan. Ingat kepada tuhan merupakan kunci kepada setiap amalan kita malah boleh menjadi penghalang kepada dosa dan maksiat.

Syukur

Rasa kehilangan memang kadangkala menyedihkan. Namun dari sudut yang lain ia mengajar kita erti menghargai. Bersyukur dengan nikmat yang ada. Kehilangan nikmat kesihatan membuat kita berfikir betapa ruginya nikmat kesihatan yang kita ada dulu tidak digunakan sebaiknya. Untung kalau nikmat kesihatan itu dikembalikan, mungkin kita boleh menebus kekesalan kita, tapi bagaimana pula kalau-kalau nikmat itu tidak kembali? 
Tapi kalaulah disembuhkan. Tidak berada dalam keadaan kehilangan. Adakah kita akan menebus kekesalan dulu? Sebab itulah sewaktu rasa insaf itu hadir, hayati ia betul, kalau boleh hafal rasa insaf tu. Biar nanti sudah sihat walafiat, tidak jadi manusia lupa. Insaf hanya bila terkena.

Hilang selera

Hah! Ini satu lagi sifat yang ada bila kita sakit. Kalau demam tu, segalanya terasa pahit. Makan hanya sekadar mengisi perut.Hikmahnya pada mengambil dunia hanya sekadarnya. Dari itu tuhan cuba berkomunikasi dengan kita. Pada akhirnya dunia ini hanyalah sia-sia saja. Perlu sekadar untuk keperluan sahaja. Bukan atas dasar kehendak yang berlebihan. 

Kesimpulan

Mengingati tuhan, bersyukur dengan nikmat yang ada, pandang dunia sekadar sahaja. Mungkin rasa-rasa ini, perasaan ini, sifat ini dah lama tidak hadir dalam benak kita. Maka dengan itu Allah datangkan demam, biar kita segarkan kembali sifat ini. Supaya mudah untuk kita menjadi hambanya yang beriman.


p/s: terima kasih kepada sahabat2 yang mai melawat. tu pn satu jenis ubat jugak tuh. heh~

In:

Selamat Pengantin Baru.


Tribute to Nor Raihan Izzati.

'Abdullah' yang dicari sudah ditemui
Jodoh yang hadir tanpa perlu dicari
Indah sungguh aturan Ilahi
Semoga berbahagia sampai ke sana nanti


 

In:

Dean List Kerana Allah Taala.




Baru-baru ni pernah ada satu isu yang menarik di Facebook. Kedapatan beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan lalu selepas selesai bermuhasabah maka keluar lah solusi berikut. Belajar bukan kerana Dean List, belajar kerana Allah. Sekali pandang tidak ada yang silap. 
Ya! Betul! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silap. 

Matlamat yang disalahertikan

Bagi kebanyakkan pelajar tahun 1 di sini, semua orang pernah meletakkan target. " Sekurang-kurangnya Dean List". Ah! aku pun. Pernah..

Timbulnya isu ini membuat aku lega. Tak dapat dean list pun tak pa. Janji aku belajar kerana Allah. Persoalannya, salahkah belajar kerana dean list?

Pernah dikisahkan seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah? 
Ulama bersepakat mengatakan dia berperang kerana Allah kerana dia yakin dengan balasan yang dijanjikan oleh Allah iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji Allah.

Begitu juga lah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahu kan akibat yang baik, ada syarat nya. Akibat yang tidak elok, ada syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?

Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?

Matlamat dan usaha

Tersebutlah kisah seorang student yang tiba-tiba terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya " Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan niatnya .Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah. Maka hatinya berkata " Mesti aku tak cukup ikhlas lagi ni".  Kehidupan nya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.

Apa yang silapnya?
Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang salah. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?

Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Kalau masih gagal sedangkan sudah usaha. Tunggu apa lagi! Tingkatkan usaha.

Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya tuhan yang dipersalahkan. Sebab dia lupa. Sunnatullah yang tuhan tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha.

Kesimpulan

Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya.


p/s: aku bukan lah calon dean list pun.
p/s: bagi yang berkenaan, ini cuma pandangan aku. ruang perbahasan masih terbuka.
p/s: haha.. apa kena dengan aku ni. post benda-benda macam ni waktu nak abeh sem. keh3x..
p/s: bagi yang balik Malaysia (aku la tu).. 3alasSalamah

In:

Sayang kah kita?



"Pilih la perubatan. Nanti senang dalam keluarga kita ada doktor seorang"

Itu harapan.
Harapan seorang ibu kepada anak. Aku yakin, ramai yang memilih kerjaya ni  atas sebab dorongan ibu ayah. Walaupun kadang-kadang minat itu tidak ada ,tapi digagahkan juga. Hendak ditolak tak sanggup. Mereka bukan orang biasa. Mereka adalah ibu yang melahirkan kita, ayah yang memelihara kita. Mereka membesarkan kita sejak dari kecil sehingga dewasa. Memberi makan dan minum secukupnya. Menyediakan pelajaran selengkapnya.

Sejak dari kecil kita membesar dengan menanggung harapan. Harapan ibu ayah. Secara tidak langsung harapan ini menjadi pendorong untuk kita berjaya. Semua dilakukan kerana kita sayang mereka. Dua insan yang sangat berjasa. Walaupun kadang-kadang kita gagal. Mereka cuma tersenyum mengatakan tidak apa. Masih ada harapan. Namun jauh di sudut hati kita, kita rasa kecewa. Kecewa dengan diri sendiri. Membuat mereka berasa hampa. 

Kerana kita sayang mereka...

Namun.

Ramai yang lupa. Ada yang lebih tinggi kasihnya kepada kita. Ada yang lebih agung cintanya kepada kita.

Dia itu lah Tuhan kita...

Tuhan yang tidak pernah penat mendengar aduan hambanya. Memberi kepada kita tanpa dipinta. Mengurniakan nikmat terbesar iman dan Islam kepada kita. Malah ibu bapa kita sendiri hadiah dariNya. 
Sayangnya kepada kita sampaikan sanggup mengampunkan kita bila masa saja kita bermohon padaNya.
Menunaikan hajat kita setiap kali kita meminta kepadanya.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (Al-Baqarah 2:186)

Cuma satu harapanNya. Supaya kita taat, patuh beribadah kepadaNya. Menjadi hamba kepadaNya.

Harapan yang ini ramai selalu lupa...

Saat kita beribadah kepadaNya. Cukupkah? Cukupkah ibadah yang dilakukan berbanding dengan nikmat yang diberikan. Adakah kita menjadi hamba yang cukup baik kepadaNya?
Saat kita melakukan dosa. Pernahkah kita terfikir murkanya Tuhan kita. Adakah kita berasa kecewa, kecewa kerana menghampakan Tuhan kita? Mengecewakan harapan Dia kepada kita. Adakah kita kecewa sebagai mana kita kecewa menghampakan harapan ibu bapa kita?

Kalau tidak.
Layakkah kita menerima kasihnya Dia? 
Sayangkah kita kepada Tuhan kita?

p/s: peringatan khas buat diri.

In:

Seperti Mereka.



Ramadhan bulan ajaib

Yang tua tiba-tiba bertenaga
Yang muda hilang entah kemana

Malu aku dengan mereka 

Malu aku mewakili yang muda
Sampai ke akhir mereka tetap setia
Tapi kita penat tak semena-mena
Nak kata lemah semuanya muda-muda

Malu aku dengan mereka

Semangat mereka luar biasa
Mereka tak pernah putus asa
Walaupun kadang berbangku cuma
Bersujud hingga ke akhir nyawa

Sungguh!
Aku malu dengan mereka...



In:

Ombak ramadhan

Beginikah graf iman kita?


" Dah niat puasa belum?" tanya Ayah kepada anaknya
" Err... tak gheti la... ayah ajaq la..."
" Eh? dah besaq pun tak gheti2 lagi ka..? " "ikut ayah... "

*****

" Bangun! bangun ! semalam kata nak puasa.." gerak sang Ayah..
Bangun si anak sambil mengusap-usap matanya.. " Sekarang pukul berapa ayah?"
" Ada la... makan la dulu... cepat makanan dah ada atas meja tu.."

*****

Si anak datang dari belakang.. perlahan-perlahan mendekati ayahnya yang sedang khusyuk bertasbih..
" Ayah! nak dua kupang.. nak beli cokelat... hehe.." sengih si anak sambil melihatkan barisan gigi yang tidak cukup.
" Tarawikh buat berapa?" soal si Ayah
" Err... tarawikh buat 8 dah..." jawab si anak yakin
" Aik... ni baru 6 rakaat..."
" Alaa... campur isyak 4 rakaat.... cukup la lapan...." ngomel si anak
"Yala2 ... amek nieh... tapi tambah dua rakaat dulu.. boleh?"
" Okay! ~~~~"
*****

" Ayah... nak minum ayaq... sikit ja... pls2x..." rayu si anak
" Eh mana boleh... batal puasa nanti.."
" Alaaa... dahaga la... nanti kalau mati cena..?" hujah si anak
" Haha.. tak pernah lagi ayah dengar orang puasa mati..."
" Alaa~~ nak minum jugak! nak minum jugak!" raung si anak
" Ok lah... pegi mintak kat ummi... tapi lepas tu sambung puasa balik.. ok?" balas si Ayah sambil tersenyum
" Okay! ~~~" laung si anak...

*****

As Salam...

Ada persamaan? Heh~

Kita yang dulu. Kadang-kadang lebih memenuhi ciri seorang mukmin dari kita yang sekarang. Kita yang dulu saban hari di ajar dengan perkara-perkara yang baru. Kita yang dulu semakin hari semakin bertambah amal baik yang kita lakukan. Kita yang dulu hari demi hari semakin lama semakin faham dengan agama. Dari tidak tahu solat, kita sudah tahu solat. Dari puasa cuma separuh hari, sudah cukup sampai sebulan. Pendek kata, semakin hari semakin maju. Bukankah itu ciri-ciri mukmin?

Cuba kita soroti kembali perjalanan hidup kita. Bilakah kali terakhir kita membangun membesar berkadar terus dengan amal dan takwa kita. Bilakah kali terakhir graf amalan kita menunjukkan peningkatan? Tak banyak pun sikit. Bilakah hari terakhir dalam hidup kita, kita mampu  mengatakan
"Aku yang hari ini lebih baik dari semalam!"

Kalau anda sudah lupa. Malang bagi anda.

Mujur ada Ramadhan

Ramadhan lah penyelamat bagi mereka-mereka yang malang tadi. Kenapa saya katakan demikian?  Seawal hari pertama lagi kita sudah boleh mengungkapkan kembali kata-kata diatas. Ya! Kata-kata yang selama ini kita ragu-ragu untuk mengungkapkannya. Masakan tidak. Tidur pun sudah dikira ibadah!

Bersyukurlah atas kehadiran ramadhan kerana pada bulan ini lah ciri-ciri mukmin yang kita pernah ada dulu dikembalikan semula. Amatlah rugi kalau sekiranya kita tidak menyedari hal ini lantas kita hanya menjalani bulan ini secara semberono.

Ramadhan bukan sekadar bulan kuruskan badan! Ramadhan adalah bulan untuk kita kembali ke medan! Medan yang telah lama dulu kita tinggalkan. Medan ibadah mengadap Tuhan.

Ramadhan Kickstart


Kalau dulu kita mengalami kesusahan untuk melakukan solat malam.
Kalau dulu kita payah untuk menghabiskan walau satu muka surat al-Quran.
Kalau dulu ibadah-ibadah sunat kita cuma cukup-cukup makan.

Ramai yang mengalami kesusahan pada permulaan. Kickstart! Kalau kapal persiaran yang besar mengambil masa yang lama hanya untuk memanaskan enjin. Begitulah juga kita. Pada hari-hari biasa permulaannya dirasakan begitu susah. Asalkan dah lepas pada permulaan. Perjalanan yang seterusnya dirasakan mudah.

Begitulah juga Ramadhan. Bulan yang menyediakan platform kepada kita untuk memanaskan enjin. Pusat persediaan kepada kita bagi membiasakan diri dengan ibadah dan disiplin diri. Kalau dulu kita mengeluh sukar untuk mencari titik mula. Nah! sekarang Ramadhan tiba. Musuh tradisi sudah digari. Yang tinggal cuma satu lawan satu. Antara Iman dan Nafsu. Masih sukar lagi?

Kesimpulan 

Ramadhan adalah titik permulaan. Titik penentu bagaimana hala tuju amalan kita sampai menuju ke Ramadhan yang seterusnya. Semangat kita ibarat ombak, lambat laun ia pasti akan reda. Gunakanlah aura Ramadhan kali ini bagi memulakan ombak yang tinggi. Biar sampai ia jadi Tsunami!

p/s: Geng kelas qiraati aku. Boleh start dah wei! heh!
p/s: Terima kasih buat mereka yang menyalurkan kembali tumpuan aku pada tempat yang sepatutnya.



In:

Salesman berjaya!



As Salam

" Bang! boleh saya cakap dengan abang sikit!"

" Kau dah cakap pun dengan aku, tanpa izin pulak tu"

" Err.. erk?? .. heh~" tersengih kambing

" Hah! apa kau nak? "

" Bang dengar dulu saya cakap bang! saya ada barang nak tunjuk kat abang. Tak beli pun tak pa bang! dengar ja dulu"

" Minta maaf saya tak berminat. titik! "

Mesti entapa semua pernah nampak situasi ni bukan? Ataupun entapa sendiri pernah lalui situasi ini. Kalau pun tidak sebagai penjual, kurang-kurang sebagai pembeli ye dok?

Sedar atau tidak pekerjaan ini tidak ada beza nya dengan tugas kita ( yang mengaku da'ie ) dalam pelbagai konteks. Cuma nya kita telah dibekalkan oleh Allah dengan produk yang terbaik yang tidak ada cacat cela mahupun reject kilang atau sebagainya iaitu Islam.

Yang tinggal cumalah kita sebagai 'jurujual' bagaimana untuk kita mempromosi produk terbaik ini supaya semua orang dapat memilikinya. Bagaimana kita memberi tahu kepada orang ramai bahawa produk ini adalah yang paling berkualiti berbanding produk lain yang sejenis dengannya.  Laris atau tidak semuanya bergantung kepada si penjual. Ya, kita! Adakah kita layak menerima komisyen yang banyak? semua bergantung kepada usaha kita dan juga budi bicara pengarah syarikat kita iaitu Allah.

Fitnah yang lain

" Bang beli produk saya bang"

" Erm... amende yang ko jual ni"

" Ni bang pil kurus cap 'GEMOK' memang baik bang! "

" Eh ko satu syarikat dengan Meon kan. Eh tak jadi lah nak beli. Dia tu dulu penipu besar barang yang dia jual semua dah basi. Cirit birit aku dibuatnya."

Dalam situasi ini kita dapat lihat bagaimana orang yang sekapal dengan kita telah memberi tanggapan awal yang buruk sehinggakan menyusahkan penjual-penjual yang lain untuk mempromosi produk mereka. Golongan-golongan inilah yang selalu memberi masalah kepada da'ei yang lain yang terkena tempias sikap buruk mereka.

" Eleh. dia tu sekolah agama pun buat jugak. Takkan aku tak boleh kot"

Ini hakikat. Walaupun kadang-kadang kita merasakan tanggapan ini tidak adil tapi pandangan masyarakat mengatakan demikian. Golongan-golongan yang dilabel sebagai pengguna produk yang sudah lama sering dijadikan kayu ukur. Ingin membeli produk apa pun, kita mestilah nak melihat testimoni bukan? Kalau testimoni pengguna pun buruk, adakah anda mahu membelinya?

Ingatlah, Islam itu sudah banyak terfitnah oleh umat Islam itu sendiri. Bersihkanlah karat-karat fitnah itu biar sampai kilauan Islam itu bersinar semula.

Usaha yang gigih

Sebuah syarikat mensasarkan kutipan jualan pada satu-satu tempoh mestilah melebihi 200 unit. Jadi mahu atau tidak mahu jurujual-jurujual ini mestilah berusaha gigih untuk mencapai target tersebut walau apa cara sekali pun kerana itu adalah tuntutan. Kerana boleh jadi mereka akan dipecat sekiranya tuntutan yang diletakkan tidak dapat di penuhi dan ini menyebabkan punca pendapatan mereka terjejas.

Begitulah juga kita sebagai da'ei mestilah menyedari bahawa dakwah itu merupakan satu tuntutan. Usaha yang diletakkan mestilah seolah-olah apabila tuntutan itu gagal, kita akan mengalami satu kerugian yang besar seperti mana seorang jurujual yang dipecat dari kerjanya. 

 Masa

Cuba anda perhatikan rata-rata jurujual terpaksa menjelaskan kelebihan produk mereka dalam masa yang sangat singkat. Peluang yang ada terpaksa mereka gunakan sebaik mungkin untuk mempromosi barangan mereka kerana waktu yang singkat itulah penentu kelarisan produk mereka.
Cuba kita renung-renungkan kembali. Berapa banyak masa yang kita ada , digunakan untuk mempromosi agama kita sendiri. Kalau anda sudah berumur 21 tahun, berapa banyak waktu dari umur itu digunakan dalam jalan dakwah. Berapa serius kah kita menggunakan masa yang diberi oleh Allah semaksima mungkin untuk mempromosi 'produk' terbaik ini. 

Lakukanlah semaksima mungkin kerana kita tidak tahu bilakah limitasi masa yang kita ada kerana boleh jadi hari esok kita akan diseru ke HQ dan ditanya mengenai hasil jualan kita.

Sendirian atau berkumpulan

Sebuah syarikat yang berjaya dan mestilah mempunyai satu organisasi yang tersusun. Menjadi satu kemestian mereka mesti bergerak berkumpulan dan memanfaatkan setiap kepakaran yang ada dalam setiap ahli agar keberkesanan gerak kerja dapat ditingkatkan. 

Kerjasama. Itu adalah satu kunci yang sangat penting. Tanpa kerjasama perkara semudah mengangkat tangan pun kita tidak mampu untuk lakukan. Bagaimana bicep brachii bekerjasama dengan tricep dalam satu bentuk kerjasama yang harmoni, begitu juga lah kita sebagai da'ei semestinya bergerak dalam satu organisasi yang tersusun. Seumpama sebuah kereta yang mana keempat-empat tayarnya bekerja sama untuk menampung beban yang ada lantas mewujudkan keseimbangan seterusnya melancarkan pergerakan kereta tersebut , sama jugalah situasinya dengan kita. 

Cara yang diguna mungkin berbeza , sesuai dengan kelebihan masing-masing. Tapi biarlah ia bergerak secara sinergi dan menuju matlamat yang sama. 

Bukankah Megazord Power Rangers pun bergabung?  hahaks  : )

Pekerja contoh

Jadi untuk menjadi seorang da'ei yang berjaya tidak boleh tidak kita mestilah mempunyai seorang idola. Maka idola yang terbaik semestinya junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW . Kita sendiri boleh perhatikan bagaimana taktik 'promosi' yang baginda gunakan dari seringkas-ringkas senyuman sampai lah ke medan perang. Semuanya dilakukan supaya risalah dakwah ini dapat disebarkan.

Maka ambillah taktik-taktik yang ada ini dan aplikasikan lah dalam gerak kerja kita. Kerana ia telah terbukti berkesan!

Kesimpulan

Kebanyakkan dakwah pada hari ini telah di eksklusifkan dan berlegar-legar dalam golongan-golongan yang tertentu sahaja. Oleh itu berdakwahlah bukan sahaja kepada mereka yang mahu malah luaskanlah kepada mereka yang perlu. 


ps: segan ana dengan enta  : D ..keh3x
ps: entapa = ampa + antum
ps: sekadar pandangan biasa.. dari orang yang biasa..

In:

Excuse me?




Aku tidak mahu terbiasa dengan alasan.
Kerna alasan itu melemahkan
Ku tidak mahu biasa beralasan
Kerana alasan menutup pintu pembaikkan 

Dek kerana semua punya alasan kita jadi selesa dengan keadaan diri. Kita mengambil mudah dengan kelemahan kita. Semuanya gara-gara fenomena. 'Oh! tidak apa, aku punya alasan.'

Keputusan peperiksaan rendah?

"tiada masalah, aku ada alasan!"

Jarang solat suboh berjemaah?

"Oh! itu pun ada alasan"

Jarang membaca al Quran?

"Jangan risau, alasan sudah siap tersedia"

**********

Semuanya bermula sewaktu zaman sekolah menengah dahulu. Waktu itu aku sedang mengikuti kelas tambahan subjek Biologi. Secara tiba-tiba guru aku waktu itu, cikgu Anas bertanyakan soalan kepada anak-anak muridnya.
Satu kelas menjadi diam. Ada yang berpura-pura menyalin nota. Ada yang berpura-pura menyelak buku sambil mengerutkan kening . Ada yang memandang satu sama lain. Masing-masing berharap ada yang mampu menjawab soalan cikgu tadi.Tiba-tiba cikgu bersuara:

" Entapa sedar dak yang entapa semua ni banyak beralasan, menyalahkan yang lain? "

Aku kebingungan. Sejak bila aku salahkan orang lain? Aku tak ada tuduh sapa-sapa pun. Melihat wajah kami yang semakin bingung, cikgu meneruskan kata-kata beliau:

 " Kamu pura-pura menyalin nota seolah-olah mengatakan kamu sibuk dan tidak sempat berfikir untuk jawapan. Kamu berpura-pura menyelak buku, seolah-olah menyalahkan buku kerana tidak dapat memberikan jawapan kepada kamu. Kamu memandang rakan-rakan kamu, seolah-olah menyalahkan mereka kerana tidak dapat membantu kamu mencari jawapan. Jarang kamu melihat kepada diri sendiri, kenapa tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa dia tidak tahu? Kamu cuba menutup kelemahan kamu dengan alasan!"

Aku terkesima. Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan oleh cikgu. Mungkin aku kerap beralasan.

**********

" Weh result OC ang cena?" tanya Amin kepada sahabat karibnya
"Boleh la... aku dapat 28/30" balas Arif bersahaja.. "Ang berapa?"
"Ada la sikit ja... hummph! ang takpa la dapat lecuturer best.. lecturer aku? hampeh~ satu apa pun tak paham.. dah la cakap slow.. ngantuk aku dalam kelas dia" jawab Amin, nyata dia hampa dengan keputusan sendiri.
"Eh yaka.. alah lecturer aku pun lebih kurang ja rasanya..." tingkah Arif
"Alah lecturer tu memang senior cakap tak best pun..." jawab Amin tidak mahu mengalah

Begitulah betapa bijaknya kita beralasan. Siapa tahu lecturer si Arif tadi boleh jadi lebih bosan dan terlebih tidak best berbanding lecturer si Amin. Siapa tahu si Arif tadi berusaha menjadi mustame3 di kelas-kelas lain
dan berusaha bersungguh-sungguh siang dan malam menelaah pelajaran.
Walhal si Amin awal-awal lagi sudah bersiap sedia untuk menyalahkan lecturernya.
Keluar kelas tidak faham? biasa, sebab senior cakap lecturer tak best
Tertidur dalam kelas? biasa, sebab senior cakap lecturer ni suara slow
Yang difikirkan nya, nasib nya tidak baik ditakdirkan mendapat lecturer yang tidak best lantas menyandarkan kegagalannya kepada lecturer tersebut tanpa ada usaha-usaha untuk memperbaikki keadaan. Alasan!

**********

Kenapa beralasan?
Rata-rata manusia beralasan untuk menutup kelemahan diri .Semua punya ego untuk dipertahankan. Mereka tidak salah, keadaan yang membuat mereka jadi begitu. Habis orang di sekeliling disalahkannya yang tinggal cuma dirinya. Cuma dia yang betul. Dia tidak salah!

Namun ada juga yang beralasan kerana tidak mahu melakukan perubahan. Tidak mahu keluar dari comfort zone. Sudah selesa dengan keadaan yang ada menyebabkan manusia tidak mahu 'bersusah-susah' mencari 'pasal' . Bukankah semuanya sudah cukup? Inilah yang saya katakan tadi menutup pintu penambahbaikkan. Berasa cukup dengan apa yang ada.

Saya tertarik dengan kata-kata seorang senior apabila beliau mengatakan bahawa beliau tidak mengharapkan untuk kami berubah 100% dalam masa yang singkat dari menjadi orang yang tidak pandai berpidato menjadi seorang yang petah berbicara, dari seorang jarang solat berjemaah di masjid kepada seorang yang konsisten 5 waktunya di masjid , tapi beliau mahu kita mencabar diri untuk melakukan perubahan, keluar dari zon selesa yang serba cukup kepada zon yang lebih mencabar.

Alasan murni

Mungkin ada benarnya sesetengah keadaan kita memang tidak dapat lari dari alasan-alasan tertentu malah alasan itu kita rasakan alasan yang murni dan tidak ada apa yang tidak kena dengan alasan tersebut. Contohnya terpaksa tidur lewat untuk menelaah pelajaran menyebabkan kita tidak dapat melakukan tahajud.

"Nak buat macam mana... aku study... bukan benda tak elok pun..."

Tetapi kita tidak boleh menyerah kalah. Kita tidak boleh menyandarkan kegagalan kita untuk bangun malam itu terhadap waktu study. Kita tidak boleh selama-lama nya menyalahkan waktu study tanpa ada usaha untuk mecari jalan penyelesaian. Kita mesti berusaha menidakkan alasan itu, sebagai contoh kita boleh memilih untuk tidur awal dan menyambung sesi menelaah pelajaran usai solat tahajud. Dengan ini alasan murni tadi dapat diatasi malah kita dapat melakukan sesuatu yang baik pada masa yang sama.

Kesimpulan

Oleh itu, berusaha lah untuk mencantas setiap alasan yang tumbuh kerna akhirnya usaha itu lah yang akan membela kita pada hari yang mana tidak ada lagi alasan dapat diberikan.

Masih mahu lagi beralasan?



p/s: entry ini KHAS untuk menempelak diri AKU sendiri... bagi yang terasa harap maaf

In:

Coklat itu sedap~



Nyunyu merupakan seorang penggemar coklat... tak kiralah apa pun jenis coklat pasti Nyunyu akan tahu dan pernah merasainya.. peminat tegar lah kata kan.. setiap hari Nyunyu akan pergi ke kedai coklat kegemarannya Kedai Coklat 'Manis Lah Sangat' untuk membeli coklat kegemarannya iaitu MMM (masam masam manis).. setiap hari Nyunyu akan memperuntukkan lebih kurang RM10 untuk membeli coklat... access Nyunyu kepada coklat sangat mudah kerana dia tinggal di kawasan perindustrian coklat dan taman perumahannya terletak berdekatan dengan kilang coklat Williy Wonka ... tambah menarik lagi kebanyakkan penduduk di situ merupakan pembuat coklat professional termasuk ayah Nyunyu sendiri..

Nak dijadian cerita.. Nyunyu mempunyai satu tabiat yang kurang elok ya3ni dia suka kencing di tembok sekolah setiap kali waktu habis persekolahan... hari makin hari berlalu... setiap kali nyunyu melaksanakan 'hobi' nya pasti akan ada semut yang menghurung (betoi ka ni..? hahaks)... sampaikan ke satu tahap di kawasan berdekatan tempat 'toilet' nyunyu ada satu sarang semut yang sangat besar...



Nyunyu berasa hairan atas perubahan landskap yang berlaku... pada mulanya dia mengingatkan ini antara projek kerajaan barisan nasional projek kelab Alam Sekitar sekolahnya.. namun setelah dirujuk ternyata bukan... dia mula berasa panik... di  rumah atoknya dulu pun pernah ada sarang yang serupa... tak lama selepas itu atok nya meninggal dunia... pemikiran anak kecil seperti nya sudah membayangkan hantu semut akan menyerangnya...

Nyunyu menceritakan perkara ini kepada adik bongsu nya yang berumur 4 tahun ... Nyat nama nya...
" abg tena tencing manis lettueww" kata Nyat..
" ang taw mana! buat pandai boleh.." balas nyunyu sambil menyekeh kepala adik nya.. *dush!3x*

" adoi!! tatit lar!!... adik taw leuww... kan temut matan dula... ni metty ayer tenting abg ada banyak dula.."
" ah tipu argh!! tapi kan... kencing manis tu apa?? " (bengong budak ni) tanya nyunyu dengan membuat muka straight face..
" tenting manis tue omputeh takap Diabetes Mellitus .. dia ata 2 denis.. type 1 due to lack of insulin secretion atau type 2 reduced sensitiveness of insulin's target cell to its presence" jelas Nyat tanpa wa8af dan 6oma2ninah...
" ang taw mana semua menda ni.." tanya nyunyu dalam kehairanan...
" tu butu Sherwood along nyat baca bila bosan..." jawab nyat selamba...


dipendekkan cerita.. nyunyu telah disahkan menghidap penyakit kencing manis.. dia telah dipaksa oleh ibu nya untuk tidak lagi membeli coklat.. setiap kali melintas kedai coklat, nyunyu hanya dapat memandang dengan pandangan yang sayu... malah sarang semut di tembok sekolah nya juga telah tiada.. kehilangan sarang semut itu masih menjadi misteri sehingga kini..

sekian

As Salam

Solat suboh berjemaah sebagaimana yang kita ketahui sangat dituntut dalam Islam. Ini bukan bermakna solat berjamaah pada waktu fardhu yang lain tidak dituntut, bahkan secara umumnya solat berjamaah itu sendiri sangat-sangat dituntut malah diberi ganjaran 27 kali ganda pahala solat secara berseorangan.

Tapi apa istimewanya solat suboh berjemaah ni?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

kita sedia maklum bahawa waktu suboh merupakan waktu yang sangat enak untuk tidur.. malah dikatakan waktu suboh merupakan waktu kemuncak kesedapan dalam tempoh waktu tidur... sebab itulah apabila dikatakan seseorang itu mahu berubah.. menjadi seorang berdisiplin.. seorang yang berdedikasi.. tidak boleh tidak mestilah dimulakan dengan solat suboh berjemaah.. kenapa saya katakan demikian? ini kerana dalam suboh berjemaah ada satu nilai yang sangat penting iaitu pengawalan diri..

Bagaimana kita boleh mengawal diri? salah satunya ialah dengan menumpaskan hawa nafsu.. nafsu ini dikaitkan dengan satu bahagian di otak dipanggil Hypothalamus dan juga Limbic System melalui Reward Center yang mana tabiat yang menyenangkan akan di ulang-ulang setiap hari dan memberi rasa kepuasan kepada manusia... seperti mana Nyunyu tadi.. Reward Center mengatakan makan coklat itu sesuatu yang menyenangkan dan memberi kepuasan.. dia telah didorong oleh Reward Center itu tadi sekiranya ingin gembira maka coklat adalah penyelesaiannya.. begitu lah kita.. sebenar nya kita mampu hidup dengan tidur hanya 3-4 jam sehari.. tapi kita memilih untuk tidur lebih pada itu.. kerana apa?? kerana nafsu mengatakan ia seronok.

Oleh itu apabila seseorang itu berjaya untuk bangun solat suboh berjemaah secara konsisten maka saya katakan dia sudah selangkah untuk mencapai tahap pengawalan diri... Reward Center itu tadi boleh di supress dengan arahan dari Higher Center otak kita... iaitu lah mujahadah dan keazaman yang tinggi dibantu dengan keadaan fisiologi badan yang mengizinkan...

"Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh. Kalaulah mereka tahu pahala keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Inginlah aku rasanya menyuruh seseorang menggantikan ku mengimami solat, sesudah itu aku pergi dengan beberapa orang membawa ikatan-ikatan kayu bakar ke rumah-rumah orang yang tidak datang solat berjemaah, lalu dibakar rumah-rumah mereka." (Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0610)

Menjadi permasalahan kepada kita ialah apabila kita tidak dapat melihat kesan atau ganjaran kepada sesuatu amalan yang kita lakukan.. sebagai contoh.. Nyunyu sebelum mengetahui dia dihidap kencing manis, dia kerap memakan coklat.. semuanya berubah apabila dia mengetahui kehadiran penyakit tersebut... keadaan badannya masih sama.. cukup semua anggota.. pada hemat manusia biasa, dia tidak ada masalah untuk makan apa sahaja yang dia suka... tapi apabila dia mengetahui kesan yang bakal dilaluinya sekiranya tabiat nya (makan coklat) diteruskan maka dia menghentikan tabiat tersebut.. kerana apa? kerana kesan buruk nya jelas dan dia meyakini dengan kesan yang bakal dilaluinya...

Begitu juga kita... ganjaran dan akibat daripada amalan kita banyak merupakan perkara-perkara sam3iyat yang mana tidak dapat kita lihat dan merasainya serta merta di dunia... oleh itu keyakinan atau dalam erti kata lain iman perlu dipasakkan di dalam hati agar kita yakin dengan apa yang dijanjikan oleh Allah..

bertitik tolak dari solat suboh berjemaah.. kita boleh melatih diri kita dengan disiplin-disiplin yang lain contoh nya dalam pengawalan pemakanan , emosi , ketepatan waktu dan sebagainya... dengan menggunakan kaedah yang sama mujahadah dan keazaman yang kuat.. jangan biarkan nafsu itu mengawal kita hanya dengan mengatakan " oh! ini seronok... kau mesti buat " ... tetapi kita sendiri mesti mengatakan " tidak ! memang ia seronok.. tapi ia merugikan aku!"

belajarlah mengatakan "Tidak!" pada kecenderungan hati yang terselindung di sebaliknya kerugian ...
dan belajarlah mengatak "Ya!" kepada keengganan hati yang ternyata pada nya keuntungan.


p/s: haha.. aku dah mula kempen solat suboh.. jom kawan2!!
p/s: lepas abeh tulis ni... qasa takut plak... satg aku plak yg x p suboh.. adoi~
p/s: kepada ahli-ahli Kelab Lelaki Suboh.. kita mulakan balik tabiat kita dulu2 noh...